Monday, 30 September 2013

RUMUSAN

Permainan petanque adalah sejenis permainan yang tidak membabitkan “body contact” atau sentuhan badan bagi pemain yang bermain dan bertanding dalam sukan ini. Bagi atlit negara kita peluang untuk mencapai pencapaian yang baik dalam sesuatu pertandingan amat tipis bagi acara yang membabitkan “body contact” atau saiz fizikal.



            Bagi permainan petanque, ia lebih mementingkan kemahiran individu dalam permainan tersebut dan juga ketenangan serta ketahanan mental seseorang atlit untuk berjaya dalam sesuatu pertandingan. Disamping itu kos permainan ini juga boleh dikatakan murah kerana pemain hanya perlu membeli set boules petanque sekali sahaja dan ia amat tahan lama digunakan. Boules hanya perlu digantikan jika ia telah retak atau pecah, manakala gelanggang petanque juga amat mudah untuk disedia  dan diselenggarakan. Malah permainan petanque juga boleh dimainkan pada bila-bila masa juga gelanggang yang dibuat mempunyai bumbung dan ada kemudahan lampu limpah.

CONTOH PERKARA DALAM KEJOHANAN PETANQUE TERTUTUP

PERATURAN PERTANDINGAN PETANQUE


1.            NAMA

Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Petanque Tertutup Falkulti Sains Sukan Universiti Pendidikan Sultan Idris, 2007.


2.            PENGELOLAAN

               Pertandingan ini dikelolakan oleh Falkulti Sains Sukan- Ikhtisas Petanque dengan kerjasama Persatuan Petanque perak.


3.            PENYERTAAN

               Kelayakan penyertaan hendaklah mematuhi Perkara 4 dalam Peraturan Am                        Sukan  Malaysia.


4.            YURAN PENYERTAAN DAN WANG CAGARAN

               Perkara 4 Para 4.6. dan 4.7. dalam Peraturan Am Sukan Am Malaysia digunapakai.


5.            ACARA PERTANDINGAN

Pertandingan antara pasukan.,


Format Pertandingan

1.Nyatakan format pertandingan yang boleh digunapakai untuk mengendalikan pertandingan petanque.

            Terdapat beberapa format pertandingan yang boleh digunapakai untuk mengendalikan   pertandingan petanque, iaitu ;

                        1.         Sistem liga
                        2.         Sistem kalah mati.
                        3.         Sistem kalah mati dua kali.
                        4.         Sistem Pertandingan SWISS

2. Drafkan pertandingan liga 3 sekumpulan, 2 darinya layak ke pusingan kedua.

            Perlawanan 1 =           A1 lawan A2
            Perlawanan 2 =           A1 lawan A3
            Perlawanan 3 =           A2 lawan A3

            *  Johan dan Naib Johan kumpulan akan layak ke pusingan ke dua berdasarkan                      keputusan perlawanan yang dijalankan.





3. Lukiskan diagram “double knockout” empat sekumpulan.


4. Lukiskan diagram ”double knockout” lima sekumpulan.



5. Lukiskan diagram ”knockout” peringkat suku akhir hingga ke akhir


Sunday, 29 September 2013

Artikel 5– Peraturan Gelanggang

Pentanque dimainkan atas gelanggang daripada pelbagai permukaan.

Jawatankuasa pengelolaan boleh mengarahkan pasukan-pasukan bermain di atas gelanggang yang tetap (marked terrain). Dalam keadaan ini, untuk Kejohanan Kebangsaan dan Antarabangsa, ukuran minimum gelanggang hendaklah 4 meter lebar dan 15 meter panjang.. Untuk lain-lain kejohanan, penganjur boleh mengurangkan ukuran kepada 3 meter lebar dan 12 meter panjang.
Sekiranya satu- satu gelanggang dilingkungi dengan satu sempadan kekal, sempadan ini hendaklah dijarakkan 30 sm (minimum) dari ‘garisan boules mati’. (Garisan boules mati akan mengelilingi bahagian luar gelanggang  tetap dalam jarak 4 meter (maksimum) dan 1 meter ( minimum).

Kaedah ini juga terpakai untuk kawasan dimana pertandingan peringkat akhir diadakan.
Permainan ini dimainkan sehingga 13 mata. Di dalam acara liga dan pusingan kelayakan mata penamat boleh ditetapkan kepada 11 mata.

