Pencapaian Sukan Boules Petanque

Kejohanan Terbuka Double Balok Pahang 2023

Alhamdulillah rezeki dapat ranking 6 terbaik daripada 177 pasukan seluruh Malaysia. Terima kasih kepada semua pasukan Melaka yang support dan mendoakan kejayaan kami. Tidak lupa kepada pengurus En Zulnine Mdsali  orang rumahnya, Prof Rawi Presiden Persatuan Boules Melaka , abah tersayang, sahabat-sahabat serta semua atlet yang bersama-sama memberi semangat. 

Sudah lama tidak turun ke arena pertandingan Kebangsaan sebagai atlet alhamdulillah rezeki setakat ini sahaja. In shaa Allah ada rezeki boleh beregu lagi bersama partner Cikgu Muhammad Aiman .

Semoga kejayaan ini menjadi batu loncatan dan motivasi buat semua atlet. Syukur sukan yang banyak menyatupadukan semua negeri seluruh Malaysia. 

Majulah sukan untuk negara!

Malaysian Boules Sports Federation 
Boules Sports Melaka 
#KBSMalaysia 
#msnmelaka 

9 Julai 2023












Syukur alhamdulillah. Rezeki hari ini menerima Anugerah Kokurikulum Jurulatih Terbaik dan Pengurusan Sukan Permainan Terbaik 2022. Terima kasih kepada AJK kelab staf kerana memilih saya juga pakaian tema terbaik pada tahun ini.

Rezeki hari ini juga mendapat Anugerah Johan Penyertaan Terbaik Sekolah Menengah Acara Lompat Tali Peringkat negeri Melaka dari pihak JPN Melaka. 

Terima kasih tidak terhingga kepada isteri, keluarga tercinta, para pentadbir sekolah, sahabat-sahabat sekerja dan guru-guru serta kepada semua sahabat yang selalu support dan mendoakan kejayaan saya. 

Semoga kejayaan ini terus menjadi batu loncatan untuk saya terus istiqamah menabur bakti dan berjaya dalam bidang yang saya ceburi. 

Semoga Allah swt sahaja mampu membalas kebaikan anda semua. 

Simpan disini sebagai kenangan terindah <3 

Majlis Anugerah Hari Kualiti Guru
26/01/2023










Alhamdulillah syukur rezeki dapat  Anugerah Pengurusan Sukan Terbaik dan Anugerah Khas Kokurikulum Terbaik. 

Semoga anugerah yang diperoleh ini menjadikan saya lebih motivasi dan terus istiqamah menabur bakti dalam membentuk kemenjadian pelajar dan menghasilkan sekolah yang berkualiti selaras dengan matlamat strategik KPM. 

Terima kasih buat barisan pentadbir di sekolah dan rakan sekerja yang banyak membantu. Terima kasih juga buat mak abah. Isteri. adik beradik, saudara mara dan sahabat-sahabat tersayang yang sentiasa bantu dan support serta mendoakan saya dalam mencapai matlamat kejayaan ini. 

Hanya Allah SWT sahaja mampu membalas kebaikkan anda semua. In Shaa Allah amin . 

17/03/2022
Simpan disini memori terindah.









Alhamdulillah syukur rezeki hari ini dapat 'Anugerah Guru Pembimbing Sukan Terbaik' bagi sesi 2021. Semoga terus istiqamah menabur bakti untuk bantu pembangunan sukan di sekolah ke peringkat tertinggi. In Shaa Allah amin ya Rabbal Alamin. 

Simpan memori terindah di sini :) 
6/1/2022






Kejohanan Mesra Persatuan Boules Negeri Melaka 2021

Alhamdulillah rezeki johan kejohanan Mesra Boules Negeri Melaka.Masih dapat mengekalkan prestasi dalam sukan petanque. 
21/11/2021






Niat perkongsian ilmu bersama, mendapat tawaran menjadi jurulatih uniKL bagi sesi 2020.








Senarai nama jurulatih Malaysia yang mendapat pengiktirafan FIPJP dan kelulusan petanque antarabangsa ( Federation International de Petanque Et jeu Provencal ). 2013-2020

Sharing is caring :-





Alhamdulilah syukur, lulus akhirnya dapat juga sijil pengiktirafan under FIPJP ( Federation lnternational Petanque et jeu Provencal) dan CIEP ( Centre International De' Enseignement Petanque) bagi sesi 2020.

KPI diri sendiri bagi tahun ini tercapai. Alhamdulilah. Terima kasih mak abah, isteri tersayang, keluarga, sedara mara, sifu-sifu sukan petanque, dan sahabat-sahabat yang banyak membantu, support dan doa kalian dalam pembangunan sukan petanque di Malaysia. Semoga dapat manfaatkan ilmu yang diperolehi ini dengan sebaik-baiknya. In shaa Allah

Semoga Allahswt sahaja mampu membalas jasa baik semua. Terima kasih.

Kursus Kejurulatihan Petanque Antarabangsa
15-19/1/2020
Bangkok, Thailand








Alhamdulilah syukur terima kasih Pusat Alumni UPSI kerana memilih saya menjadi ikon. In shaa Allah akan sentiasa berusaha menjadi lebih baik.

Bulan Disember 2019 berakhir dengan memori terindah :) .

Terima kasih kepada semua family, sedara mara dan para sahabat yang selalu support saya. Semoga Allahswt membalas kebaikkan semua in shaa Allah Amin..









Alhamdulilah mimpi menjadi kenyataan. Siap juga cetakan buku Modul Latihan Sukan Petanque untuk penggunaan satu Malaysia. Niat perkongsian ilmu telah dipermudahkan olehNya.
Buku bersaiz A5 ( Full colour )
Buku ini dijual dengan harga pasaran RM 19.90 ( Tidak termasuk postage)
Jika ada sahabat-sahabat yang berminat boleh terus direct message saya ya, terima kasih semua.










