Monday 30 September 2013

CONTOH PERKARA DALAM KEJOHANAN PETANQUE TERTUTUP

PERATURAN PERTANDINGAN PETANQUE


1.            NAMA

Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Petanque Tertutup Falkulti Sains Sukan Universiti Pendidikan Sultan Idris, 2007.


2.            PENGELOLAAN

               Pertandingan ini dikelolakan oleh Falkulti Sains Sukan- Ikhtisas Petanque dengan kerjasama Persatuan Petanque perak.


3.            PENYERTAAN

               Kelayakan penyertaan hendaklah mematuhi Perkara 4 dalam Peraturan Am                        Sukan  Malaysia.


4.            YURAN PENYERTAAN DAN WANG CAGARAN

               Perkara 4 Para 4.6. dan 4.7. dalam Peraturan Am Sukan Am Malaysia digunapakai.


5.            ACARA PERTANDINGAN

Pertandingan antara pasukan.,



6.            PENDAFTARAN DAN KELAYAKAN PEMAIN

6.1              Setiap pasukan yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini mestilah mengisi borang penyertaan yang disediakan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan.

6.2              Setiap kontinjen dibenarkan mendaftar satu pasukan bagi setiap kategori yang terdiri daripada 7 orang pemain termasuk seorang pemain simpanan.

6.3              Seorang pemain hanya boleh bermain satu acara sahaja dalam setiap perlawanan.

6.4              Hanya pemain bagi acara perseorangan SAHAJA boleh bermain bagi acara bergu atau bertiga.





7                 PAKAIAN PERTANDINGAN

7.1           Setiap peserta boleh memakai baju bewarna seragam untuk pasukan masing-masing yang bertangan pendek atau panjang dan berkolar, seluar ‘slack’ (warna cerah) dan berkasut sukan (warna cerah). “Track Bottom” tidak dibenarkan.


8.            SISTEM PERTANDINGAN

8.1              Sistem pertandingan akan mengikut Perkara 6 Peraturan Am Sukan  Malaysia.

8.2  Acara yang akan dipertandingkan adalah acara :

a)      Berpasukan Lelaki

i)                    Perseorangan
ii)                  Bergu
iii)                Bertiga

b)                  Berpasukan Wanita

i)              Perseorangan
i)                    Bergu
ii)                  Bertiga

6.        MASA PERTANDINGAN

9.1              Semua pasukan yang dijadualkan untuk bermain mestilah berada di gelanggang permainan 30 minit sebelum perlawanan dimulakan.

9.2              Pasukan yang tidak hadir digelanggang pada masa yang ditetapkan akan diberi masa tangguhan selama 15 minit dengan berdenda dan jika selepas 1 jam tidak juga hadir maka kemenangan percuma akan diberikan kepada pasukan lawan yang hadir dengan mata 13-0.
10.       PENAGGUHAN PERLAWANAN

            Jawatankuasa Teknikal & Pertandingan akan memutuskan kedudukan perlawanan yang ditangguhkan oleh pengadil kerana tidak dapat dijalankan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.


11.       PERTUKARAN PEMAIN

Perkara 4 Para 4.8. dalam Peraturan Am Sukan  Malaysia digunapakai.


12.       MENARIK DIRI ATAU MENYERAH KALAH

Perkara 9 dalam Peraturan Am Sukan Malaysia digunapakai.



13.       BANTAHAN

Semua bantahan yang dikemukakan oleh mana-mana pasukan hendaklah mematuhi Perkara 13 dalam Peraturan Am Sukan Malaysia .


14.       JAWATANKUASA KECIL PERTANDINGAN

Jawatankuasa Kecil Pertandingan hendaklah terdiri daripada ahli-ahli seperti berikut :-

Rujuk Lampiran – Ahli Jawatankuasa Pertandingan


15.       PERATURAN

Semua pertandingan hendaklah mengikut Undang-Undang Pertandingan Persekutuan Petanque Malaysia dan Peraturan Am Sukan  Malaysia .


16.       PERCANGGAHAN


Perkara 18 dalam Peraturan Am Sukan  digunapakai.

No comments:

Post a Comment

KEJOHANAN PETANQUE SIRKIT REMAJA KEBANGSAAN SIRI 6 2023

  Syukur alhamdulillah target periodisasi tercapai selaku Jurulatih dapat melahirkan atlet berprestasi tinggi dalam masa setahun. Sejarah be...