 Gelanggang Petanque

 Petanque di mainkan atas gelanggang daripada pelbagai permukaan. Jawatankuasa pengelolaan boleh mengarahkan pasukan-pasukan bermain di atas gelanggang yang tetap ( marked terrain).Dalam keadaan ini , untuk kejohanan kebangsaan dan antarabangsa.
Ukuran minimum gelanggang hendaklah 4 meter lebar dan 15 meter panjang. Untuk lain-lain kejohanan, penganjur boleh mengurangkan ukuran kepada 3 meter lebar dan 12 meter panjang.
Sekiranya , satu-satu gelanggang dilingkungi dengan satu sempadan kekal,sempadan ini hendaklah dijarakkan 30 cm ( minimum ) dari ’garisan boules mati’. Garisan boules mati akan mengelilingi bahagian luar gelanggang tetap dalam jarak 4 meter( maksimum) dan 1 meter ( minimum).
Kaedah ini juga terpakai untuk kawasan di mana pertandingan peringkat akhir diadakan. Permainan ini dimainkan sehingga 13 mata. Di dalam acara liga dan pusingan kelayakan  mata penamat boleh ditetapkan kepada 11 mata.





2.5       GELANGGANG 
Petanque boleh dimainkan di atas gelanggang terbuka  (Open Terrain ) atau di atas gelanggang khas  atau gelanggang bertanda ( Marked Terrain ).
Gelanggang terbuka adalah satu kawasan lapang yang mempunyai keluasan yang mencukupi untuk bermain petanque dengan selesa. Apabila bermain adalah perlu dipastikan sebarang bentuk halangan berada dalam jarak satu (1) meter daripada kawasan permainan. Gelangang bertanda adalah satu kawasan permainan yang dibina khas, lengkap dengan sempadan tetap dan beberapa garisan tertentu di dalamnya.

2.6       PANDUAN PENYEDIAAN GELANGGANG
Adalah baik sekiranya gelanggang yang hendak dibina tidak terlalu rata dan ianya boleh serap air. Bagi satu-satu gelanggang dikawasan yang kerap ditakungi air perlu mempunyai  bahan–bahan yang boleh menyerap air dilapisan terbawah atau sub- base. Apabila membina gelanggang adalah disarankan permukaan tanah ( top soil ),  tebal kira-kira 400 mm dikeluarkan dan kemudian diisi dengan  bahan-bahan yang boleh serap air. Lapisan ini hendaklah dikemaskan terlebih dahulu sebelum dimuatkan dengan batu-batu ‘hard core’ dan bahan ‘quarry reject’ atau biasa dikenali sebagai ‘batu kotor’. Elak daripada mengguna bahan-bahan yang mengandungi tanah liat  (clay).  Bagi lapisan teratas tebalnya hendaklah mencukupi untuk boleh memegang boule yang dijatuhkan dan tidak terlalu tebal sehingga boule yang dijatuhkan terbenam. Secara idealnya ketebalan ‘top dressing’ adalah diantara 6mm hingga 15mm. Di permukaan top dressing  hendaklah ditabur dengan bahan campuran debu kuari  (quarry dust) dan batu-batu chipping (granite chips).
Selepas gelanggang disiapkan adalah perlu ianya dilengkapkan dengan satu sempadan kekal dikelilingnya . Sempadan ini boleh diperbuat daripada kayu yang tidak mudah reput  dan  berukuran 100mm x 100mm atau dengan batu bata yang diikat , paip PVC atau sebagainya.
Bahan-bahan yang diperlukan untuk membina gelanggang

Rock dust atau decomposed granite ( D.G.) dengan 15% batu, 3/8 to ½ inch in diameter, in depth of 2 to 2 ¾ inch, compacted at 90%. Gravel dan soil mix lebbih kurang 2 to 2 ¾ inches. Rubbles, broken bricks, batu yang mempunyai diameter 6 inch , kedalamannya  6 hingga 8 inches.