~Kursus Kejurulatihan Spesifik ( Sukan Petanque ) Level 1 Kebangsaan~
Alhamdulilah syukur selesai perkongsian ilmu selama seminggu di Selangor. Terima kasih pihak Persekutuan Petanque Malaysia kerana menjemput saya untuk menjadi salah seorang penceramah dalam kursus ini.
Tahniah juga pihak penganjur Persatuan Petanque Selangor dan Persekutuan Petanque Malaysia atas anjuran yang bermakna untuk para jurulatih. Semoga semua bakal jurulatih yang menyertai kursus ini dapat melahirkan (atlet) modal insan yang cemerlang dan mampu mengangkat martabat sukan petanque di Malaysia.
MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA !
In shaa Allah..
25-29/11/2019











~Kejohanan Petanque Terbuka Kebangsaan UMP, Pahang 2019~
Syabas dan tahniah pelajar saya Khairul Amirul dan partner atas kejayaan tempat ke 8 mewakili Melaka daripada 64 pasukan satu Malaysia pencapaian yang baik. Walaupun baru berusia 16 tahun. In shaa Allah cuba lagi kejohanan yang lain. Banyak lagi rezeki lain yang menanti jika usaha lebih.
Tahniah mengharumkan nama Melaka, sekali gus mengharumkan nama SMK Kem Terendak Melaka. Semoga menjadi perangsang semangat pelajar sekolah yang lain. In shaa Allah.
23-24/11/2019









Majlis jamuan akhir tahun kelab staff SMK Kem Terendak berakhir dengan memori terindah. Alhamdulilah dapat anugerah pengurusan kelab terbaik.
Syukur, rezeki itu milik Allahswt. Semoga terus istiqamah menjadi pendidik yang berjasa buat anak bangsa. In shaa Allah Amin.
SMK KEM TERENDAK, MELAKA
11 November 2019
King Hotel Ayer Keroh 








GURU INOVATIF PERINGKAT NEGERI MELAKA 2019
Alhamdulilah syukur disebalik kesulitan ada kemanisannya. Selesai pembentangan dengan jayanya pada hari ini.
Perkongsian ilmu yang sangat bermakna.
7 November 2019











Alhamdulilah tahniah atlet/ pelajarku yang barusia 16 tahun dalam tingkatan 4. Syukur Khairul Amirul dan partner atas kejayaan baru. Naib Johan Kejohanan Petanque Mix Double Terbuka Kebangsaan Negeri Sembilan 2019. Good job!
26-27 Oktober 3019

MAJULAH SUKAN UNTUK MALAYSIA !









Alhamdulilah rezeki Johan single kejohanan petanque PSKPP ( Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan ) Melaka 2019 <3
26 Oktober 2019





Alhamdulilah syukur, lepas target KPI sekolah. Dalam masa setahun dapat melahirkan wakil pelajar/atlet skolah dari pelajar ASPURI Anamaria Intanku Seri ( Tingkatan 2) dan partnernya. Telah mencipta rekod sekolah sekaligus mengharumkan nama Melaka.

Tahniah Naib Johan Kejohanan Petanque Remaja Pelapis Malaysia di Majlis Sukan Negara, Keramat.
5-6/10/2019.

Terima kasih kepada pihak penganjur dan AJK PPM, MSN Melaka, pengurus dan jurulatih Melaka serta pentadbir sekolah, guru-guru, staf sekolah yang sama2 ðŸ˜‰support pembangunan petanque sekolah. Semoga sukan petanque terus maju di bumi Malaysia. Amin

Tanpa pembangunan sukan di sekolah tidak akan lahir atlet yang berjaya di peringkat antarabangsa. Ayuh guru-guru bangunkanlah sukan sekolah. Tanpa guru siapalah atlet kita masa mendatang.
Melentur buluh biar dari rebungnya.
Majulah Sukan Untuk Negara !
SMK Kem Terendak
Persatuan Petanque Melaka
Persekutuan Petanque Malaysia











Alhamdulilah syukur sijil penghargaan yang agak bermakna. Semoga dapat istiqamah kan diri untuk terus cemerlang dari masa ke masa.
12/9/2019

If you can dream it, you can achieve it
Afif 2019





Nothing is impossible

Alhamdulilah syukur program 1 murid 1 sukan berlangsung secara serentak dengan lancar buat pertama kali. Penglibatan para pelajar amat memberangsangkan. Semoga dipermudahkan urusan semuanya. Kejohanan kali ini bertujuan merebut 3 Piala utama.
1. Piala Bola Sepak Pengetua 2019
2. Piala Bola Jaring Kokurikulum 2019
3. Piala Petanque PIBG 2019
Semoga program begini menjadi perangsang utama kepada semua pelajar untuk menjadi atlet yang berprestasi tinggi bagi mengharumkan nama sekolah, negeri mahupun negara ke persada dunia. Semua bermula dari alam sekolah.
Beri pendedahan kepada semua pelajar dalam bidang sukan yang mereka minat untuk maju ke depan.









~Kejohanan Petanque Terbuka Kebangsaan Selangor 2019~

Alhamdulilah syukur harini, rezeki tempat ke-3 Nation Cub mewakili Melaka. Tahniah kepada partner pelajar Saya Khairul Amirul kerana buat terbaik. Tahniah juga sahabat Saya Are Mir dan pelajar Akmal Sha kerana mendapat 16 terbaik. 

Tidak lupa kepada En Hamdan dan Alil tempat ke-8 terbaik daripada 102 pasukan seluruh Malaysia dan Negara jemputan Indonesia, Thailand :) .
Tahniah kepada penganjur MDKS Selangor, atas penganjuran yang terbaik dengan tempat yang selesa. Semoga ukhwah semua penggiat sukan Petanque di Malaysia terus kekal hingga ke jannah.
MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA!
Persekutuan Petanque Malaysia
Persatuan Petanque Melaka
SMK KEM TERENDAK







~Kejohanan Petanque Angkasa Melaka 2019~

Alhamdulilah rezeki Naib Johan Dewasa pada tahun ini. Tahniah juga kepada pelajar Akmal, Haikal dan Ihsan Johan Angkasa sekolah. Terima kasih kepada penganjur atas anjuran yang baik.
Terima kasih semua yang support dari start perlawanan sampai ke final. 

Tidak lupa kepada partner Firdaus dan Qayyum, sudah usaha terbaik. Cuma rezeki bukan Johan https://static.xx.fbcdn.net/images/emoji.php/v9/t57/1/16/1f609.png;) . Hanya kalah masa .

