Sunday, 6 October 2013
Friday, 4 October 2013
Tuesday, 1 October 2013
Monday, 30 September 2013
RUMUSAN
Permainan
petanque adalah sejenis permainan yang tidak membabitkan “body contact” atau
sentuhan badan bagi pemain yang bermain dan bertanding dalam sukan ini. Bagi
atlit negara kita peluang untuk mencapai pencapaian yang baik dalam sesuatu
pertandingan amat tipis bagi acara yang membabitkan “body contact” atau saiz
fizikal.
Bagi permainan petanque, ia lebih
mementingkan kemahiran individu dalam permainan tersebut dan juga ketenangan
serta ketahanan mental seseorang atlit untuk berjaya dalam sesuatu
pertandingan. Disamping itu kos permainan ini juga boleh dikatakan murah kerana
pemain hanya perlu membeli set boules petanque sekali sahaja dan ia amat tahan
lama digunakan. Boules hanya perlu digantikan jika ia telah retak atau pecah,
manakala gelanggang petanque juga amat mudah untuk disedia dan diselenggarakan. Malah permainan petanque
juga boleh dimainkan pada bila-bila masa juga gelanggang yang dibuat mempunyai
bumbung dan ada kemudahan lampu limpah.
CONTOH PERKARA DALAM KEJOHANAN PETANQUE TERTUTUP
PERATURAN PERTANDINGAN
PETANQUE
1. NAMA
Pertandingan ini dinamakan Pertandingan
Petanque Tertutup Falkulti Sains Sukan Universiti Pendidikan Sultan Idris,
2007.
2. PENGELOLAAN
Pertandingan ini
dikelolakan oleh Falkulti Sains Sukan- Ikhtisas Petanque dengan kerjasama
Persatuan Petanque perak.
3. PENYERTAAN
Kelayakan
penyertaan hendaklah mematuhi Perkara 4 dalam Peraturan Am Sukan
Malaysia.
4. YURAN
PENYERTAAN DAN WANG CAGARAN
Perkara
4 Para 4.6. dan 4.7. dalam Peraturan Am Sukan Am Malaysia digunapakai.
5. ACARA PERTANDINGAN
Pertandingan
antara pasukan.,
Format Pertandingan
1.Nyatakan format
pertandingan yang boleh digunapakai untuk mengendalikan pertandingan petanque.
Terdapat beberapa format
pertandingan yang boleh digunapakai untuk mengendalikan pertandingan petanque, iaitu ;
1. Sistem
liga
2. Sistem kalah mati.
3. Sistem kalah mati dua kali.
4. Sistem Pertandingan SWISS
2. Drafkan pertandingan liga
3 sekumpulan, 2 darinya layak ke pusingan kedua.
Perlawanan 1 = A1 lawan A2
Perlawanan
2 = A1 lawan A3
Perlawanan
3 = A2 lawan A3
* Johan dan Naib Johan kumpulan akan layak ke
pusingan ke dua berdasarkan keputusan perlawanan yang dijalankan.
3. Lukiskan diagram “double
knockout” empat sekumpulan.
4. Lukiskan diagram ”double
knockout” lima sekumpulan.
5. Lukiskan diagram ”knockout” peringkat suku akhir hingga ke akhir
Sunday, 29 September 2013
Artikel 5– Peraturan Gelanggang
Pentanque dimainkan atas gelanggang daripada
pelbagai permukaan.
Jawatankuasa pengelolaan boleh mengarahkan
pasukan-pasukan bermain di atas gelanggang yang tetap (marked terrain). Dalam
keadaan ini, untuk Kejohanan Kebangsaan dan Antarabangsa, ukuran minimum
gelanggang hendaklah 4 meter lebar dan 15 meter panjang.. Untuk lain-lain
kejohanan, penganjur boleh mengurangkan ukuran kepada 3 meter lebar dan 12
meter panjang.
Sekiranya satu- satu gelanggang
dilingkungi dengan satu sempadan kekal, sempadan ini hendaklah dijarakkan 30 sm
(minimum) dari ‘garisan boules mati’. (Garisan boules mati akan mengelilingi
bahagian luar gelanggang tetap dalam
jarak 4 meter (maksimum) dan 1 meter ( minimum).
Kaedah ini juga terpakai untuk kawasan dimana
pertandingan peringkat akhir diadakan.