JENIS-JENIS BOULE YANG DILULUSKAN UNTUK PERTANDINGAN

 
Artikel 2 a – Spesifikasi Boules yang diluluskan

Petanque dimainkan dengan boules yang diiktiraf oleh FIPJP dan memenuhi kriteria berikut :-

i.   Diperbuat daripada logam
ii.  Mempunyai garis pusat antara 7.05 cm ( minimum ) dan 8.0 cm
( maksimum )
iii. Mempunyai berat antara 650 gm ( minimum ) dan 800 gm ( maksimum ).
     Jenama pengeluar dan berat boules hendaklah tertera pada boules dan
     sentiasa jelas kelihatan.
iv. Boules tidak boleh diberatkan atau disumbat pasir ( atau bahan-bahan asing)  ke dalamnya. Secara umumnya , boules tidak boleh diaduk-aduk ( tamper )  dengan apa juga cara atau diubah-ubah (alter) atau diubahsuai (modify)  selepas pembuatan pengeluarnya sah.Menempa semula ( re-tempering) boules dengan tujuan mengubahsuaian kekerasan yang sedia ada adalah dilarang. Seseorang pemain dibenarkan mengukir nama lengkap , nama ringkas , initial , akronim atau logo di atas boules mengikut spesifikasi pengeluaran.

JENAMA BOULES
Pengeluar Boules yang terkenal ialah  Obut, Intégrale, MS Pétanque, La Boule Bleue, JB Pétanque, dan La Boule Noire. Setiap pengeluar menawarkan pelbagai jenis boule yang mengikut keperluan kita.
Corak-Corak Boules
            Corak lurah atau garisan (goresan) pada  boule akan memberi pengaruh kepada pegangan boules dan di tanah. Ia juga membantu untuk membezakan boules setiap pemain.
            Kebanyakan shooter lebih suka menggunakan boule yang licin. Ia digunakan untuk mensasarkan boules dan mudah dilontar. Kebanyakan pointer suka menggunakan boules yang banyak garisan untuk pegangan yang kemas dan mengawal putaran serta di tanah. Kategori pemilihan boules adalah berdasarkan keselesaaan, praktikal , dan keindahan.
            Di bawah ini ada beberapa contoh beberapa corak ( dan kod). Kita akan mendapati pelbagai jenis boules . Ia mengikut kelainan model dan pengeluar:

JENIS-JENIS PERMAINAN YANG MIRIP KEPADA PERMAINAN PETANQUE

Permainan petanque lebih mirip kepada permainan bocce dari Itali dan Lawns Bowls dari Britain.

Hajjah Sufiah Haji Ishak, Sport For All Series, Selangor, Penerbitan PCT  
         Sdn.  Bhd.

Majalah Pelancar Wajah Jati Diri Koperasi, April 2005, Angkatan Koperasi  
         Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), Petaling Jaya Selangor.

http://www. petanque. Org

http://www.emedia.Com.my/misc/EPG/khamis/gelanggang/ 20041122082901/
          article/ gelanggang

Berita Harian, 18 November 2004

PERALATAN PERMAINAN

    1. BOULE  (bola)  berbentuk bulat diperbuat daripada logam dan berongga dibahagian dalamnya, mempunyai garis pusat antara 70.5mm hingga 80mm dan beratnya antara 650gram hingga 800gram. Disamping itu, biasanya boule ini mempunyai jenama tertentu, angka penunjuk berat dan nombor siri tertera padanya. Boule yang diguna di dalam pertandingan mestilah yang telah diluluskan oleh badan antarabangsa (FIPJP) atau persekutuan petanque kebangsaan.(PPM)

      2. JACK  berbentuk bulat tetapi diperbuat daripada kayu keras. Ianya  mempunyai garis pusat antara 25 mm hingga 35 mm boleh diwarnakan tetapi warnanya mestilah boleh dilihat dengan jelas  di atas permukaan gelanggang.

    3. ALAT PENGUKUR JARAK – meliputi alat-alat saperti ‘tape measure’,  ‘telescopic measure’,  ‘calliper’, dan ‘tappet gauge’ Dalam apa jua keadaan adalah penting pemain mempunyai alat yang paling asas iaitu tali tape .




