Thursday, 26 September 2013

MEMULAKAN PERMAINAN

1.  Setelah ditentukan gelanggang yang akan digunakan, pemain dikehendaki  berada di gelanggang dan dibenarkan membuat latihan sebelum perlawanan. Pemain juga dibenar meratakan gelanggang dan membuang benda-benda yang tidak berkaitan yang berada di dalam gelanggang. 
            
2.  Pemain dikehendaki menunjukkan lesen masing-masing kepada pihak lawan atau pengadil sekiranya pemeriksaan awal belum dibuat oleh pegawai pertandingan.
           
3. Pemain juga dikehendaki memeriksa kesahan boule lawan.
            

4. Undian hendaklah dibuat bagi menentukan pasukan mana yang akan memulakan lontaran.
            
 5. Pasukan yang menang undian (Katakan Pasukan ‘A’) akan membuat satu bulatan mengikut ukuran yang dibenarkan dan berdasarkan taktik pasukan masing-masing. 


* Bulatan hendaklah dibuat di salah satu end (hujung) gelanggang.  Kedudukan bulatan dalam gelanggang hendaklah berdasarkan kepada undang-undang.

6.  Salah seorang pemain dari pasukan ‘A’ akan melontarkan jack ke satu jarak dan kawasan yang dipilih berdasarkan taktik pasukan.  Walaubagaimanapun jack hendaklah dilontar mengikut undang-undang.  Rakan‘A’ boleh membantu bagi menentukan di mana jack harus dilontar. "Jack" yang telah dilontar hendaklah ditanda kedudukannya



7    Jack yang dilontar tidak boleh terkeluar dari kawasan gelanggang yang ditetapkan.

8    Sekiranya jack yang dilontar tidak sah selepas tiga kali cubaan, maka pihak lawan, pasukan ‘B’, akan melontarkan untuk pasukan ‘A’. Sekiranya pasukan ‘B’ juga gagal melontarnya secara sah, maka pasukan ‘A’ akan melontarnya semula. 

            9  Selepas itu, salah seorang pemain dari pasukan ‘A’ akan melontar boule pertamanya. Boule yang dilontar hendaklah juga ditanda. Melontar boule yang pertama juga adalah taktik permainan yang harus diberi perhatian.


            10. Berikutnya adalah giliran pemain dari pasukan ‘B’ pula untuk membuat lontarannya.  Pemain ini akan cuba menguasai kedudukan yang lebih baik dari boule pasukan ‘A’.  Ini boleh dilakukan dengan 3 cara: 
           
  •   Point boulenya supaya lebih dekat ke jack berbanding boule pasukan ‘A’
  •   Shoot boule pasukan ‘A’ supaya boule tersebut teralih jauh dari jack.
  •   Shoot jack supaya teralih jauh dari boule pasukan ‘A’.

  11  Pasukan ‘B’ hendaklah melontar boule dalam masa 1 minit setelah boule pasukan ‘A’ berhenti bergerak (atau 1 minit selepas pengukuran dibuat bagi menentukan kedudukan boule yang terdekat).
            
  12. Sekiranya pasukan ‘B’ menguasai kedudukan terhampir maka pemain pasukan ‘A’ akan melontar boule berikutnya.  Sebaliknya sekiranya boule pasukan ‘A’ masih menguasainya, maka pasukan ‘B’ perlu terus melontar boulenya sehingga ia dapat menguasai kedudukan atau sehingga habis boule mereka. 

 13  Setelah tamat semua boule dilontar, maka dikatakan telah tamat "End" tersebut.  Mata akan dikira berdasarkan kedudukan boule.  Di antara boule pasukan ‘A’ berbanding boule pasukan ‘B’ yang mana terhampir dengan "jack".  Sekiranya boule pasukan ‘A’ adalah yang terhampir, maka pasukan ‘A’ yang akan dapat mata, manakala pasukan ‘B’ tidak memperolehi mata bagi End ini.  Berapa matakah yang diperolehi oleh pasukan ‘A’ dikira berdasarkan berapa boule pasukan ‘A’ yang terhampir ke jack berbanding boule pasukan ‘B’ yang terdekat dengan jack.


Berdasarkan dari gambarajah di atas, pasukan ‘A’ akan memperolehi 2 mata kerana boule pasukan ‘B’ menduduki tempat ketiga terdekat ke jack.  Untuk menentukan boule siapa yang terdekat hendaklah dilakukan oleh pemain sendiri.  Sekiranya kedudukannya meragukan dengan hanya melihat dengan mata sahaja, maka ianya hendaklah diukur.  Sekiranya masih meragukan maka hendaklah meminta bantuan dari arbitre (pengadil).

 14  Keputusan yang diperolehi dari End tersebut hendaklah direkodkan dalam Helian Skor (Score Sheet).
           

15  End berikutnya hendaklah dimulakan dalam masa 1 minit setelah keputusan masa diperolehi.
           
16  Bulatan bagi End baru hendaklah dilukis di mana jack berada semasa End sebelumnya.  Sekiranya jack terkeluar dari gelanggang, maka bulatan itu hendaklah dilukis pada kedudukan terakhir jack dalam gelanggang sebenar, sebelum ia terkeluar.
           
17 Kedudukan bulatan boleh dialih mengikut hala permainan sebelumnya, sekiranya jarak permainan jack yang maksimum tidak boleh diperolehi mengikut pilihan pasukan yang berkaitan.
           
18 Pasukan yang memperolehi mata (menang) pada sesuatu End, akan memulakan permainan pada End berikutnya.  Kaedah ini berterusan sehingga satu pasukan memperolehi mata penamat iaitu 11 atau 13 mata, ikut ketetapan pengelola kejohanan.

No comments:

Post a Comment

KEJOHANAN PETANQUE SIRKIT REMAJA KEBANGSAAN SIRI 6 2023

  Syukur alhamdulillah target periodisasi tercapai selaku Jurulatih dapat melahirkan atlet berprestasi tinggi dalam masa setahun. Sejarah be...