“Perfection is not attainable, but if we chase perfection we can catch excellence.” –Vince Lombardi 2018
13-14 Julai 2019











~Kejohanan Petanque International Open Sibu Sarawak 2019~

Alhamdulilah syukur, rezeki setakat 9-16 terbaik daripada 175 pasukan 1 Malaysia dan Brunei, Thailand. Kalah menang adat permainan, yang penting nilai persahabatan dalam sukan. Terima kasih geng sibu atas penganjuran yang baik.
Tidak lupa sahabat2 di sarawak sudi datang dan support. Jasamu akan di kenang. Pengalaman baru. Tidak lupa partner saya pelajar tersayang Khairul Amirul tahniah dah buat terbaik. Cuma rezeki berpihak lain. Just kalah 13-12. Good job. Penting kesungguhan utk berjaya. ;)
*Keputusan Penuh Sibu Open *
1.JOHAN - PPM B - SYED AKMAL & FIRDAUS BAKRI
2.KEDUA - PPM D - HAFIZUDDIN & APIQ
3.KETIGA - AnZ TERENGGANU
4.KE4 - FAHMI & HAIZZAT
TEMPAT KE 5 - 8
5.- KEPS B - ABG ROCK -FAIZUL
6.- ATM E - ZARAFI & AARON
7.- HARMONI - PETRA A - AMIRUL + MUAZ
TEMPAT 9 - 16
8.- PPM F - AISYAH + PARTNER
9.- MELAKA - CG. AFIF + KHAIRUL
10.PSPBK I - EZRI + IRWAN
11.PSPBK E - MEMEL + PEYROL
12.PPM E-WAN CHAM +SAIFUL
13.JR-LIMBANG
14.ATM A- AMIR +AMY
15.PSPBK D- ALIF+ MAZLAN













~Kejohanan Petanque Double Terbuka Kebangsaan Melaka 2018~
29-30/12/2018
Alhamdulilah rezeki hujung tahun ini dapat tempat ke-5 daripada 144 pasukan seluruh Malaysia, dan jemputan negara Singapura. Terima kasih partner pelajar saya Khairul Amirul dan kepada semua warga petanque Melaka serta rakan2 seperjuangan yang saling support satu sama lain.



"Semoga sukan petanque Malaysia terus bersinar dan cemerlang"
~Majulah sukan untuk negara~











~Klinik Asas Petanque~

Terima kasih pihak penjara Tapah atas kesudian menjemput saya sebagai penceramah dan fasilitator sukan petanque. Syukur semua berjalan lancar. Semoga perkongsian ilmu pada hari ini bermanfaat untuk terus maju dalam sukan petanque.

Untuk menjadi Atlet yang hebat bukan hanya perlu pengalaman sahaja, tetapi perlu seiring bersama teori, dan kemahiran yang efektif. In shaa Allah.

Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.

- Cecil B. DeMille-
29hb November 2018
Penjara Tapah, Perak.















~Kejohanan Petanque PSKPP Negeri Melaka 2018~
Syukur rezeki Naib Johan tahun ini. Sekejap sahaja 3 tahun saya berkhidmat dan menceburi sukan petanque dalam dunia pendidikan. Memang betul sukan adalah salah satu sumber rezeki jika kita ada daya usaha untuk memajukan diri.

23 November 2018
(2016-2018)
"Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan"











~Kejohanan 1st Asian Boules Sport Confederation Petanque Championship Odisha, India ~

Alhamdulilah tahniah pelajar ku Khairul Amirul atas kejayaan terpilih mewakili Malaysia ke India. Sekaligus awak telah buktikan awak mampu mengharumkan nama parent, sekolah, dan negeri Melaka dalam masa yang singkat. Saya tumpang bangga sebagai guru. Tahniah juga atlet lain Shima, Balqis dan Rahman serta Persekutuan Petanque Malaysia begitu juga pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Semoga dipermudahkan urusan dan dapat mengharumkan nama Malaysia.. Good Luck.. semoga selamat pergi dan balik.. 

~Nothing is imposible ~
Malaysia to India
15-18hb November 2018





 ~Hari Anugerah Kualiti 2018~

Anugerah Guru Komited Kokurikulum 2018 (Sukan Petanque). Terima kasih family, sahabat dan saudara mara yg sentiasa support saya dalam dunia pendidikan dan dunia petanque.
"Antara saat indah dalam kehidupan ialah setelah anda mencapai kejayaan yang sebelumnya manusia pernah berkata kepada anda “kamu tidak mampu melakukannya”

'8hb November 2018'









~ Johan open double petanque Kebangsaan UMSSC ( UniKL Micet Social Sports Carnival ) 2018~
Final bertemu pelajar sendiri. Tahniah juga Khairul Amirul dan Akmal Shaari kerana dapat Naib Johan. Tidak lupa Terima kasih kepada pihak penganjur dan semua saudara dan sahabat2 yang support..







Sijil SPKK ( Skim Pensijilan Kejurulatihan Kebangsaan ).

#SukanPetanque
I love<3 petanque
Antara sukan yang banyak memberi laluan rezeki kepada semua lapisan masyarakat Hari ini .
" Tahniah semua warga team petanque Malaysia. "

~Orang yang hebat adalah orang yang sentiasa mencari kelemahan diri untuk pertingkatkan menjadi lebih baik pada masa mendatang~









Alhamdulillah tahniah usaha mu membuahkan hasil Khairul amirul. Target menjadi kenyataan. Tahniah kerana mendapat pingat Emas dalam kategori single di kejohanan SUKMA PERAK 2018. Saya tumpang bangga atas kejayaan awak . Hebat.







Subahanallah, Bismillahhirrahmannirrahim..
Alhamdulillah Syukur sgt. Hadiah paling bermakna pada harini ini iaitu keputusan surat senat telah dikeluarkan.
Alhamdulillah, 2 tahun setengah Sarjana saya habis dengan jayanya. Sumbangan akhir utk UTeM semester last juga terlaksana. Benar kata SV ku (Dr Asiah) ' biar lambat asalkan selamat dan sempurna. Mohon maaf salah silap kepada semua tanpa sedar dan tidak sedar. Terima kasih saya ucapkan kepada emak abah, specially isteri ku tersayang, semua pensyarah, bekas guru2, rakan seperjuangan, team seluruh petanque Malaysia, family, dan juga semua pihak byk bantu saya. Jasamu tetap ku kenang dunia akhirat. In shaa Allah aamin..







Alhamdulillah rezeki tahun ini Naib Johan pula. Tahun lepas tempat ke-3. Tercapai target kategori dewasa. Membawa nama SMK Kem Terendak
~Piala Angkasa Melaka 2018~
(Kejohanan Petanque)




Alhamdulillah terlepas KPI pada tahun ini sebagai guru penasihat sukan petanque melahirkan Atlet mewakili negara. Syabas dan tahniah khairul amirul kerana mendapat anugerah Emas di sekolah hari ini. Semoga sama2 terus berjaya dunia akhirat amin.
Kejayaan yang kita miliki bukan untuk dibanggakan tetapi untuk menjadikan kita seorang yang berhati-hati dalam meniti kehidupan. Kehidupan umpama seperti Roda, kadang2 kita di atas dan kadang2 kita dibawah. Bila kita berada di atas kita jangan bermegah tetapi jadilah Insan yang sentiasa merendah diri dan bersyukur setiap kejayaan diberiNya..