       4.  KAIN ATAU TUALA KECIL  -  digunaka untuk membersih boule  
             semasa pertandingan.

  5.  BEG – bersaiz yang sesuai untuk mengisi dan membawa kelengkapan diatas.





Menentukan Boule Mati atau Tidak Sah

Apabila Boule dikira sebagai mati atau tidak sah, ianya hendaklah dikeluarkan dengan segera.  Boule dikira sebagai mati atau tidak sah seperti kedudukan berikut:

1  Apabila ia melepasi garisan mati sepenuhnya.

2  Diangkat oleh pemain sebelum persetujuan berkaitan dengannya dibuat atau pada bila-bila masa dalam permainan dan tidak ada penandaan dibuat.



3  Apabila boule yang dimainkan tertahan oleh rakan sendiri.

4  Apabila boule yang dilontar adalah milik orang lain (termasuk milik rakan sepasukan sendiri) sekiranya berlaku kali kedua dan seterusnya (untuk kali pertama diberi amaran dan boule tersebut hendaklah ditukar)

5  Apabila boule yang dilontar pada keadaan bertentangan dengan undang-
 undang seperti di bulatan yang salah, melontar tidak mengikut giliran. Walau bagaimanapun pihak lawan boleh menggunakan ‘advantage rule’dengan menerima boule tersebut sebagai sah. pihak lawan, arbitre, penonton atau binatang yang berlaku di antara bulatan dengan jack.

Friday, 27 September 2013

Etika Dalam Gelanggang

Etika pemain dalam gelanggang berkaitan dengan undang-undang yang mana boleh menerima penalti jika melanggarnya.  Di samping itu ia juga merupakan strategi dan tektik pasukan yang bertanding bagi memerangi secara psikologi pihak lawan.


1  Bekas boule, botol minimum hendaklah diletak di luar gelanggang.

2  Boule yang belum dimainkan hendaklah berada di luar garisan bola mati/di luar gelanggang di hujung gelanggang di mana bulatan berada.

3  Boule yang mati hendaklah diletak di luar garisan mati/di luar gelanggang di hujung gelanggang di mana jack berada.

4  Pemain terakhir melontar bola hendaklah memadam bulatan dan memasukkan semula batu dan tanah yang dikeluarkan dari bulatan pada awal End.

5  Pemain yang jacknya termasuk ke gelanggang lain hendak memberi laluan kepada pemain di gelanggang tersebut menamatkan gamenya sebelum meneruskan game mereka sendiri.  Namun persetujuan boleh dibuat berdasarkan berapa banyak bola yang masih belum dimainkan.




6  Pemain dan penonton harus senyap semasa seseorang pemain hendak membuat lontarannya.
                  
7  Pihak lawan tidak boleh membuat sebarang gerakan anggota atau barang yang boleh mengganggu tumpuan pemain pihak lain yang akan melakukan lontaran.

 8  Pemain dari pasukan lawan hendaklah berada di belakang bulatan pada jarak 2 meter atau berada di hadapan jack juga pada jarak 2 meter.  Mereka juga tidak boleh berada pada arah balingan boule iaitu berhadapan dengan pemain yang hendak membuat lontaran atau betul-betul di belakang pemain
 yang hendak membuat lontaran.

9.  Pemain tidak boleh menggunakan bahasa kasar atau bertengkar dengan pihak lawan.  Sebarang perselisihan dan ketidakpuasan hati berkaitan dengan pelanggaran undang-undang atau keputusan antara pemain dirujuk kepada arbitre.

10  Pemain hendaklah mematuhi undang-undang permainan seperti peraturan 1 minit, larangan membasahkan jack dan bola dan peraturan-peraturan pertandingan yang ditetapkan oleh pihak penganjur seperti berkaitan dengan pakaian.

11  Pemain tidak dibenarkan berlatih semasa permainan berjalan.

12  Pemain tidak dibenarkan meninggalkan gelanggang tanpa kebenaran arbitre atau persetujuan pihak lawan.

Cara Pengiraan Mata dan Menentukan Menang

Ada lima situasi dalam hal perolehan mata.

1  Mengira mata berdasarkan kedudukan bola terdekat dengan "jack".  Seperti contoh 5.2.13.  Ini bermakna minimum satu pasukan boleh menerima mata ialah 1 dan maksimun 6 mata bagi versi double dan triple dan 3 mata bagi versi single. 
  •            5.3.1.1  Boule yang diangkat atau dialih kedudukannya sebelum persetujuan berkaitannya dibuat dikira mati sekiranya ianya tidak bertanda.


