Monday, 27 December 2021
MBSF DAN ABSC
Kejohanan Terbuka Kebangsaan Kuala Lumpur 2021
Kejohanan Boules (Petanque) Tertutup Negeri Melaka 2021
Syukur penganjuran Kejohanan Boules (Petanque) Tertutup Negeri Melaka 2021 berjalan dengan lancar. Penyertaan yang cukup menggalakkan daripada semua lapisan masyarakat termasuk dari jemputan negeri luar.
Target tercapai pada tahun ini untuk program penutup tirai bagi sesi tahun 2021.
Terima kasih juga buat YB Tuminah ADUN Pantai Kundur dan Tuan Penghulu En Yusof atas kesudian hadir bagi merasmikan program kejohanan pada hari ini.
Syabas dan tahniah kepada semua AJK tertinggi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan kejohanan hari ini.
Tidak lupa kepada Malaysia Boules Sports Federation yang menyokong kejohanan ini.Serta semua peserta yang sudi hadir untuk menjayakan kejohanan ini.
Semoga kejohanan ini menjadi ikatan ukhwah buat semua peserta yang hadir dan memberi impak positif kepada pembangunan sukan boules (petanque) di Malaysia.
18/12/2021
Tuesday, 14 December 2021
PERKONGSIAN ILMU BERKAITAN ASAS BIOMEKANIK SHOOT BOULES (PETANQUE)
Setiap atlet boleh berjaya dalam semua sukan, yang penting perlu ada minat dan kesungguhan untuk tingkatkan prestasi.
Dalam kemahiran shooting boules (petanque) terdapat 3 kaedah shooting yang boleh digunakan iaitu shoot on the iron,shoot short dan shoot rolling.
Antara faktor utama dalam asas biomekanik shoot boules (petanque) iaitu :
1.Kekuatan (kekuatan dalaman yang di kawal oleh individu itu sendiri )
2.Degree ( sudut / darjah pergerakan ayunan tangan )
Dua faktor asas biomekanik ini terjadi dalam proses perlaksanaan shooting. Shooting yang paling baik adalah shoot on the iron (pukulan bola ke bola) shooting ini amat sesuai dilaksanakan dalam semua situasi kerana bertujuan menghasilkan shoot yang tepat ke arah bola (boules to boules) untuk mengalihkan boules pihak lawan menghampiri jack / keluar dari gelanggang.
Mengikut teori asas sains sukan kemahiran shooting ini melibatkan aspek koordinasi yang tinggi. Koordinasi ini adalah fasa ayunan pergerakan tangan dan mata dilaksanakan dalam satu masa.
Berbalik semula kepada hukum fizik iaitu kekuatan dan degree.Istilah ini perlulah digunakan bagi menjelaskan faktor utama dalam kemahiran shooting. Semakin jauh jarak kedudukan boules untuk di shoot maka semakin meningkat ketinggian degree (sudut/darjah ayunan tangan).Manakala jika degree semakin meningkat maka semakin bertambahlah kekuatan ( kekuatan dalaman atlet ). Kekuatan tidak boleh dikawal oleh jurulatih kerana itu adalah kekuatan dalaman atlet sendiri.
Oleh itu, bagi meningkatkan kemahiran yang konsisten dalam aspek biomekanik shoot boules (petanque) ini. Atlet perlulah membuat latihan yang berterusan.
12/12/2021
Sharing is caring knowledge :-
Cikgu Afif 2021
Malaysian
FIPJP ( Federation International Petanque et jeu Provencal )
Sunday, 5 December 2021
PERKONGSIAN ILMU BOULES ( PETANQUE)
Secara kaedah bertinggung
Perkongsian ilmu buat atlet beginer.In Shaa Allah jika ada minat dan takat usaha yang tinggi boleh memberi impak yang positif kepada peningkatan prestasi atlet.
Dalam situasi pointing terdapat dua kaedah yang sesuai digunakan pertama adalah situasi bertinggung dan kedua adalah situasi secara berdiri.Kedua-dua kaedah ini boleh digunakan mengikut situasi yang sesuai.