Alhamdulillah Syabas dan Tahniah Khairul Amirul pelajar tingkatan 3 dari SMK Kem Terendak Melaka kerana telah mendapat Johan dalam nation Cup ( 2nd Asian Boules Sport Confederation 2018). Rezeki lain xdapat, disini awak dapat. Tahniah3x. Saya hanya tumpang gembira atas kejayaan mu. Semoga terus maju Jaya dalam semua bidang. https://static.xx.fbcdn.net/images/emoji.php/v9/fa5/1.5/16/1f642.png:)
#WakilMalaysia
#improudwithu — di Taman Rekreasi Pudu Ulu,cheras.






PERIODISASI TERCAPAI 2018

Syukur Alhamdulillah pelajar/atlet yang selama ini training bersama telah terpilih untuk mewakili Malaysia dalam sukan Asian. Berita gembira buat sekolah dan negeri Melaka kerana telah melahirkan Atlet yg berprestasi tinggi dalam masa 1 tahun setengah.
Perkongsian Periodisasi Latihan :
Periodisasi adalah proses pembahagian pelan latihan tahunan kepada beberapa fasa dengan pengubahsuaian faktor latihan untuk mencapai prestasi puncak pada waktu yang dikehendaki serta mengelakkan latihan berlebihan.
Ia bertujuan untuk:
a. Memudahkan penyediaan program latihan
b. Lebih mudah meramal hasil atau pencapaian matlamat
c. Dijadikan garis panduan bagi menentukan pencapaian puncak ( peaking ) yang betul dan tepat semasa fasa pertandingan.
d.Membantu jurulatih dan atlit menjalani latihan dengan lebih teratur dan sistematik.
e. Memudahkan proses pemantauan dan penilaian.
Alhamdulillah ilmu dalam Teori sains sukan banyak memberi impak yang positif dalam dunia kerjayaku selaku sebagai pendidik/jurulatih dalam bidang sukan. Sesuatu Teori tidak mencukupi Jika tidak disatukan dengan praktikal dalam situasi sebenar. Periodisasi ku 1 tahun setengah telah tercapai dalam membentuk Atlet dari 0 kepada Atlet yang berprestasi tinggi. Semoga kejayaan ini menjadi batu loncatan buat pelajar2 dan Insan lain.
Kejayaan seorang Atlet/pelajar tidak mencukupi jika tidak dibimbing oleh seseorang guru mahupun jurulatih. Kerana peranan guru/jurulatih adalah menjadi permudahkan cara untuk atlet/pelajar tahu hala tujunya dalam mencipta kejayaan atau kecemerlangan dalam hidup.
Saya doakan semua guru/jurulatih di luar sana sentiasa kuat dan bersabar dalam membentuk Atlet yang beginer(lemah) ke arah profesional (hebat). Kerana niat yang baik akan di balas dengan kebaikkan didunia di akhirat kelak. In shaa Allah...
USAHA TANGGA KEJAYAAN ..

Afif SPEC 2018
Cikgu/Jurulatih







Alhamdulillah selesai amanah ku sebagai Jurulatih Melaka untuk Kejohanan Petanque Remaja MSN MILO Kebangsaan Malaysia 2018 Sirkit kedua. Syukur kali ini atlet ku dah melakukan sesuatu yang terbaik tanpa dijangka. Syabas dan tahniah semua kerana buat yg terbaik utk mengharumkan nama Melaka. Good luck untuk kejohanan Grand Final akan datang. Kita baiki kelemahan dan target pencapaian yang tertinggi, semoga akan datang ada atlet saya yang mencipta nama sebagai atlet Negara. .
#TheBestMemories
#30jun -1julai2018v


















Menggalas tanggungjawab baru. Selesai melaksanakan permilihan Sirkit Petanque Kebangsaan 2018 wakil negeri Melaka.
#JurulatihMiloMelaka
#Piala Remaja MSN-Milo
#PersekutuanPetanqueMalaysia










SYABAS dan TAHNIAH Khairul Amirul dan partner dapat JOHAN . Tq juga kerana buat saya bangga dengan awak walaupun baru 1 tahun 3 bulan banyak pencapaian kita target tercapai. Alhamdulillah terlepas targetku untuk melahirkan atlet/pelajar berprestasi tinggi dari sekolah sendiri SMK Kem Terendak (FORM3). Akhirnya periodisasi sukan ku tercapai. Semoga terus cemerlang dan saya akan support daripada belakang https://static.xx.fbcdn.net/images/emoji.php/v9/f4c/1/16/1f642.png:)
*KEPUTUSAN KEJOHANAN PETANQUE TERTUTUP MELAKA ANJURAN KOLEJ PROFESIONAL MARA AYER MOLEK MELAKA*

*_JOHAN_*
SUKMA 2
*_NAIB JOHAN_*
SERI PANDAN
*_KETIGA BERSAMA_*
SUKMA 3 & PERTAMA 3
*_KELIMA_*
SUKMA 10
*_KEENAM_*
UTeM 1
*_KETUJUH_*
SMKST 1
*_KELAPAN_*
SUKMA 1
#periodisasisukantercapai
#TRAININGMAKEPERFECT
#GoodJob


JOHAN SUKMA MELAKA


SERI PANDAN ( ATLET LELAKI SUKAN SEA MALAYSIA) VS SUKMA MELAKA


SEPARUH AKHIR PERTAMA( ATLET SUKAN SEA MALAYSIA WANITA) VS SUKMA MELAKA







"Menjadi seorang jurulatih yg baik perlu ada ilmu dan pengalaman yang banyak utk menghasilkan atlet yang baik." 2 tahun lagi baru renew. Manfaatkan lesen yang ada sebaik mungkin. In shaa Allah..
#LESEN2018-2020
#SPKK
#AKK





Rezeki dapat harumkan nama Universiti Teknikal Malaysia Melaka, sementara belum konvokesyen Master pada tahun ini. Kejohanan Petanque Tertutup Melaka Anjuran Kolej Profesional Mara Ayer Molek Melaka 2018
#16Mac2018









Alhamdulillah akhirnya dapat luaskan kuasa SMKKT dan SMKST MELAKA di Bumi selangor. Kejohanan petanque remaja kebangsaan Selangor 2018
SMKST JOHAN
SMKKT NAIB JOHAN
SMKST 8 TERBAIK
SMKKT 16 TERBAIK
#24/25februari2018
Tahniah smua Pelajar yg Menang dan cemerlang..
https://static.xx.fbcdn.net/images/emoji.php/v9/f4c/1/16/1f642.png:) — di Kolej Komuniti Kuala Langat (Official)







