Sejarah permainan petanque dikesan kewujudannya semenjak tahun 9000 sebelum masihi apabila satu set bola batu dan jek ditemui di Turki. Satu set bola juga ditemui di makam orang-orang mesir , dipercayai berusia sekitar tahun 7000 sebelum masihi. Pada zaman purba, sukan ini dimainkan oleh orang-orang Rom dan Greek. Dipercayai bahawa orang-orang Rom merupakan orang pertama yang membawa permainan petanque ini ke Marseiles kira-kira 2600 tahun dahulu.
Pada zaman pertengahan, permainan ini sangat popular sehingga ia dilarang dari dimainkan. Pada kurun ke-17, para bangsawan Perancis telah menjadikan sukan ini kepunyaan mereka sahaja dan Raja Louis XIV telah meletakkan peraturan permainan tersebut kepada 14 mata.
Sewaktu perang, tentera Napoleon Bonaparte menggunakan peluru merian sebagai bola permainan. Dikhabarkan juga bahawa Sir Francis Drake telah menamatkan permainan bola tersebut sebelum beliau bersiap-siap menewaskan bala tentera Sepanyol.
Sejarah moden permainan petanque bermula di Clotat, Perancis pada tahun 1910 apabila sesorang lelaki cacat yang baru sembuh dari kemalangan sewaktu menyaksikan sukan ini telah mengambil salah satu bola tersebut dan membalingkannya dengan tepat sekali pada kedudukan berdiri. Sukan ini kemudiannya berkembang ke semua tanah jajahan Perancis di Afrika,Pasifik Selatan dan Eropah Barat.
Pada akhir dekad ini, ia juga dimainkan di negara Eropah Timur dan Asia seperti Thailand , Malaysia , Vietnam , Kemboja , Laos , Jepun dan Singapura. International Pétanque federation telah ditubuhkan pada tahun 1958 di Marseille. Persatuan ini mempunyai keahlian seramai 600,000 ahli dari 52 buah negara. Kejohanan Petanque Dunia yang pertama telah dianjurkan pada tahun 1959.
Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak
Sumber Rujukan
Hajjah Sufiah Haji Ishak, Sport For All Series, Selangor, Penerbitan PCT
Sdn. Bhd.
Majalah Pelancar Wajah Jati Diri Koperasi, April 2005, Angkatan Koperasi
Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), Petaling Jaya Selangor.
http://www. petanque. Org
http://www.emedia.Com.my/misc/EPG/khamis/gelanggang/ 20041122082901/
article/ gelanggang
Berita Harian, 18 November 2004
No comments:
Post a Comment