Berdasarkan aspek biomekanik sukan petanque.Kaedah bertinggung lebih sesuai untuk situasi jarak yang dekat antara 6 meter hingga 8 meter.Jika situasi jarak yang jauh,lebih sesuai menggunakan kaedah secara berdiri kerana lebih jelas dan nampak permukaan yang sesuai (drop mark) untuk melepaskan boules jatuh ke permukaan.Elemen ini sangat penting untuk mendapatkan projectile motion yang lebih mantap dalam perlaksanaan kemahiran pointing dan shooting.
Walaubagaimanapun, perkara asas utama perlu diperkukuhkan dahulu iaitu cara pegangan boules,kedudukan kaki, pergerakan tangan,drop mark dan posisi badan yang betul.Perkara asas ini sangat membantu dalam proses peningkatan prestasi atlet dalam sukan petanque.
In Shaa Allah selepas ini,saya akan buat perkongsian ilmu berkaitan faktor utama dalam menghasilkan kemahiran shooting dan pointing yang baik.
Jurulatih boules (petanque)
Federation Internationale de Petanque et Jeu Provencal.
Cikgu Afif
4/12/2021
Wednesday, 24 November 2021
Buku Modul Sukan Petanque 2021
Alhamdulillah syukur, niat perkongsian ilmu dipermudahkan segala urusan. Di atas permintaan para penggiat petanque di Malaysia,terbitan cetakan kali kedua buku modul latihan sukan petanque telah siap dicetak.
Terima kasih kepada semua yang menyokong cetakan pertama sebelum ini.Semoga Allah SWT membalas kebaikkan anda semua . Semoga perkongsian ilmu ini membantu pembangunan sukan petanque di Malaysia.
Kejohanan Santai Mesra Persatuan Sukan Boules Melaka 2021
Syukur alhamdulillah, program pada hari ini berjalan dengan lancar.Terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa dan ahli yang hadir memeriahkan program pada hari ini. Semoga ukhwah terus kekal hingga ke Jannah.
#SOPkitajagakita
21/11/2021
Sunday, 31 October 2021
Persatuan Sukan Boules Melaka
Alhamdulillah syukur. Persatuan Sukan Boules Melaka telah lulus berdaftar di bawah Pesuruhjaya Sukan Malaysia secara rasmi.Mesyuarat AGM juga telah selesai dilaksanakan dengan jayanya.
Terima kasih kepada semua barisan kepimpinan yang dilantik. Semoga ikhlas dan terus istiqamah membantu pembangunan sukan dan perpaduan penduduk di Melaka. Semoga dipermudahkan segala urusan amin.
Majulah sukan untuk Negara.
Page FB OFFICIAL
https://www.facebook.com/Persatuan-Sukan-Boules-Melaka-110860698047986
Thursday, 29 April 2021
Majlis Hari Kualiti SMK Kem Terendak Melaka
*Perkongsian Bersama*
Alhamdulillah tahniah Khairul Amirul dan Ahmad Khairulaiman atas kejayaan menerima anugerah kokurikulum (sukan) terbaik di akhir tingkatan 5 sebagai pelajar sekolah. Seorang dalam sukan petanque dan seorang lagi acara sukan perahu layar.
Apabila melihat kejayaan pelajar saya ini teringat zaman saya di penghujung semester 8 sebagai mahasiswa di alam IPT untuk mendapatkan anugerah Piala Emas Fakulti Terbaik ( sukan dan akademik) dan anugerah Sukan Universiti terbaik (petanque) amat mencabar dan terlalu ramai persaingan positif dari sahabat-sahabat yang sama. Namun persaingan ini menjadi batu loncatan menjadikan saya lebih baik. Bukan untuk bermegah tetapi sebagai satu pengalaman yang terindah dan berguna untuk dikongsikan kepada insan-insan lain di masa mendatang.
Alhamdulillah, kejayaan sebagai mahasiswa di alam IPT dahulu mampu saya kongsi buat anak didik saya sebagai salah satu sumber inspirasi pada hari ini. Syukur niat baik Allahswt permudahkan.Hari ini saya dapat mengeluarkan air mata kegembiraan melihat kejayaan anak didik saya sendiri berjaya sampai ke tahap tertinggi.Kejayaan di akhir sesi persekolahan dalam dunia Sekolah Menengah telah membuahkan hasil. Walaupun kejayaan ini mereka peroleh. Saya tumpang bangga dan gembira. Saya sentiasa mendoakan juga kejayaan buat semua anak didik saya semoga berjaya dunia dan akhirat.