Alhamdulillah syukur lulus dengan jayanya peperiksaan lisan VIVA. Terima kasih family, isteri tercinta, supervisor, saudara mara dan sahabat2 yang sudi support dan mendoakan saya..
#KajianMaster
#fullresearch
#19.1.2018










Syukur pencapaian terbaru, kajian saya telah mendapat AWARD CERTIFICATE. Kajian eksperimen yang dijalankan telah mendapat kejayaan ke peringkat kebangsaan. Terima kasih kepada insan2 yang telah membantu dan support dalam kajian ini. Semoga dipermudahkan urusan seterusnya untuk melaksanakan kajian yang lebih banyak dalam dunia petanque. Target seterusnya habiskan master dengan jayanya dan melanjutkan pelajaran ketahap PhD. in shaa Allah. Hadiah ini semua untuk membentuk jati diri ku dan menjadi batu loncatan kepada semua atlet atau pelajar-pelajar sekolah. Sesuatu sukan kita boleh berjaya jika kita sentiasa fokus dan mencapai matlamat yang kita sasarkan dari masa ke masa. berakhir tahun 2017 dengan penuh bermakna bagiku :).

INNOVATION UTEMEX 2017


Alhamdulilah syukur tercapai impian ku untuk melanjutkan pelajaran ke tahap Master ( Sarjana) dan dapat membentuk artikel jurnal kajian ku sendiri berkaitan sukan petanque. Kepada pengusaha petanque yang melanjutkan pelajaran ke tahap Master atau PhD boleh lah ambil artikel jurnal ini sebagai sumber rujukan di Malaysia. Hal ini kerana kajian dalam Malaysia dan dunia belum ada lagi kajian berkaitan sukan petanque.

https://www.ripublication.com/ijaer17/ijaerv12n17_40.pdf

So impian sebagai pencetus kajian petanque akhirnya tercapai sebelum saya meninggalkan dunia ini. Sempat saya buktikan kepada rakan-rakan universiti yang dulu pernah memperlekehkan sukan yang saya ceburi ini. Target dalam masa 3 tahun tercapai akhirnya. 2015-2017

1. Pelajar Universiti Terbaik
2. Johan Open Kebangsaan
3. Biasiswa KBS
4. Pensyarah Sukan Petanque
5. Jurulatih Sukan Petanque
6. Penerbit buku modul Petanque
7. Cikgu Penasihat Petanque
8. Kajian Petanque
9. Penganjur Kursus Petanque



Alhamdulillah syukur pencapaian terbaru dapat menganjurkan Kursus Kejurulatihan Petanque Tahap 1 Peringkat Kebangsaan yang disertai wakil satu Malaysia. Semoga selepas ini semua menjadi jurulatih yang dapat membangunkan sukan petanque di Malaysia. Syabas dan tahniah semua. 

27hb November hingga 1 hb Disember 2017 bertempat di Universiti Teknikal Malaysia Melaka.









Terima kasih En Mohidin otai Negeri Sembilan sudi membawa Timbalan Presiden Persatuan Petanque Negera Brunei. Selepas ini kita boleh bekerjasama melaksanakan pembangunan Sukan Petanque.



Alhamdulillah dapat mengekalkan Kejuaraan iaitu Johan dalam Kejohanan Petanque Single PSKPP Melaka 4 November 2017. Walaupun kurang turun ke padang tetapi masih mengekalkan ilmu sains sukan Imageri dalam diri. Imageri adalah gambaran dan bayangan yang kita sentiasa lakukan berulang kali hingga menghasilkan latihan sempurna dalam mental atau akal fikiran. Syukur prestasi masih kekal konsisten dalam kemahiran pointing dan shooting. Kali ini wakil Melaka dalam Kejohanan MSKPPM yang akan dilaksanakan di Port Dikson 16-20 Disember 2017.










Alhamdulilah pencapaian baru, atlet saya dalam masa 5 bulan dapat mencipta nama dalam Kejohanan Petanque Remaja Kebangsaan 21 Oktober 2017. Setanding dengan atlet SUKMA yang bertahun-tahun buat latihan. Syabas dan Tahniah atas peningkatan prestasi mendadak Amirul Haikal ( MELAKA ). Semoga terus maju jaya, saya doakan. sebagai jurulatih kita perlu sentiasa alert dengan masalah dan pembangunan pretasi atlet kita. Baru menghasilkan prestasi mendadak. Kunci kejayaan mudah, bawa atlet kita ke Kejohanan Terbuka selalu utk melatih diri mereka membuang perasan Anxiety ( kebimbangan ) dan confident ( yakin ) diri sendiri.







Ilmu Periodisasi sukan yang digunakan tercapai, dalam masa 5 bulan target untuk bawa atlet kelab SPEC dan pelajar Sekolah usia 14 tahun tercapai. Alhamdulilah masuk Final dan mengalahkan atlet SUKMA dan atlet Malaysia. Syukur mencipta sejarah kelab SPEC dan harumkan nama pelajar-pelajar di sekolah. TAHNIAH khairul dan Amirul.

KEJOHANAN PETANQUE TERBUKA TERTUTUP MERLIMAU MELAKA KEBANGSAAN 1 DAN 2 OKTOBER 2017








Alhamdulillah pencapaian baru sebagai Jurulatih atau Pendidik di sekolah dapat melahirkan seorang atlet umur 14 Tahun dalam masa 3 bulan boleh meningkatkan prestasi dengan baik. 1 kepuasan dalam diri  dapat mengalahkan team Indonesia harini 13-5. Good my student Khairul Amirul. Jangan risau awak baru Tingkatan 2 boleh gi jauh lagi. In shaa Allah. Lepasni kita training lagi dan pulun semua kejohanan petanque terbuka kebangsaan dan Antarabangsa.
#TrainingMakePerfect
#OpenNationalCup2017
#PetanqueDoblePuduKL
#SPEC
#StarPetanqueClub
#SMKKT
#GelanggangSukanSEA2017



Gambar berlawan atlet Indonesia dalam kejohanan Petanque Double Terbuka Kebangsaan Pudu Kuala Lumpur 2017 di Arena Petanque Pudu KL gelanggang sukan Sea 2017






Surat Jemputan bagi merasmikan kejohanan Petanque Tertutup UPSI 2017 selaku pensyarah petanque. Semoga dipermudahkan urusan penganjuran kejohanan petanque pelajar ijazah koku petanque.