2.  Tiada skor diperolehi apabila tiada boule yang hidup setelah kesemua boule di mainkan. Namun satu-satu End boleh juga tiada mata yang diperolehi seperti dalam sitiuasi yang dinyatakan di 5.3.2.1 dan 5.3.2.3 atau apabila kedudukan boule terdekat dengan jack adalah sama.
       
3  Menentukan mata apabila jack mati: Berdasar tiga kes:-
  •  Sekiranya kedua-dua pasukan masih mempunyai boule untuk dimain, "End" berkaitan adalah batal.
  •  Sekiranya hanya satu pasukan sahaja yang mempunyai boule untuk dimain, pasukan itu memperolehi mata sama banyaknya dengan boule yang masih ada di tangan.
  •  Sekiranya kedua-dua pasukan tidak mempunyai boule untuk dimain, "End" berkaitan adalah batal.

4.Pasukan lawan tidak hadir ke gelanggang setelah dipanggil seperti 
                               berikut:
                  
  • Satu mata diberi kepada pasukan yang hadir setelah 15 minit lewat.
  • Ditambah satu mata bagi setiap 5 minit berikut.
  • Setelah satu jam pasukan tersebut masih tidak hadir, kedudukan keputusan berkatian dengan pasukan tersebut akan ditentukan oleh pihak penganjur (sama ada diberi kemenangan 13 – 0 atau lain-lain skor, atau dibatalkan penyertaan pasukan tersebut di mana kesemua perlawanan berkaitan dengan pasukan tersebut tertolak).

 5. Sekiranya terdapat pasukan membuat bantahan berkaitan dengan boule yang digunakan oleh pihak lawan setelah End ke-3 dan kemudian didapati tidak benar, maka pasukan lawannya akan diberi 3 mata. 

Menentukan kemenangan

Sesuatu pasukan dikira menang dalam keadaan berikut:

1. Apabila satu pasukan yang bertanding memperolehi mata penamat 11  atau 13  mengikut penetapan yang dibuat oleh pihak pengelola kejohanan (dalam kejohanan besar biasa juga ditetapkan mata penamat 15 di pertandingan akhir).    

 2.Pasukan lawan tidak hadirkan diri sehingga 1 jam selepas panggilan dibuat.
          
3 Pasukan lawan memberhentikan perlawanan. 

Mengukur Kedudukan Jack dan Bulatan

Mengukur kedudukan jack mesti menggunakan pita ukur bertanda, kerana ia ada kaitan dengan ukuran jarak tetap, (1, 2, 3, 4, 5, 6, 10, 15 dan 20 meter).  Ukuran ini sebaiknya dilakukan oleh arbitre.

1. Mengukur sama ada jack atau bulatan berada pada jarak minimum1m dari garisan mati atau halangan. Ukuran dibuat pada titik lilitan terdekat jack / bulatan ke garisan mati.

2. Mengukur sama ada bulatan dilukis mengikut ukuran yang benar. Diukur diameter bahagian dalam bulatan.
                 
3. Menentukan sama ada jack dilontar pada jarak sah. Diukur titik lilitan luar bulatan ke titik lilitan jack yang terdekat.
               

4  Menentukan sama ada jack telah melepasi jarak mati.
                                  
- Jarak terjauh jack dari bulatan: 15m bagi kategori minors dan  cadets / 20m bagi kategori juniors dan seniors. Diukur titik lilitan luar bulatan ke titik lilitan jack yang terdekat.
                               
 - Jarak terdekat jack dari bulatan: 3m .  Diukur titik lilitan luar bulatan ke titik lilitan jack yang terjauh.

Thursday, 26 September 2013

MEMULAKAN PERMAINAN

1.  Setelah ditentukan gelanggang yang akan digunakan, pemain dikehendaki  berada di gelanggang dan dibenarkan membuat latihan sebelum perlawanan. Pemain juga dibenar meratakan gelanggang dan membuang benda-benda yang tidak berkaitan yang berada di dalam gelanggang. 
            
2.  Pemain dikehendaki menunjukkan lesen masing-masing kepada pihak lawan atau pengadil sekiranya pemeriksaan awal belum dibuat oleh pegawai pertandingan.
           