Permainan ini dimainkan sehingga 13 mata. Di dalam
acara liga dan pusingan kelayakan mata penamat boleh ditetapkan kepada 11 mata.
Gelanggang Petanque
Petanque di mainkan atas gelanggang daripada
pelbagai permukaan. Jawatankuasa pengelolaan boleh mengarahkan pasukan-pasukan
bermain di atas gelanggang yang tetap ( marked terrain).Dalam keadaan ini ,
untuk kejohanan kebangsaan dan antarabangsa.
Ukuran minimum gelanggang hendaklah 4
meter lebar dan 15 meter panjang. Untuk lain-lain kejohanan, penganjur boleh
mengurangkan ukuran kepada 3 meter lebar dan 12 meter panjang.
Sekiranya , satu-satu gelanggang dilingkungi
dengan satu sempadan kekal,sempadan ini hendaklah dijarakkan 30 cm ( minimum )
dari ’garisan boules mati’. Garisan boules mati akan mengelilingi bahagian luar
gelanggang tetap dalam jarak 4 meter( maksimum) dan 1 meter ( minimum).
Kaedah ini juga terpakai untuk kawasan di
mana pertandingan peringkat akhir diadakan. Permainan ini dimainkan sehingga 13
mata. Di dalam acara liga dan pusingan kelayakan mata penamat boleh ditetapkan kepada 11 mata.
2.5 GELANGGANG
Petanque boleh dimainkan di atas gelanggang
terbuka (Open Terrain ) atau di atas
gelanggang khas atau gelanggang
bertanda ( Marked Terrain ).
Gelanggang terbuka adalah satu kawasan lapang yang mempunyai
keluasan yang mencukupi untuk bermain petanque dengan selesa. Apabila bermain
adalah perlu dipastikan sebarang bentuk halangan berada dalam jarak satu (1)
meter daripada kawasan permainan. Gelangang bertanda adalah satu kawasan
permainan yang dibina khas, lengkap dengan sempadan tetap dan beberapa garisan
tertentu di dalamnya.
2.6 PANDUAN PENYEDIAAN GELANGGANG
Adalah baik sekiranya gelanggang yang hendak
dibina tidak terlalu rata dan ianya boleh serap air. Bagi satu-satu gelanggang
dikawasan yang kerap ditakungi air perlu mempunyai bahan–bahan yang boleh menyerap air dilapisan
terbawah atau sub- base. Apabila membina gelanggang adalah disarankan
permukaan tanah ( top soil ), tebal
kira-kira 400 mm dikeluarkan dan kemudian diisi dengan bahan-bahan yang boleh serap air. Lapisan ini
hendaklah dikemaskan terlebih dahulu sebelum dimuatkan dengan batu-batu ‘hard
core’ dan bahan ‘quarry reject’ atau biasa dikenali sebagai ‘batu kotor’. Elak
daripada mengguna bahan-bahan yang mengandungi tanah liat (clay).
Bagi lapisan teratas tebalnya hendaklah mencukupi untuk boleh memegang
boule yang dijatuhkan dan tidak terlalu tebal sehingga boule yang dijatuhkan
terbenam. Secara idealnya ketebalan ‘top dressing’ adalah diantara 6mm
hingga 15mm. Di permukaan top dressing
hendaklah ditabur dengan bahan campuran debu kuari (quarry dust) dan batu-batu chipping (granite
chips).
Selepas gelanggang disiapkan adalah perlu ianya
dilengkapkan dengan satu sempadan kekal dikelilingnya . Sempadan ini boleh
diperbuat daripada kayu yang tidak mudah reput
dan berukuran 100mm x 100mm atau
dengan batu bata yang diikat , paip PVC atau sebagainya.
Bahan-bahan yang diperlukan untuk membina
gelanggang
Rock dust atau
decomposed granite ( D.G.) dengan 15% batu, 3/8 to ½ inch in diameter, in depth
of 2 to 2 ¾ inch, compacted at 90%. Gravel dan soil mix lebbih kurang 2 to 2 ¾
inches. Rubbles, broken bricks, batu yang mempunyai diameter 6 inch ,
kedalamannya 6 hingga 8 inches.