Tahniah para pemenang kejohanan petanque triple tertutup UPSI 2017







KEJOHANAN PETANQUE ANGKASA 2017

Rezeki, pelajar menang guru pun menang Tempat Ketiga Kategori Dewasa


Tahniah pelajar-pelajar saya, kerana memecahkan rekod sekolah. Sukan petanque tidak pernah menang masuk ke separuh akhir. Akhirnya dapat mendudukiTempat Ketiga Peringkat Negeri. Tahun depan kita target Johan.. in shaa Allah aamin :)




Kejayaan yang aku cipta bukan datang dengan sendirinya, tetapi datang berkat dari daya usaha yang gigih. Jika dulu aku berdiri hanya sebagai insan untuk ditertawakan tetapi sekarang berdiri sebagai insan yang disanjung tinggi. Syukur berkat usaha bermula tahun 2013 telah mengubah diri ku. Rezeki Allahswt beri melalui sukan petanque, walaupun mengenal petanque di alam IPT ( UPSI) terlalu singkat, namun terlalu banyak kejayaan yang telah aku lalui dari hari demi hari. Bagi insan yang membaca blog ku ini, ingat sesuatu sukan jika kita pegang kepada 2 perkara iaitu menguasai teknikal dan taktikal. Seterusnya DUIT ( Doa, usaha, istiqamah dan tawakal). In shaa Allah kita mampu berdiri bersama atlet dunia. Kini matlamat dan impian ku telah tercapai DUNIA PETANQUE:

1.  Menjadi seorang atlet petanque Malaysia.
2. Menubuhkan Kelab Petanque Sendiri (Star Petanque Club), 
3. Menjadi seorang pensyarah sukan petanque
4. Menjadi jurulatih petanque
5. Melanjutkan pelajaran Master bidang Sukan ( Kajian Petanque)
6. Membuat buku modul petanque
7. Berniaga barang petanque. 







MAJLIS KEBAJIKAN DAN SUKAN ANGGOTA-ANGGOTA KERAJAN MALAYSIA 2017

Alhamdulillah 1st time join MAKSAK MALAYSIA dapat menyumbang pingat gangsa untuk pasukan Melaka. Sekali gus dapat pecah rekod kebangsaan dan juga negeri Melaka kerana sebelum ini belum ada lagi menang dalam kejohanan MAKSAK. Terima kasih pihak pengurusan, jurulatih, isteri family dan semua kawan2 yang mendoakan kejayaan kami, tercapai target KPI tahun ini.
27-30/4/2017
#MAJULAHsukanUntukNEGARA
@SUKANPETANQUE
#PORTDICKSON












Alhamdulillah selesai perkongsian info undang-undang petanque pagi ni bersama isteri-isteri tentera 3DIV Kem Terendak. Terima kasih kerana bagi kepercayaan kepada saya.
#BAKAT3DIV 22/3/2017
#CikguAfif
#LectureKoPetanque
#ArenaHangJebatMelaka





Alhamdulilah rezeki hujung minggu, cipta nama kelab baru Kejohanan Petanque Double Terbuka/Tertutup Melaka 4 dan 5 Mac 2017.
#KolejProfesionalMaraAyerMolek



Saat terindah bersama ahli baru Star Petanque Club. Syukur fasa pertama tercapai, penubuhan club dan juga semangat ahli2 1 Malaysia berkumpul. Semoga dipermudahkan next mission https://www.facebook.com/images/emoji.php/v7/f4c/1/16/1f642.png:). Tq all.
#SPEC2017
#InternationalPortDickson 11-12 Februari 2017







Kalini masuk ke alam pekerjaan Guru. Alhamdulillah syukur Naib Johan dalam kategori Double Lelaki dalam kejohanan Majlis Sukan Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan Malaysia. Syukur dapat harumkan nama Melaka. 
19 November 2016. 





Alhamdulillah selesai merasmikan Kejohanan Petanque Tertutup UPSI 2016 anjuran Subjek pengurusan Ko Petanque. Saya doakan semoga pelajar ijazah saya terus berjaya dunia akhiran. Manfaatkan ilmu sebaik2 ye. :)
10 November 2016
#LecturerPetanque#PengurusanKoPetanqueUpsi2016




Rezeki Johan single Kejohanan Petanque PSKPP peringkat negeri Melaka 2016.
Dulu bawa nama universiti ke antarabangsa, skrg teruskan sukan tercinta dalam dunia pendidikan

NextMissionKebangsaan #MajlisSukanKebudayaanPerkhidmatanPelajaranMalaysia
#HomeKedahDisemberMSKPPM.






Kejohanan Petanque International KL Mayor Cup 2016
23 dan 24 Oktober 2016






Alhamdulilah syukur rezeki Johan daripada 64 team dalam Kejohanan Petanque Tertutup Melaka.Terima kasih kepada semua.
5-6 November 2016
#Star Petanque Club
#SPEC
#KejohananPetanqueTertutupMelakaDanJemputan2016
#LamaTakMainMasihBerbisa



Anugerah  pemain petanque kategori lelaki terbaik Close Melaka 2016




Alhamdulillah terima kasih kepada pelajar2 degree saya. kelas sbjek pengurusan Ko sukan Petanque. Atas kerjasama diberikan . Smoga semua menjadi guru2 yg mithali dan berjaya dunia akhirat..aamin. Smoga ilmu saya berikan dapat manfaatkan masa hadapan. In shaa Allah :). Aamin



Next mission. Smoga selamat perjalanan ku dan team UTeM ke bumi Utara Perlis. In shaa Allah aamin. 

#‎Selatan-Utara





Alhamdulillah selesai interview guru. Pengalaman paling bermakna dalam hidup. 1st think positif :). 




Alhamdulillah selesai perlawanan persahabat sukan petanque bgi Team UTeM dan Team Politeknik Merlimau , pengalaman terindah menjadi seorang jurulatih Universiti Teknikal Malaysia Melaka:)




Alhamdulillah selesai mengajar kelas teori di UPSI tercinta. Walaupun mengajar subjek pengurusan Ko sukan petanque. Tetapi cukup gembira masih mampu menyumbang jasa sebagai pendidik. :)
#‎LecturePetanque



Alhamdulillah pagi ni sempat spent time training ngan 2 anak buah otai Team Sukma Pinang dan Sukma Selangor. Tq En nasir( coach pinang) n Dragon (coach Selangor). 
‪#‎ImproveSkill‬
‪#‎EsokStartKejohanan‬
‪#‎MixTripleOpenClosePinangKebangsaan‬







Alhamdulillah syabas dah tahniah kelab Petanque Upsi atas penganjuran kejohanan petanque double tertutup UPSI 2015. 
‪#‎MajulahSukanUtkNegara‬ Emotikon smile
‪#‎DMEGAupsi‬
‪#‎SyabasParaPemenang






Alhamdulillah, syukur kpd Ilahi pada 24hb November 2015..selesai Majlis istiadat Konvokesyen. Saya tuju khas terima kasih kepada Parent, family, para guru sejak kecil hingga dewasa, para pensyarah, para staf upsi dan para sahabat yg sllu support . Akhirnya saya peluang terima perasmian segulung Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains Sukan dgn Kepujian. Semoga Allahswt membalas jasa baik semua..doakan saya berjaya dunia akhirat..aamin.. 
Emotikon smile

#2015 Akhir penuh memori indah.





