Thursday 26 September 2013

SEJARAH PETANQUE MALAYSIA

Permainan petanque dipercayai dibawa masuk dan diperkenalkan di Malaysia oleh Professor Diraja Ungku Aziz , Yang Dipertua ANGKASA pada pertengahan tahun 1989. Setelah beberapa bulan dimainkan , akhirnya sukan petanque telah dirasmikan sebagai salah satu acara sukan negara. Upacara perasmian telah dilakukan oleh Menteri Belia dan Sukan pada masa itu iaitu YB Datuk Seri Najib Tun Razak pada tanggal 22 Mac 1990 di Padang Jalan Timur, Petaling Jaya.
            Pada tahun 1993 , permainan petanque telah diiktiraf oleh Kementerian Belia dan Sukan sebagai salah satu acara sukan baru. Seminar untuk sukan ini telah diadakan di Universiti Malaya pada 24 April 1994 anjuran Kementerian Belia dan Sukan.
            Sejak dibawa masuk ke negara ini, Angkasa telah memainkan peranan memperkenalkannya. Antara usaha-usaha yang telah dijalankan oleh ANGKASA ialah :
a) Mengadakan demontrasi permainan di seluruh negara dari semasa ke
    semasa atas permohonan persatuan-persatuan sukan , kelab atau    rekreasi.
b) Mengadakan kursus khas permainan dan peraturan-peraturan petanque. Kursus ini dibiayai sepenuhnya oleh ANGKASA iaitu kos jurulatih , kos alat  tulis dan peruntukan makan sebanyak RM 10.00 setiap peserta yang menyertainya. Kursus permainan petanque ini telah dijadikan salah satu  modul pendidikan ANGKASA secara rasmi sejak 1998.
c) Menganjurkan kejohanan petanque antara koperasi peringkat negeri dan peringkat kebangsaan sempena perayaan Hari Koperasi Antarabangsa setiap tahun. Pertandingan ini telah dimulakan sejak tahun 1990.
d) Mengambil bahagian dalam pertandingan petanque jemputan antarabangsa  khasnya jemputan Singapura setiap tahun.


Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan. 



Hajjah Sufiah Haji Ishak, Sport For All Series, Selangor, Penerbitan PCT  
         Sdn.  Bhd.

Majalah Pelancar Wajah Jati Diri Koperasi, April 2005, Angkatan Koperasi  
         Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), Petaling Jaya Selangor.

http://www. petanque. Org

http://www.emedia.Com.my/misc/EPG/khamis/gelanggang/ 20041122082901/
          article/ gelanggang


Berita Harian, 18 November 2004

1 comment:

KEJOHANAN PETANQUE SIRKIT REMAJA KEBANGSAAN SIRI 6 2023

  Syukur alhamdulillah target periodisasi tercapai selaku Jurulatih dapat melahirkan atlet berprestasi tinggi dalam masa setahun. Sejarah be...