JENIS-JENIS BOULE YANG DILULUSKAN UNTUK PERTANDINGAN
Artikel 2 a – Spesifikasi Boules yang diluluskan
Petanque dimainkan dengan boules yang diiktiraf
oleh FIPJP dan memenuhi kriteria berikut :-
i. Diperbuat daripada logam
ii. Mempunyai garis pusat antara 7.05 cm (
minimum ) dan 8.0 cm
( maksimum )
iii. Mempunyai berat
antara 650 gm ( minimum ) dan 800 gm ( maksimum ).
Jenama pengeluar dan berat boules
hendaklah tertera pada boules dan
sentiasa jelas kelihatan.
iv. Boules tidak boleh
diberatkan atau disumbat pasir ( atau bahan-bahan asing) ke dalamnya. Secara umumnya , boules tidak
boleh diaduk-aduk ( tamper ) dengan apa
juga cara atau diubah-ubah (alter) atau diubahsuai (modify) selepas pembuatan pengeluarnya sah.Menempa
semula ( re-tempering) boules dengan tujuan mengubahsuaian kekerasan yang sedia
ada adalah dilarang. Seseorang pemain dibenarkan mengukir nama lengkap , nama
ringkas , initial , akronim atau logo di atas boules mengikut spesifikasi
pengeluaran.
JENAMA BOULES
Pengeluar Boules yang terkenal ialah Obut,
Intégrale, MS Pétanque, La Boule Bleue, JB Pétanque, dan La Boule Noire. Setiap pengeluar
menawarkan pelbagai jenis boule yang mengikut keperluan kita.
Corak-Corak Boules
Corak lurah atau garisan (goresan) pada boule akan memberi pengaruh kepada pegangan
boules dan di tanah. Ia juga membantu untuk membezakan boules setiap pemain.
Kebanyakan shooter lebih suka menggunakan boule yang
licin. Ia digunakan untuk mensasarkan boules dan mudah
dilontar. Kebanyakan pointer suka menggunakan boules yang banyak garisan
untuk pegangan yang kemas dan mengawal putaran serta di tanah. Kategori
pemilihan boules adalah berdasarkan keselesaaan, praktikal , dan keindahan.
Di bawah ini ada beberapa contoh beberapa corak ( dan kod).
Kita akan mendapati pelbagai jenis
boules . Ia mengikut kelainan model dan pengeluar:
JENIS-JENIS PERMAINAN YANG MIRIP KEPADA
PERMAINAN PETANQUE
Permainan petanque lebih mirip kepada permainan bocce
dari Itali dan Lawns Bowls dari Britain.
Hajjah Sufiah Haji Ishak, Sport
For All Series, Selangor, Penerbitan PCT
Sdn. Bhd.
Majalah Pelancar
Wajah Jati Diri Koperasi, April 2005, Angkatan Koperasi
Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA),
Petaling Jaya Selangor.
http://www. petanque. Org
http://www.emedia.Com.my/misc/EPG/khamis/gelanggang/
20041122082901/
article/ gelanggang
Berita Harian, 18
November 2004
PERALATAN PERMAINAN
1. BOULE
(bola) berbentuk bulat diperbuat
daripada logam dan berongga dibahagian dalamnya, mempunyai garis pusat antara
70.5mm hingga 80mm dan beratnya antara 650gram hingga 800gram. Disamping itu,
biasanya boule ini mempunyai jenama tertentu, angka penunjuk berat dan nombor
siri tertera padanya. Boule yang diguna di dalam pertandingan mestilah yang
telah diluluskan oleh badan antarabangsa (FIPJP) atau persekutuan petanque
kebangsaan.(PPM)
2. JACK berbentuk bulat tetapi diperbuat daripada kayu keras. Ianya mempunyai garis pusat antara 25 mm hingga
35 mm boleh diwarnakan tetapi warnanya mestilah boleh dilihat dengan jelas di atas permukaan gelanggang.
3. ALAT PENGUKUR JARAK – meliputi alat-alat saperti ‘tape
measure’, ‘telescopic measure’, ‘calliper’, dan ‘tappet gauge’ Dalam apa jua
keadaan adalah penting pemain mempunyai alat yang paling asas iaitu tali tape .
4. KAIN ATAU TUALA KECIL -
digunaka untuk membersih boule
Menentukan Boule Mati atau Tidak Sah
Apabila Boule dikira sebagai mati atau tidak sah,
ianya hendaklah dikeluarkan dengan segera. Boule dikira
sebagai mati atau tidak sah seperti kedudukan berikut:
1 Apabila ia melepasi garisan mati sepenuhnya.
2 Diangkat oleh pemain sebelum persetujuan
berkaitan dengannya dibuat atau pada bila-bila masa dalam
permainan dan tidak ada penandaan dibuat.