3. Pemain juga dikehendaki memeriksa kesahan boule lawan.
            

4. Undian hendaklah dibuat bagi menentukan pasukan mana yang akan memulakan lontaran.
            
 5. Pasukan yang menang undian (Katakan Pasukan ‘A’) akan membuat satu bulatan mengikut ukuran yang dibenarkan dan berdasarkan taktik pasukan masing-masing. 


* Bulatan hendaklah dibuat di salah satu end (hujung) gelanggang.  Kedudukan bulatan dalam gelanggang hendaklah berdasarkan kepada undang-undang.

6.  Salah seorang pemain dari pasukan ‘A’ akan melontarkan jack ke satu jarak dan kawasan yang dipilih berdasarkan taktik pasukan.  Walaubagaimanapun jack hendaklah dilontar mengikut undang-undang.  Rakan‘A’ boleh membantu bagi menentukan di mana jack harus dilontar. "Jack" yang telah dilontar hendaklah ditanda kedudukannya



7    Jack yang dilontar tidak boleh terkeluar dari kawasan gelanggang yang ditetapkan.

8    Sekiranya jack yang dilontar tidak sah selepas tiga kali cubaan, maka pihak lawan, pasukan ‘B’, akan melontarkan untuk pasukan ‘A’. Sekiranya pasukan ‘B’ juga gagal melontarnya secara sah, maka pasukan ‘A’ akan melontarnya semula. 

            9  Selepas itu, salah seorang pemain dari pasukan ‘A’ akan melontar boule pertamanya. Boule yang dilontar hendaklah juga ditanda. Melontar boule yang pertama juga adalah taktik permainan yang harus diberi perhatian.


            10. Berikutnya adalah giliran pemain dari pasukan ‘B’ pula untuk membuat lontarannya.  Pemain ini akan cuba menguasai kedudukan yang lebih baik dari boule pasukan ‘A’.  Ini boleh dilakukan dengan 3 cara: 
           
  •   Point boulenya supaya lebih dekat ke jack berbanding boule pasukan ‘A’
  •   Shoot boule pasukan ‘A’ supaya boule tersebut teralih jauh dari jack.
  •   Shoot jack supaya teralih jauh dari boule pasukan ‘A’.

  11  Pasukan ‘B’ hendaklah melontar boule dalam masa 1 minit setelah boule pasukan ‘A’ berhenti bergerak (atau 1 minit selepas pengukuran dibuat bagi menentukan kedudukan boule yang terdekat).
            
  12. Sekiranya pasukan ‘B’ menguasai kedudukan terhampir maka pemain pasukan ‘A’ akan melontar boule berikutnya.  Sebaliknya sekiranya boule pasukan ‘A’ masih menguasainya, maka pasukan ‘B’ perlu terus melontar boulenya sehingga ia dapat menguasai kedudukan atau sehingga habis boule mereka. 

 13  Setelah tamat semua boule dilontar, maka dikatakan telah tamat "End" tersebut.  Mata akan dikira berdasarkan kedudukan boule.  Di antara boule pasukan ‘A’ berbanding boule pasukan ‘B’ yang mana terhampir dengan "jack".  Sekiranya boule pasukan ‘A’ adalah yang terhampir, maka pasukan ‘A’ yang akan dapat mata, manakala pasukan ‘B’ tidak memperolehi mata bagi End ini.  Berapa matakah yang diperolehi oleh pasukan ‘A’ dikira berdasarkan berapa boule pasukan ‘A’ yang terhampir ke jack berbanding boule pasukan ‘B’ yang terdekat dengan jack.

KEISTIMEWAAN DAN FAEDAH BERMAIN PETANQUE


1. Petanque boleh dijadikan sebagai satu alternatif kepada beberapa kegiatan sukan yang terdapat di negara ini samada yang sudah ‘established’ dan yang baru muncul  Istimewanya sukan ini ia dapat memenuhi konsep “ Sukan Untuk Semua “ Seseorang yang tidak dikurniakan kelebihan dari segi fizikal, kecergasan, stamina , konsentrasi dan kewangan boleh menceburi sukan ini. Lelaki, wanita , kanak-kanak, remaja , dewasa dan mereka yang berumur boleh melibatkan diri dalam sukan  ini. Mereka boleh bergabung dan bermain dalam satu pasukan tanpa memerlukan apa-apa ‘advantage’ atau ‘handicap’  Faktor jantina dan fizikal bukan menjadi satu kelebihan.