Alhamdulillah syabas dan tahniah semua pelajar saya ijazah Pengurusan Ko Sukan Petanque,1st time berjaya laksanakan kejohanan sukan petanque Tertutup Upsi 2015. Semoga ilmu terus manfaat menjadi pendidik yg cemerlang. In shaa Allah aamin.

#22November2015







Alhamdulillah selesai Majlis Penamaan Batch. Kami barisan pensyarah ucapkan Tahniah kepada pelajar junior Batch baru ZIRCON. Smoga jadi bakal pendidik berjaya dunia akhirat..aamin.
( 18 November 2015)

1Emotikon smile











Alhamdulillah slsai observe ujian kemahiran bagi Kelas Kemahiran Ikhtisas Petanque (Pelajar Ijazah Major/Minor Fakulti Sains Sukan Dan Kejurulatihan) semester 1 sesi 2015/2016 Emotikon smile
‪#‎ThankYouAll
‪#‎SemogaJadiGuruMithali
‪#‎ManfaatkanIlmu










Alhamdulillah, syukur . Dapat 2 perlantikan pada 14 September 2015 sebagai tutor (tenaga pengajar) bagi subjek Universiti dan subjek fakulti. Kedua-dua memberi kepercayaan kerana saya aktif sebagai penggiat sukan petanque dan banyak menyumbang dalam Universiti. Rezeki yang tidak dijangka-jangka walaupun belum konvokesyen pada bulan November 2015. Terima kasih para pensyarah yg beri kepercayaan kepada saya.

#‎KOpetanque
#‎IkhtisasPetanque
#‎RezekiMilikAllahswt
#‎Doa,Usaha,Istiqamah&Tawakal






Alhamdulillah..tempat ke 3 daripada 170 pasukan seluruh Malaysia. Kejohanan Petanque Kebangsaan Ambang merdeka 2015. Terima Kasih Team Serting, Negeri 9 Sponsor Kami.
#LawanSampaiSUBUH
#PortDickson
31 OGOS 2015



Kejayaan yang saya peroleh ini adalah berkat keyakinan kami sebagai setia sahabat. Alhamdulillah kejohanan ini memberi satu pengalaman yang paling besar dalam hidup saya sebagai pelajar yang mengambil jurusan Sains Sukan, Walaupun saya sudah lama tidak training, sumber utama dalam sukan adalah basic sukan yang perlu kita perkukuhkan, jika basic kita ada walaupun berpuluh tahun tidak bermain sukan ini. in shaa Allah kita boleh lakukan yang terbaik, seterusnya adalah keyakinan yang tinggi dalam diri. Apabila bertemu pihak lawan lebih hebat daripada kita, kita perlu berfikiran positif bahawa kita juga lebih hebat daripada mereka, tidak kisah sama ada mereka atlet Malaysia, atlet dunia sekalipun. Hal ini adalah kerana, keyakinan adalah pendorong utama untuk menangani perasaan anxiety ( kebimbangan ) dalam diri. Tiada yang mustahil kejayaan yang kita inginkan akan kita miliki :). 










Subahanallah, Bismillahhirrahmannirrahim.. 

Alhamdulillah, 4 tahun ijazah saya habis dengan jayanya. Sumbangan akhir utk UPSI semester last juga terlaksana. Benar kata PA ku (Dr ruaibah) ' biar lambat asalkan selamat dan sempurna. Mohon maaf salah silap kepada semua tanpa sedar dan tidak sedar. Terima kasih saya ucapkan kepada ibu bapa, semua pensyarah, bekas guru2, rakan seperjuangan, teams eluruh petanque Malaysia, family, pelajar2 saya dan juga semua pihak byk bantu saya. Jasamu tetap ku kenang dunia akhirat. In shaa Allah aamin.

Siap akhirnya kajian saya siap bertajuk “Keberkesanan Kemahiran Shoot On The Iron Secara Berdiri Menggunakan Steady Lob Dalam Permainan Sukan Petanque”. Kajian ini adalah bertujuan menentukan sejauh mana keberkesanan kemahiran ‘Shoot on the iron’ berdiri menggunakan ‘Steady Lob’ dalam permainan sukan petanque ke atas pencapaian prestasi pelajar tingkatan 1 dan 4. Kajian ini dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tanjong, Tanjong Keling, Melaka. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah eksperimental yang melibatkan 64 orang pelajar. Tempoh masa yang diambil untuk kajian adalah dua belas minggu. Data yang dikutip menggunakan ujian pra dan ujian pasca. Data dianalisis menggunakan teknik analisis deskriptif, frekuensi, peratusan dan ujian T. Dapatan kajian menunjukkan prestasi kumpulan eksperimen iaitu menggunakan alat bantuan ‘Steady Lob’ lebih baik dan signifikan berbanding dengan kumpulan pembelajaran biasa. Implikasi dapatan kajian ini mencadangkan bahawa penggunaan alat ‘Steady Lob’ digunakan sebagai salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran sukan petanque bagi meningkatkan pencapaian prestasi atlet.







Alhamdulillah syukur sgt2. Saya amat bangga pelajar yg selama ini saya training daripada tidak tahu pasal petanque. Kini wakil Johan kejohanan petanque Angkasa Melaka 2015 n mgharumkan nama SMK seri tanjong. Hadiah istimewa bg saya, good luck utk mewakili kebangsaan di Port Dickson.




Wakil pelajar saya SMK seri tanjong johan triple wanita kategori jemputan Grand Finale IPT 27-31 Mei 2015.. Syabas dan tahniah.








Johan kategori Double Lelaki, 
Kejohanan Petanque IPT ZON Utara 2015(Perak, Pulau Pinang, Perlis, Kedah) daripada 193 pasukan IPT
25-27 April 2015





Alhamdulillah syukur hadiah malam ini . Dapat 2 anugerah. Anugerah dekan dan anugerah Piala emas(akademik, sukan, kepimpinan) tertinggi dalam fakulti.. Upsi 30.3. 2015..semester last yg begitu bermakna sebelum keluar dari Universiti.
Tq My Family, pensyarah2, staf2 upsi, rakan2 semua yg sentiasa support. ALLAHswt sahaja mampu membalas segala kebaikan semua..aamin
Aku dah buktikan kepada semua sukan petanque adalah sukan yang membawa aku kepada kejayaan.