3 Apabila boule yang dimainkan tertahan oleh
rakan sendiri.
4 Apabila boule yang dilontar adalah milik
orang lain (termasuk milik rakan sepasukan sendiri)
sekiranya berlaku kali kedua dan seterusnya (untuk kali pertama diberi amaran
dan boule tersebut hendaklah ditukar)
5 Apabila boule yang dilontar pada keadaan
bertentangan dengan undang-
undang seperti di bulatan
yang salah, melontar tidak mengikut giliran. Walau bagaimanapun pihak
lawan boleh menggunakan ‘advantage rule’dengan menerima boule
tersebut sebagai sah. pihak lawan, arbitre, penonton atau binatang
yang berlaku di antara bulatan dengan jack.
Friday, 27 September 2013
Etika Dalam Gelanggang
Etika pemain dalam gelanggang berkaitan dengan
undang-undang yang mana boleh menerima penalti jika melanggarnya. Di samping itu ia juga merupakan strategi dan
tektik pasukan yang bertanding bagi memerangi secara psikologi pihak lawan.
1 Bekas boule, botol minimum hendaklah diletak
di luar gelanggang.
2 Boule yang belum dimainkan hendaklah berada
di luar garisan bola mati/di luar gelanggang di hujung
gelanggang di mana bulatan berada.
3 Boule yang mati hendaklah diletak di luar
garisan mati/di luar gelanggang di hujung gelanggang di
mana jack berada.
4 Pemain terakhir melontar bola hendaklah
memadam bulatan dan memasukkan semula batu
dan tanah yang dikeluarkan dari bulatan pada awal End.
5 Pemain yang jacknya termasuk ke gelanggang
lain hendak memberi laluan kepada pemain di gelanggang
tersebut menamatkan gamenya sebelum meneruskan game mereka
sendiri. Namun persetujuan boleh dibuat berdasarkan berapa banyak
bola yang masih belum dimainkan.
6 Pemain dan penonton harus senyap semasa seseorang pemain hendak membuat lontarannya.
6 Pemain dan penonton harus senyap semasa seseorang pemain hendak membuat lontarannya.
7 Pihak lawan tidak boleh membuat sebarang gerakan anggota atau barang yang boleh mengganggu tumpuan pemain pihak lain yang akan melakukan lontaran.
8 Pemain dari pasukan lawan hendaklah berada di belakang bulatan pada jarak 2 meter atau berada di hadapan jack juga pada jarak 2 meter. Mereka juga tidak boleh berada pada arah balingan boule iaitu berhadapan dengan pemain yang hendak membuat lontaran atau betul-betul di belakang pemain
9. Pemain tidak boleh menggunakan bahasa kasar atau bertengkar dengan pihak lawan. Sebarang perselisihan dan ketidakpuasan hati
berkaitan dengan pelanggaran
undang-undang atau keputusan antara pemain dirujuk kepada arbitre.
10 Pemain hendaklah mematuhi
undang-undang permainan seperti peraturan 1 minit, larangan
membasahkan jack dan bola dan peraturan-peraturan pertandingan yang
ditetapkan oleh pihak penganjur seperti berkaitan dengan pakaian.
11 Pemain tidak dibenarkan
berlatih semasa permainan berjalan.
12 Pemain tidak dibenarkan
meninggalkan gelanggang tanpa kebenaran arbitre atau persetujuan pihak lawan.
Cara Pengiraan Mata dan Menentukan Menang
Ada lima situasi dalam hal perolehan mata.
1 Mengira mata berdasarkan kedudukan bola
terdekat dengan "jack". Seperti contoh 5.2.13. Ini bermakna minimum satu pasukan boleh
menerima mata ialah 1 dan maksimun 6
mata bagi versi double dan triple dan 3 mata bagi versi single.
- 5.3.1.1 Boule yang diangkat atau dialih kedudukannya sebelum persetujuan berkaitannya dibuat dikira mati sekiranya ianya tidak bertanda.
