Mengukur kedudukan jack mesti menggunakan pita
ukur bertanda, kerana ia ada kaitan dengan ukuran jarak tetap, (1, 2, 3, 4, 5,
6, 10, 15 dan 20 meter). Ukuran ini
sebaiknya dilakukan oleh arbitre.
1. Mengukur sama ada jack
atau bulatan berada pada jarak minimum1m dari garisan
mati atau halangan. Ukuran dibuat pada titik lilitan terdekat jack
/ bulatan ke garisan mati.
2. Mengukur sama ada bulatan dilukis mengikut
ukuran yang benar. Diukur
diameter bahagian dalam bulatan.
3. Menentukan sama ada jack dilontar pada jarak
sah. Diukur titik lilitan luar
bulatan ke titik lilitan jack yang terdekat.
4 Menentukan sama ada jack
telah melepasi jarak mati.
- Jarak terjauh jack dari bulatan:
15m bagi kategori minors dan cadets /
20m bagi kategori juniors dan seniors. Diukur titik lilitan luar
bulatan ke titik lilitan jack yang terdekat.
- Jarak terdekat jack dari bulatan:
3m . Diukur titik lilitan luar bulatan ke
titik lilitan jack yang terjauh.
TQ, atas maklumat Permiann yg berguna pada saya untuk mendalami permianan ini. nanti boleh masuk video pertandingan Petanque...
ReplyDelete