2. Petanque sebagai satu kegiatan sukan  dapat memenuhi konsep  “Kecergasan Se Umur Hidup “ . Faktor usia dan kekuatan tubuh badan bukan menjadi ukuran atau kelebihan kepada seseorang pemain. Semua peringkat umur pemain dari peringkat sekolah rendah membawa kepada alam  remaja , belia, dewasa dan warga tua boleh menguasai sukan  petanque dengan baik dan bijak

3  Petanque amat mudah dipelajari. Dengan memerhati  dan mengkaji orang lain bermain dan mengetahui beberapa peraturan asas , seseorang itu mampu bermain petanque.  Ia tidak memerlukan pergerakan yang banyak atau yang ‘vigorous ‘ kerana permainan dilakukan dalam gelanggang yang kecil berukuran15meter x  4 meter minimum dan tiada had masa ditentukan untuk menghabiskan permainan.
4  Petanque tidak memerlukan tempat tertentu untuk bermain . Di mana terdapat kawasan lapang saperti di halaman  rumah, di tepi pantai. , di tepi padang atau di taman permainan seseorang boleh menjalankan aktiviti permainan petanque. Dengan lain maksud , keluasan gelanggang permainan senang dicari.

5 Petanque tidak memerlukan pakaian yang khas untuk bermain asalkan pakaian  yang digunakan itu ringan dan dapat memudahkan pergerakan dan bersopan.

6   Dari segi kos, permainan petanque adalah ‘ one time investment ‘.Boule permainan petanque hanya dibeli sekali dan  selagi ianya  tidak pecah atau hilang ia boleh digunakan bertahun-tahun lamanya.

7 Dalam permainan petanque  pemain digalakkan berbincang sesama sendiri sebelum dan selepas melakukan sesuatu pergerakan . Tindakan ini dapat melahirkan semangat    kerjasama, persefahaman, toleransi, sabar dan cekal  apabila menghadapi pihak lawan.



8 Dalam  permainan petanque terdapat peratuaran-peraturan dan etika permainan yang dapat  melahirkan persaingan yang sihat dan menghormati pihak lawan.

9  Gerakan-gerakan dalam permainan petanque boleh disifatkan sebagai asas kepada latihan untuk sukan.di mana tenaga dikeluarkan secara beransur-ansur dari permulaan hingga tamat permainan (seperti cara memanaskan badan). Ianya tidak memerlukan tenaga yang banyak dan kekuatan fizikal seperti kebanyakan sukan. Cara bermain adalah mengikut perkembangan fikiran dan kecekapan mental pemain.

      Ketika bermain seluruh bahagian badan digunakan. Pemain yang bermain petanque sebanyak enam kali di sesuatu pertandingan dalam satu hari dianggarkan dapat mengeluarkan tenaga kira-kira 200 kali daripada lontaran boule yang mempunyai berat 700 gram , 250 kali enjutan badan ke atas dan ke bawah, berjalan kira-kira 3km tanpa disedari dan berkali-kali melompat  juga tanpa disedari.



Pengenalan Cara Permainan dan Keistimewaan Petanque

Petanque adalah sejenis sukan yang menggunakan ‘boule’ (1)  yang diperbuat daripada logam dan dimainkan mengikut peraturan-peraturan tertentu. Boule akan dibaling mengikut cara-caranya  untuk menghampiri sasaran yang berupa sebiji bola kayu , saiznya  seperti sebiji guli  bagi membolehkan pemain mendapat  mata permainan.  Mata penamat bagi permainan petanque adalah 13 mata.  Lazimnya dalam permainan ini 3 orang pemain akan bertanding dengan 3 orang pemain lain. Petanque  boleh juga dimainkan antara  dua  lawan dua  atau satu lawan satu.
Perkataan  ‘petanque’ adalah kacukan daripada perkataan Perancis ‘Pieds tanques’ yang membawa maksud kedua-dua kaki terikat yang menggambarkan keadaan bilamana seseorang yang bermain petanque tidak dibolehkan mengangkat kaki semasa melakukan balingan berlawanan dengan Jeu de Provencal yang memerlukan larian tiga langkah sebelum melontar boule yang berada di tangan.
(1)  boule :  bermaksud  bola yang diperbuat daripada logam dan digunakan  dalam permainan petanque. 