2. Tiada skor diperolehi apabila tiada boule
yang hidup setelah kesemua boule di mainkan. Namun satu-satu End boleh juga tiada mata yang diperolehi seperti dalam sitiuasi yang
dinyatakan di 5.3.2.1 dan 5.3.2.3 atau apabila kedudukan boule terdekat dengan jack adalah sama.
3 Menentukan mata apabila
jack mati: Berdasar tiga kes:-
- Sekiranya kedua-dua pasukan masih mempunyai boule untuk dimain, "End" berkaitan adalah batal.
- Sekiranya hanya satu pasukan sahaja yang mempunyai boule untuk dimain, pasukan itu memperolehi mata sama banyaknya dengan boule yang masih ada di tangan.
- Sekiranya kedua-dua pasukan tidak mempunyai boule untuk dimain, "End" berkaitan adalah batal.
4.Pasukan lawan tidak hadir ke gelanggang setelah dipanggil seperti
berikut:
- Satu mata diberi kepada pasukan yang hadir setelah 15 minit lewat.
- Ditambah satu mata bagi setiap 5 minit berikut.
- Setelah satu jam pasukan tersebut masih tidak hadir, kedudukan keputusan berkatian dengan pasukan tersebut akan ditentukan oleh pihak penganjur (sama ada diberi kemenangan 13 – 0 atau lain-lain skor, atau dibatalkan penyertaan pasukan tersebut di mana kesemua perlawanan berkaitan dengan pasukan tersebut tertolak).
5. Sekiranya terdapat pasukan membuat bantahan
berkaitan dengan boule yang
digunakan oleh pihak lawan setelah End ke-3 dan kemudian
didapati tidak benar, maka pasukan lawannya akan diberi 3 mata.
Menentukan kemenangan
Sesuatu pasukan dikira menang dalam keadaan
berikut:
1. Apabila satu pasukan yang bertanding
memperolehi mata penamat 11 atau 13 mengikut penetapan yang dibuat oleh pihak
pengelola kejohanan (dalam kejohanan besar
biasa juga ditetapkan mata penamat 15 di pertandingan
akhir).
2.Pasukan lawan tidak hadirkan diri sehingga 1
jam selepas panggilan dibuat.
3
Pasukan lawan memberhentikan perlawanan.
Mengukur Kedudukan Jack dan Bulatan
Mengukur kedudukan jack mesti menggunakan pita
ukur bertanda, kerana ia ada kaitan dengan ukuran jarak tetap, (1, 2, 3, 4, 5,
6, 10, 15 dan 20 meter). Ukuran ini
sebaiknya dilakukan oleh arbitre.
1. Mengukur sama ada jack
atau bulatan berada pada jarak minimum1m dari garisan
mati atau halangan. Ukuran dibuat pada titik lilitan terdekat jack
/ bulatan ke garisan mati.
2. Mengukur sama ada bulatan dilukis mengikut
ukuran yang benar. Diukur
diameter bahagian dalam bulatan.
3. Menentukan sama ada jack dilontar pada jarak
sah. Diukur titik lilitan luar
bulatan ke titik lilitan jack yang terdekat.
4 Menentukan sama ada jack
telah melepasi jarak mati.
- Jarak terjauh jack dari bulatan:
15m bagi kategori minors dan cadets /
20m bagi kategori juniors dan seniors. Diukur titik lilitan luar
bulatan ke titik lilitan jack yang terdekat.
- Jarak terdekat jack dari bulatan:
3m . Diukur titik lilitan luar bulatan ke
titik lilitan jack yang terjauh.
Thursday, 26 September 2013
MEMULAKAN PERMAINAN
1. Setelah ditentukan gelanggang yang akan digunakan, pemain dikehendaki berada di gelanggang dan
dibenarkan membuat latihan sebelum perlawanan. Pemain juga
dibenar meratakan gelanggang dan membuang benda-benda yang tidak
berkaitan yang berada di dalam gelanggang.
2. Pemain dikehendaki menunjukkan lesen
masing-masing kepada pihak lawan atau pengadil
sekiranya pemeriksaan awal belum dibuat oleh pegawai pertandingan.
3. Pemain juga dikehendaki memeriksa kesahan
boule lawan.
4. Undian hendaklah dibuat bagi menentukan
pasukan mana yang akan memulakan lontaran.
5. Pasukan yang menang undian (Katakan Pasukan
‘A’) akan membuat satu bulatan mengikut ukuran
yang dibenarkan dan berdasarkan taktik pasukan masing-masing.
