Permainan
petanque adalah sejenis permainan yang tidak membabitkan “body contact” atau
sentuhan badan bagi pemain yang bermain dan bertanding dalam sukan ini. Bagi
atlit negara kita peluang untuk mencapai pencapaian yang baik dalam sesuatu
pertandingan amat tipis bagi acara yang membabitkan “body contact” atau saiz
fizikal.
Bagi permainan petanque, ia lebih
mementingkan kemahiran individu dalam permainan tersebut dan juga ketenangan
serta ketahanan mental seseorang atlit untuk berjaya dalam sesuatu
pertandingan. Disamping itu kos permainan ini juga boleh dikatakan murah kerana
pemain hanya perlu membeli set boules petanque sekali sahaja dan ia amat tahan
lama digunakan. Boules hanya perlu digantikan jika ia telah retak atau pecah,
manakala gelanggang petanque juga amat mudah untuk disedia dan diselenggarakan. Malah permainan petanque
juga boleh dimainkan pada bila-bila masa juga gelanggang yang dibuat mempunyai
bumbung dan ada kemudahan lampu limpah.
Permainan petanque juga adalah suatu
permainan yang memerlukan pemainnya mempunyai etiket permainan yang tinggi di
mana sikap jujur dan menghormati lawan amat penting. Sepanjang pertandingan
berlangsung keperluan seorang pengadil untuk mengadili amatlah kurang di mana
pemain sesama sendiri akan mengawasi permainan. Pengadil hanya diperlukan
apabila terdapat sesuatu masalah yang rumit yang perlu diselesaikan oleh
pengadil.
Secara keseluruhannya, negara kita
seharusnya menggunakan kelebihan permainan petanque sebagai salah satu sukan
utama negara kita kerana peluang untuk atlit negara kita mencapai kejayaan di
peringkat antarabangsa adalah cerah dan kita seharusnya bersedia seandainya
sukan ini dipertandingkan dalam sukan utama negara seperti Sukan Komanwel,
Sukan Olimpik dan sebagainya.
BIBLIOGRAFI
Sdn.
Bhd.
Majalah Pelancar
Wajah Jati Diri Koperasi, April 2005, Angkatan Koperasi
Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA),
Petaling Jaya Selangor.
http://www.
petanque. Org
http://www.emedia.Com.my/misc/EPG/khamis/gelanggang/
20041122082901/
article/ gelanggang
Berita Harian, 18
November 2004
bagus lah ilmu ni...boleh kongsi ngan budak2 petanque..kat skolah tu ngn budak kolej..tq bro..
ReplyDeleteye benar tu, saya buat blog ini..bukan untuk satu lapisan umur.sahaja.tapi untuk semua . tidak kira pelajar sekolah, IPT atau orang yang dah meningkat tua..kerana sukan ini xmengenal usia..janji minat, ada bola petanque, dah boleh main. yang paling penting dapat join semua kejohanan yang dianjurkan .semoga ilmu ni dapat dikongsi bersama..
Deletedah baca input-input petanque ni, memg dia xada gunakan sgt body contact kan..tp lbh motor halus..so org tua, kanak2 n lain boleh main..tp kena ada daya fokus yang tgi lah kan..
ReplyDeletebenar tu saiful, kalu nak tahu sukan ini xmemerlukan otot kasar seperti otot2 besar yang memerlukan keagresifan yang ketara..ia hanya menggunakan motor halus dan mempunyai daya mental yang tinggi.sebab perlu pandai menggunakan teknik tangan yang betul dan tempat drop mark bola jatuh. so jika semua tu disertakan dengan daya fokus yang tinggi akan menghasilkan permainan yang baik..:)
Deletewah baguslah afif, dah lama main tentu dapat menguasai kemahiran petanque kan..nanti boleh ajar saya main.hehhe
Deletealhamdulilah, boleh lah juga..usaha lebih dapat lebih..zul.ok xjadi masalah,jika free datang lah gelangg petanque upsi..nanti saya ajar k, xjdi masalah..
Deletewah gambar awak ada ae, afif, terbaik lah..ni johan time kejohanan kat mana ar?
ReplyDeleteye ni waktu kejohanan PIALA IPT KSU di Kuala Selangor, dapat mewakili zon tengah( Kuala Lumpur, Perak dan Selangor) pada 23-26.11.2013 grand final dan akan bertemu setiap zon 1 Malaysia..doakan kejayaan saya dan rakan2 saya k..tq
Deleteok sama2, gd luck k.saya doakan kejayaan awk n kawan2 k..terbaik lah mengharumkan nama UPSI..
Delete