Alhamdulillah, patut malam ni rasa lain. Tergesa dtg keadaan simple. rupa2nya Allahswt berikan hadiah. Akhirnya ternobat sebgai pencalonan ANUGERAH KECEMERLANGAN INDIVIDU 2014 (Kategori Sukan Lelaki terbaik) bagi Universiti pendidikan Sultan Idris. . terima kasih kepada parent, family, pensyarah, staf2 UPSI, smua rakan2 seperjuangan ,dan para pelajar saya. smoga Allahswt membalas segala kebaikan diberikan.
( 26 Mac 2015 )








Kejohanan petanque Antarabangsa Bentong Pahang, Malaysia 2015. Mewakili universiti Pendidikan Sultan Idris mewakili Malaysia.





Alhamdulillah syukur dapat tempat ke 3 kejohanan Petanque Double Close Melaka 2014. Walaupun tidak mendapat Johan, tetapi terasa hati yang puas akan kemampuan diri sendiri. Tahniah kepada para pemenang dan juga plajar2 saya kerana dah main bersungguh2 td. Happy lihat kamu semua berjuang habis-habisan. Teruskan latihan selepas ini, tingkatkan skill pointer n shooting.



Selalu join under upsi. Kali ni Alhamdulillah join under negeri Melaka utk kejohanan petanque open Melaka. . .nak berjaya dalam sukan kena usaha lebih




Johan Komuniti Cup dalam kejohanan Petanque IPT 2014 Zon Tengah




Kejohanan Majlis Sukan Universiti Malaysia 2014
Pada 5-13 April 2014 di Gelanggang Universiti Pendidikan Sultan Idris
Perak dalam Kategori Triple Lelaki




 Kursus Kejurulatihan Petanque Kebangsaan Sesi 1/2013di Kuala Selangor
GAMBAR 1


GAMBAR 2


Alhamdulillah, berkat usaha dan doa. Akhirnya impian saya menjadi kenyataan. Dapat juga beli 1 set bola yg mahal RM 1400.00 untuk latihan dan perlawanan semua kejohanan xlama lagi. Syukur dengan menggunakan hasil titik peluh saya selama ini. Terima kasih kepada semua kawan-kawan yg sentiasa support saya, lebih-lebih dalam sukan yang saya ceburi ini. Mungkin ramai terfikir yg sukan petanque sukan biasa sahaja. Tetapi Alhamdulillah, dgn kerana sukan ini saya mampu tingkatkan pencapaian sukan saya dan dapat mengharumkan nama UPSI( Universiti Pendidikan Sultan Idris) dan sekali gus membantu saya mendapatkan biasiswa Kementerian Belia dan Sukan. . sama2 mendoakan yg terbaik. Semua perkara ini, telah mendewasa kan saya. . 



MENARA KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN DI PUTRAJAYA
PENYERAHAN SURAT PERJANJIAN BIASISWA 


Tempat ketiga dalam Kejohanan SUKAN IPT 2014 yang berlangsung pada 4.2.2014-10.2.2014 (fasa 1).
Alhamdulillah berkat usaha dan semangat dapat membawa pulang kejayaan untuk UPSI tercinta.



Ahamdulillah..Ya Allahswt..syukur sgt2 kerna akhirnya saya telah mencipta rekod UPSI dalam kejohanan Sukan Petanque.. Mendapat JOHAN dalam kejohanan Open Petanque Double Pra Pulau Pinang. daripada 77 pasukan seluruh Malaysia.. terima semua 


KEJOHANAN OPEN PETANQUE DOUBLE PRA PULAU PINANG

JOHAN : KEL 4 / UPSI
KE-3 : TLDM 1
KE-4 : K.KANGSAR
5-8 : TITI MUKIM 1, TUDM, K.GAJAH 6, TLDM 2



GRAND FINALE KEJOHANAN PETANQUE IPT 2013PIALA KSU KPM (23-26 OKTOBER 2013)
DI ARENA PETANQUE MAJLIS DAERAH KUALA SELANGOR

NAIB JOHAN ACARA TRIPLE LELAKI




KEJOHANAN PETANQUE IPT 2013 PIALA KSU KPM PERINGKAT ZON TENGAH (KL, PERAK, SELANGOR) PADA 20-23 SEPTEMBER 2013.

JOHAN ACARA TRIPLE LELAKI



Ketika kejohanan petanque zon tengah (KL, PERAK DAN SELANGOR) ini dianjurkan atlet petanque upsi kali pertama telah mengharumkan nama upsi dengan memegang johan keseluruahan sebanyak 3 emas dalam kategori double lelaki, double wanita dan triple lelaki. sekali gus telah menempatkan antara 8 Universiti yang terbaik untuk mewakili Universiti zon tengah ke Grand Finale Kejohanan Petanque IPT Piala Ksu KPM pada 23-26 Oktober 2013. Hal ini telah memberi galakkan dan semangat untuk para atlet petanque mencapai matlamat mereka untuk mengharumkan nama UPSI.

GAMBAR KEMENANGAN 3 EMAS
Acara double lelaki, double wanita dan triple lelaki

Alhamdulillah dapat masuk surat khabar Metro pada 18-30 Ogos 2013 , sekali gus menaikkan nama UPSI di UIAM Gombak.



KEJOHANAN PETANQUE KPT-IIUM 2013 DI INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY MALAYSIA

TEMPAT KETIGA KATEGORI DOUBLE LELAKI

1 Emas, 2 Perak dan 1 Gangsa

Gambar ini adalah gambar 1st time aku mengenal apa itu petanque pada semester 3 tahun 2013. sukan ini memberi 1 minat mendalam setelah aku tinggalkan sukan kesayangan aku iaitu sepak takraw. Disebabkan jatuh hingga tulang klavikel bahu patah. Akhirnya, sukan ini memberi aku satu semangat utk aku bermula sejarah sukan baru ku.. akan ku buktikan kepada semua kawan di IPT dan seluruh dunia bahawa sukan ini akan memberi 1 sinar baru dalam hidup ku kelak... in shaa Allah aamin :)

1 comment:

  1. Assalamualaikum, saya ingin bertanya tentang latar belakang sukan petanque di melaka?

    ReplyDelete

KEJOHANAN PETANQUE SIRKIT REMAJA KEBANGSAAN SIRI 6 2023

  Syukur alhamdulillah target periodisasi tercapai selaku Jurulatih dapat melahirkan atlet berprestasi tinggi dalam masa setahun. Sejarah be...