* Bulatan hendaklah dibuat di salah satu end
(hujung) gelanggang. Kedudukan
bulatan dalam
gelanggang hendaklah berdasarkan kepada undang-undang.
6. Salah seorang pemain dari pasukan ‘A’ akan melontarkan jack ke satu jarak dan kawasan yang dipilih berdasarkan taktik pasukan. Walaubagaimanapun jack hendaklah dilontar mengikut undang-undang. Rakan‘A’ boleh membantu bagi menentukan di mana jack harus dilontar. "Jack" yang telah dilontar hendaklah ditanda kedudukannya
7 Jack
yang dilontar tidak boleh terkeluar dari kawasan gelanggang yang ditetapkan.
8 Sekiranya jack yang dilontar tidak sah
selepas tiga kali cubaan, maka pihak lawan, pasukan ‘B’, akan
melontarkan untuk pasukan ‘A’. Sekiranya pasukan ‘B’ juga gagal
melontarnya secara sah, maka pasukan ‘A’ akan melontarnya semula.
9 Selepas itu, salah seorang
pemain dari pasukan ‘A’ akan melontar boule pertamanya. Boule yang
dilontar hendaklah juga ditanda. Melontar boule yang pertama juga adalah taktik
permainan yang harus diberi perhatian.
10. Berikutnya adalah giliran pemain dari pasukan ‘B’ pula untuk
membuat lontarannya. Pemain ini akan cuba menguasai kedudukan yang
lebih baik dari boule pasukan
‘A’. Ini boleh dilakukan dengan 3
cara:
- Point boulenya supaya lebih dekat ke jack berbanding boule pasukan ‘A’
- Shoot boule pasukan ‘A’ supaya boule tersebut teralih jauh dari jack.
- Shoot jack supaya teralih jauh dari boule pasukan ‘A’.
11 Pasukan ‘B’ hendaklah melontar boule dalam
masa 1 minit setelah boule pasukan ‘A’ berhenti
bergerak (atau 1 minit selepas pengukuran dibuat bagi menentukan
kedudukan boule yang terdekat).
12. Sekiranya pasukan ‘B’ menguasai kedudukan
terhampir maka pemain pasukan ‘A’ akan
melontar boule berikutnya. Sebaliknya
sekiranya boule pasukan ‘A’ masih
menguasainya, maka pasukan ‘B’ perlu terus melontar boulenya sehingga ia
dapat menguasai kedudukan atau sehingga habis boule mereka.
13 Setelah tamat semua boule dilontar, maka
dikatakan telah tamat "End" tersebut. Mata akan dikira berdasarkan kedudukan
boule. Di antara boule pasukan ‘A’ berbanding
boule pasukan ‘B’ yang mana terhampir dengan "jack". Sekiranya boule pasukan ‘A’ adalah yang
terhampir, maka pasukan ‘A’ yang akan dapat
mata, manakala pasukan ‘B’ tidak memperolehi mata bagi End ini. Berapa matakah yang diperolehi oleh pasukan
‘A’ dikira berdasarkan berapa
boule pasukan ‘A’ yang terhampir ke jack berbanding boule pasukan ‘B’ yang
terdekat dengan jack.
KEISTIMEWAAN DAN FAEDAH BERMAIN PETANQUE
1. Petanque boleh dijadikan sebagai satu
alternatif kepada beberapa kegiatan sukan yang terdapat di negara
ini samada yang sudah ‘established’ dan yang baru muncul Istimewanya sukan ini ia dapat memenuhi
konsep “ Sukan Untuk Semua “ Seseorang yang tidak dikurniakan kelebihan dari
segi fizikal, kecergasan, stamina , konsentrasi dan kewangan boleh menceburi
sukan ini. Lelaki, wanita , kanak-kanak, remaja , dewasa dan mereka yang
berumur boleh melibatkan diri dalam sukan
ini. Mereka boleh bergabung dan bermain dalam satu pasukan tanpa memerlukan
apa-apa ‘advantage’ atau ‘handicap’
Faktor jantina dan fizikal bukan menjadi satu kelebihan.
