Etika pemain dalam gelanggang berkaitan dengan
undang-undang yang mana boleh menerima penalti jika melanggarnya. Di samping itu ia juga merupakan strategi dan
tektik pasukan yang bertanding bagi memerangi secara psikologi pihak lawan.
1 Bekas boule, botol minimum hendaklah diletak
di luar gelanggang.
2 Boule yang belum dimainkan hendaklah berada
di luar garisan bola mati/di luar gelanggang di hujung
gelanggang di mana bulatan berada.
3 Boule yang mati hendaklah diletak di luar
garisan mati/di luar gelanggang di hujung gelanggang di
mana jack berada.
4 Pemain terakhir melontar bola hendaklah
memadam bulatan dan memasukkan semula batu
dan tanah yang dikeluarkan dari bulatan pada awal End.
5 Pemain yang jacknya termasuk ke gelanggang
lain hendak memberi laluan kepada pemain di gelanggang
tersebut menamatkan gamenya sebelum meneruskan game mereka
sendiri. Namun persetujuan boleh dibuat berdasarkan berapa banyak
bola yang masih belum dimainkan.
6 Pemain dan penonton harus senyap semasa seseorang pemain hendak membuat lontarannya.
6 Pemain dan penonton harus senyap semasa seseorang pemain hendak membuat lontarannya.
7 Pihak lawan tidak boleh membuat sebarang gerakan anggota atau barang yang boleh mengganggu tumpuan pemain pihak lain yang akan melakukan lontaran.
8 Pemain dari pasukan lawan hendaklah berada di belakang bulatan pada jarak 2 meter atau berada di hadapan jack juga pada jarak 2 meter. Mereka juga tidak boleh berada pada arah balingan boule iaitu berhadapan dengan pemain yang hendak membuat lontaran atau betul-betul di belakang pemain
9. Pemain tidak boleh menggunakan bahasa kasar atau bertengkar dengan pihak lawan. Sebarang perselisihan dan ketidakpuasan hati
berkaitan dengan pelanggaran
undang-undang atau keputusan antara pemain dirujuk kepada arbitre.
10 Pemain hendaklah mematuhi
undang-undang permainan seperti peraturan 1 minit, larangan
membasahkan jack dan bola dan peraturan-peraturan pertandingan yang
ditetapkan oleh pihak penganjur seperti berkaitan dengan pakaian.
11 Pemain tidak dibenarkan
berlatih semasa permainan berjalan.
12 Pemain tidak dibenarkan
meninggalkan gelanggang tanpa kebenaran arbitre atau persetujuan pihak lawan.
Terima kasih ia sangat membantu saya mengenali permainan petanque dengan lebih mendalam.
ReplyDeletesama-sama saudara. ini adalah salah satu cara untuk membangunkan sukan ini dimata masyarakat dan tidak mustahil kemata dunia..sama-sama berkongsi ilmu pengetahuan. tq
Delete