Hajjah Sufiah Haji Ishak, Sport For All Series, Selangor, Penerbitan PCT  
         Sdn.  Bhd.

Majalah Pelancar Wajah Jati Diri Koperasi, April 2005, Angkatan Koperasi  
         Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), Petaling Jaya Selangor.

http://www. petanque. Org

http://www.emedia.Com.my/misc/EPG/khamis/gelanggang/ 20041122082901/
          article/ gelanggang

Berita Harian, 18 November 2004

NEGARA-NEGARA AKTIF DALAM PERMAINAN PETANQUE

International Federation of Pétanque and Provençal Game


STRUKTUR ORGANISASI KEBANGSAAN

Majlis PPM mengandungi 17 orang ahli yang terdiri daripada Presiden, Timbalan Presiden, 2 orang Naib Presiden, Setiausaha Kehormat (dilantik oleh Presiden), Bendahari Kehormat (dilantik oleh Presiden), dan 11 orang  Ahli Jawatankuasa. Bagi urusan pentadbiran harian, seorang Setiausaha Kerja dilantik oleh Majlis dan dibayar elaun bulanan oleh Majlis Sukan Negara Malaysia  


SEJARAH PETANQUE MALAYSIA

Permainan petanque dipercayai dibawa masuk dan diperkenalkan di Malaysia oleh Professor Diraja Ungku Aziz , Yang Dipertua ANGKASA pada pertengahan tahun 1989. Setelah beberapa bulan dimainkan , akhirnya sukan petanque telah dirasmikan sebagai salah satu acara sukan negara. Upacara perasmian telah dilakukan oleh Menteri Belia dan Sukan pada masa itu iaitu YB Datuk Seri Najib Tun Razak pada tanggal 22 Mac 1990 di Padang Jalan Timur, Petaling Jaya.
            Pada tahun 1993 , permainan petanque telah diiktiraf oleh Kementerian Belia dan Sukan sebagai salah satu acara sukan baru. Seminar untuk sukan ini telah diadakan di Universiti Malaya pada 24 April 1994 anjuran Kementerian Belia dan Sukan.
            Sejak dibawa masuk ke negara ini, Angkasa telah memainkan peranan memperkenalkannya. Antara usaha-usaha yang telah dijalankan oleh ANGKASA ialah :
a) Mengadakan demontrasi permainan di seluruh negara dari semasa ke
    semasa atas permohonan persatuan-persatuan sukan , kelab atau    rekreasi.
b) Mengadakan kursus khas permainan dan peraturan-peraturan petanque. Kursus ini dibiayai sepenuhnya oleh ANGKASA iaitu kos jurulatih , kos alat  tulis dan peruntukan makan sebanyak RM 10.00 setiap peserta yang menyertainya. Kursus permainan petanque ini telah dijadikan salah satu  modul pendidikan ANGKASA secara rasmi sejak 1998.
c) Menganjurkan kejohanan petanque antara koperasi peringkat negeri dan peringkat kebangsaan sempena perayaan Hari Koperasi Antarabangsa setiap tahun. Pertandingan ini telah dimulakan sejak tahun 1990.
d) Mengambil bahagian dalam pertandingan petanque jemputan antarabangsa  khasnya jemputan Singapura setiap tahun.


Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan. 


SEJARAH PETANQUE ANTARABANGSA

Sejarah permainan petanque dikesan kewujudannya semenjak tahun 9000 sebelum masihi  apabila satu set bola batu dan jek ditemui di Turki. Satu set bola juga ditemui di makam orang-orang mesir , dipercayai berusia sekitar tahun 7000 sebelum masihi. Pada zaman purba, sukan ini dimainkan oleh orang-orang Rom dan Greek. Dipercayai bahawa orang-orang Rom merupakan orang pertama yang membawa permainan petanque ini ke Marseiles kira-kira 2600 tahun dahulu.

KEJOHANAN PETANQUE SIRKIT REMAJA KEBANGSAAN SIRI 6 2023

  Syukur alhamdulillah target periodisasi tercapai selaku Jurulatih dapat melahirkan atlet berprestasi tinggi dalam masa setahun. Sejarah be...