2. Petanque sebagai satu kegiatan sukan dapat memenuhi konsep “Kecergasan Se Umur Hidup “ . Faktor usia dan
kekuatan tubuh badan bukan menjadi ukuran atau kelebihan kepada seseorang
pemain. Semua peringkat umur pemain dari peringkat sekolah rendah membawa kepada
alam remaja , belia, dewasa dan warga
tua boleh menguasai sukan petanque
dengan baik dan bijak
3
Petanque amat mudah dipelajari. Dengan memerhati dan mengkaji orang lain bermain dan mengetahui beberapa peraturan asas
, seseorang itu mampu bermain petanque.
Ia tidak memerlukan pergerakan yang banyak atau yang ‘vigorous ‘ kerana permainan dilakukan dalam
gelanggang yang kecil berukuran15meter x 4
meter minimum dan tiada had masa ditentukan untuk menghabiskan permainan.
4
Petanque tidak memerlukan tempat tertentu untuk bermain . Di mana
terdapat kawasan lapang saperti di
halaman rumah, di tepi pantai. , di tepi
padang atau di taman permainan seseorang boleh menjalankan aktiviti permainan
petanque. Dengan lain maksud , keluasan gelanggang permainan senang dicari.
5 Petanque tidak memerlukan pakaian yang khas
untuk bermain asalkan pakaian yang
digunakan itu ringan dan dapat memudahkan pergerakan dan bersopan.
6
Dari segi kos, permainan petanque adalah ‘ one time investment
‘.Boule permainan petanque hanya dibeli sekali dan selagi ianya
tidak pecah atau hilang ia boleh digunakan bertahun-tahun lamanya.
7 Dalam permainan petanque pemain digalakkan berbincang sesama sendiri
sebelum dan selepas melakukan sesuatu pergerakan . Tindakan ini dapat
melahirkan semangat kerjasama,
persefahaman, toleransi, sabar dan cekal
apabila menghadapi pihak lawan.
8 Dalam
permainan petanque terdapat peratuaran-peraturan dan etika permainan
yang dapat melahirkan persaingan yang
sihat dan menghormati pihak lawan.
9 Gerakan-gerakan dalam permainan
petanque boleh disifatkan sebagai asas kepada latihan untuk sukan.di mana
tenaga dikeluarkan secara beransur-ansur dari permulaan hingga tamat permainan
(seperti cara memanaskan badan). Ianya tidak memerlukan tenaga yang banyak dan
kekuatan fizikal seperti kebanyakan sukan. Cara bermain adalah mengikut
perkembangan fikiran dan kecekapan mental pemain.
Ketika
bermain seluruh bahagian badan digunakan. Pemain yang bermain petanque sebanyak enam kali di sesuatu pertandingan
dalam satu hari dianggarkan dapat mengeluarkan tenaga kira-kira 200 kali daripada lontaran boule yang
mempunyai berat
700 gram , 250 kali enjutan badan ke atas dan ke bawah, berjalan kira-kira 3km tanpa
disedari dan berkali-kali melompat juga
tanpa disedari.
Pengenalan Cara Permainan dan Keistimewaan Petanque
Petanque adalah sejenis sukan yang menggunakan ‘boule’
(1) yang diperbuat daripada logam
dan dimainkan mengikut peraturan-peraturan tertentu. Boule akan dibaling
mengikut cara-caranya untuk menghampiri
sasaran yang berupa sebiji bola kayu , saiznya
seperti sebiji guli bagi
membolehkan pemain mendapat mata
permainan. Mata penamat bagi permainan
petanque adalah 13 mata. Lazimnya dalam
permainan ini 3 orang pemain akan bertanding dengan 3 orang pemain lain.
Petanque boleh juga dimainkan
antara dua lawan dua
atau satu lawan satu.
Perkataan
‘petanque’ adalah kacukan daripada perkataan Perancis ‘Pieds tanques’
yang membawa maksud kedua-dua kaki terikat yang menggambarkan keadaan bilamana
seseorang yang bermain petanque tidak dibolehkan mengangkat kaki semasa
melakukan balingan berlawanan dengan Jeu de Provencal yang memerlukan larian
tiga langkah sebelum melontar boule yang berada di tangan.
(1)
boule : bermaksud
bola yang diperbuat daripada logam dan digunakan dalam permainan petanque.
Hajjah Sufiah Haji Ishak, Sport
For All Series, Selangor, Penerbitan PCT
Sdn. Bhd.
