Thursday, 26 September 2013

SEJARAH PETANQUE ANTARABANGSA

Sejarah permainan petanque dikesan kewujudannya semenjak tahun 9000 sebelum masihi  apabila satu set bola batu dan jek ditemui di Turki. Satu set bola juga ditemui di makam orang-orang mesir , dipercayai berusia sekitar tahun 7000 sebelum masihi. Pada zaman purba, sukan ini dimainkan oleh orang-orang Rom dan Greek. Dipercayai bahawa orang-orang Rom merupakan orang pertama yang membawa permainan petanque ini ke Marseiles kira-kira 2600 tahun dahulu.


            Pada zaman pertengahan, permainan ini sangat popular sehingga ia dilarang dari dimainkan. Pada kurun ke-17, para bangsawan Perancis telah menjadikan sukan ini kepunyaan mereka sahaja dan Raja Louis XIV telah meletakkan peraturan permainan tersebut kepada 14 mata.
            Sewaktu perang, tentera Napoleon Bonaparte menggunakan peluru merian sebagai bola permainan. Dikhabarkan juga bahawa Sir Francis Drake telah menamatkan permainan bola tersebut sebelum beliau bersiap-siap menewaskan bala tentera Sepanyol.
            Sejarah moden permainan petanque bermula di Clotat, Perancis pada tahun 1910 apabila sesorang lelaki cacat yang baru sembuh dari kemalangan sewaktu menyaksikan sukan ini telah mengambil salah satu bola tersebut dan membalingkannya dengan tepat sekali pada kedudukan berdiri. Sukan ini kemudiannya berkembang ke semua tanah jajahan Perancis di Afrika,Pasifik Selatan dan Eropah Barat.
            Pada akhir dekad ini, ia juga dimainkan di negara Eropah Timur dan Asia seperti Thailand , Malaysia , Vietnam , Kemboja , Laos , Jepun dan Singapura. International Pétanque federation telah ditubuhkan pada tahun 1958 di Marseille. Persatuan ini mempunyai keahlian seramai 600,000 ahli dari 52 buah negara. Kejohanan Petanque Dunia yang pertama telah dianjurkan pada tahun 1959.

Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak



Hajjah Sufiah Haji Ishak, Sport For All Series, Selangor, Penerbitan PCT  
         Sdn.  Bhd.

Majalah Pelancar Wajah Jati Diri Koperasi, April 2005, Angkatan Koperasi  
         Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), Petaling Jaya Selangor.

http://www. petanque. Org

http://www.emedia.Com.my/misc/EPG/khamis/gelanggang/ 20041122082901/
          article/ gelanggang


Berita Harian, 18 November 2004

5 comments:

  1. Pengetahuan sejarah sukan petanque ini perlu diketahui oleh semua atlet petanque dan para individu yang lain. Hal ini bertujuan, supaya kita tahu asal usul kehadiran sukan ini, sehingga maju sebagai sukan yang moden pada hari ini.

    ReplyDelete
  2. oh ye ke, betul gak. kalu xada asal usul, xboleh jd juga sukan ni kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye benar tu, mok. kalu bukan dengan sejarah sebegini tidak mungkin akan memberi satu pendedahan kepada semua.

      Delete
  3. oh bgni rupenya sejarah sukan petanque..slamani xpernah tahu..ok lah jdikan sebgai information smua kan..

    ReplyDelete
  4. benar tu, sejarah ini supaya semua atlet petanque atau masyarakat mengenal asal usul sejarah petanque.

    ReplyDelete

KEJOHANAN PETANQUE SIRKIT REMAJA KEBANGSAAN SIRI 6 2023

  Syukur alhamdulillah target periodisasi tercapai selaku Jurulatih dapat melahirkan atlet berprestasi tinggi dalam masa setahun. Sejarah be...