Majalah Pelancar
Wajah Jati Diri Koperasi, April 2005, Angkatan Koperasi
Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA),
Petaling Jaya Selangor.
http://www. petanque. Org
http://www.emedia.Com.my/misc/EPG/khamis/gelanggang/
20041122082901/
article/ gelanggang
Berita Harian, 18
November 2004
STRUKTUR ORGANISASI KEBANGSAAN
Majlis PPM mengandungi 17
orang ahli yang terdiri daripada Presiden, Timbalan Presiden, 2 orang Naib
Presiden, Setiausaha Kehormat (dilantik oleh Presiden), Bendahari Kehormat
(dilantik oleh Presiden), dan 11 orang Ahli
Jawatankuasa. Bagi urusan pentadbiran harian, seorang Setiausaha Kerja dilantik
oleh Majlis dan dibayar elaun bulanan oleh Majlis Sukan Negara Malaysia
SEJARAH PETANQUE MALAYSIA
Permainan petanque dipercayai dibawa masuk dan
diperkenalkan di Malaysia
oleh Professor Diraja Ungku Aziz , Yang Dipertua ANGKASA pada pertengahan tahun
1989. Setelah beberapa bulan dimainkan , akhirnya sukan petanque telah dirasmikan
sebagai salah satu acara sukan negara. Upacara perasmian telah dilakukan oleh
Menteri Belia dan Sukan pada masa itu iaitu YB Datuk Seri Najib Tun Razak pada
tanggal 22 Mac 1990 di Padang Jalan Timur, Petaling Jaya.
Pada
tahun 1993 , permainan petanque telah diiktiraf oleh Kementerian Belia dan
Sukan sebagai salah satu acara sukan baru. Seminar untuk sukan ini telah
diadakan di Universiti Malaya pada 24 April
1994 anjuran Kementerian Belia dan Sukan.
Sejak
dibawa masuk ke negara ini, Angkasa telah memainkan peranan memperkenalkannya.
Antara usaha-usaha yang telah dijalankan oleh ANGKASA ialah :
a) Mengadakan
demontrasi permainan di seluruh negara dari semasa ke
semasa atas permohonan persatuan-persatuan sukan , kelab atau rekreasi.
b)
Mengadakan kursus khas permainan dan peraturan-peraturan petanque. Kursus ini
dibiayai sepenuhnya oleh ANGKASA iaitu kos jurulatih , kos alat tulis dan peruntukan makan sebanyak RM 10.00
setiap peserta yang menyertainya. Kursus permainan petanque ini telah dijadikan
salah satu modul pendidikan ANGKASA
secara rasmi sejak 1998.
c)
Menganjurkan kejohanan petanque antara koperasi peringkat negeri dan peringkat
kebangsaan sempena perayaan Hari Koperasi Antarabangsa setiap tahun.
Pertandingan ini telah dimulakan sejak tahun 1990.
d)
Mengambil bahagian dalam pertandingan petanque jemputan antarabangsa khasnya jemputan Singapura setiap tahun.
Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
SEJARAH PETANQUE ANTARABANGSA
Sejarah
permainan petanque dikesan kewujudannya semenjak tahun 9000 sebelum masihi apabila satu set bola batu dan jek ditemui di
Turki. Satu set bola juga ditemui di
makam orang-orang mesir , dipercayai berusia sekitar tahun 7000 sebelum masihi.
Pada zaman purba, sukan ini dimainkan oleh orang-orang Rom dan Greek.
Dipercayai bahawa orang-orang Rom merupakan orang pertama yang membawa
permainan petanque ini ke Marseiles kira-kira 2600 tahun dahulu.
Subscribe to:
Posts (Atom)
KEJOHANAN PETANQUE SIRKIT REMAJA KEBANGSAAN SIRI 6 2023
Syukur alhamdulillah target periodisasi tercapai selaku Jurulatih dapat melahirkan atlet berprestasi tinggi dalam masa setahun. Sejarah be...
-
Ada lima situasi dalam hal perolehan mata. 1 Mengira mata berdasarkan kedudukan bola terdekat dengan "jack". Seperti conto...
-
1. BOULE (bola) berbentuk bulat diperbuat daripada logam dan berongga dibahagian dalamnya, mempunyai garis pusat antara 70.5mm hingg...
-
Pentanque dimainkan atas gelanggang daripada pelbagai permukaan. Jawatankuasa pengelolaan boleh mengarahkan pasukan-pasukan bermain di ...