Perkara penting yang saya nak berkongsi sesuatu kejayaan bukan datang bergolek tetapi perlu ada kunci kejayaan yang perlu dipegang.
Kuncinya adalah DUIT. Bukan duit poket ya sahabat-sahabat semua ;) . Tetapi DUIT adalah akronim ( DOA, USAHA, ISTIQAMAH DAN TAWAKAL). Kunci inilah yang saya pegang sejak saya masuk ke alam tingkatan 6 sebagai insan yang cuba untuk membuat satu perubahan dalam diri.
Saya terangkan kunci ini semoga bermanfaat buat semua.
Pertama DOA adalah doa kita hari-hari yang kita mohon dari maha Esa. Tuhan menjadikan kita.Hendak berjaya kena berdoa dengan hati yang ikhlas perlu sentiasa solat 5 waktu. Sebb bila kita doa dengan ikhlas Allahswt akan sentiasa melihat kita. Sebagai hambanya mohon selalu semoga diberi pertunjuk dan hidayah semoga dipermudahkan segala urusan kita.
Kedua adalah USAHA.Sebut usaha je saya selalu kongsi kepada semua anak didik saya jadilah seperti Thomas Edilson iaitu seorang ahli saintis terkemuka yang mencipta lampu.Hasil kejayaannya juga dapat dimanfaatkan ke seluruh dunia dan kepada kita juga sampai ke hari ini. Perkara penting yang beliau tinggalkan pesanan. Dalam pesanan beliau dalam 100% ada 99% adalah usaha dan 1% adalah nasib. Kalau nak berjaya dengan hebat perlu berusaha bersungguh sebanyak 99% baru akan berjaya. Hari-hari lakukan sampai kita berjaya capai matlamat kita.
Ketiga adalah ISTIQAMAH. Istiqamah istilah Arab yang bermaksud berterusan. Perkara ketiga ini sangat penting. Dimana kita perlulah sentiasa berdoa dan usaha secara berterusan. Bukan apabilah datang musibah dan ujian kita terus give up. No! Jangan mengalah. Teruskan doa dan usaha.
Keempat adalah Tawakal. Sebut sahaja tawakal, sebagai manusia yang mempunyai agama ada kepercayaan masing-masing. Begitu saya yang beragama Islam perlu berpegang kepada rukun iman ke-enam iaitu terima qadak dan qadar sentiasa berserah kepada takdir kerana DIA yang menentukan segala didunia ini. Ajal maut, jodoh pertemuan, rezeki Allahswt yang menentukan. Jadi setelah kita berdoa, usaha, istiqamah dan akhirnya bertawakal . Semoga Allahswt menentukan sebaiknya. Namun jika kita gagal bukan jadi halangan, tetapi cari kelemahan yang menyebabkan kita tidak berjaya mencapai kejayaan tersebut. Sebab sebagai manusia dan hamba didunia ini, kelemahan itu datang dari kita sendiri.
So, cari jalan terbaik untuk baiki kelemahan itu menjadikan kita lebih baik.
Alhamdulillah panjang benar saya menaip. Semoga perkongsian ilmu ini berguna buat semua sahabat dan anak didik saya. In Shaa Allah.
Sebut sahaja perkongsian ilmu teringat pesan seorang ustazah saya. Antara salah satu amalan yang bantu kita di alam kubur adalah ilmu bermanfaat.
Alhamdulillah, terima kasih yang sudi membaca. Semoga insan-insan yang membaca ini akan menjadi salah seorang yang hebat sebagai khalifah di muka bumi ini untuk mentadbir alam yang sementara ini.
Semoga kita sama-sama terus berjaya dunia dan akhirat amin ya Rabbal Alamin.. 😇😊
Noted* MASK buka sebentar simpan dalam poket ya.
#kitajagakita
#gambarKenangan
24/04/2021
Cikgu Afif
KEJOHANAN PETANQUE SIRKIT REMAJA KEBANGSAAN SIRI 6 2023
Syukur alhamdulillah target periodisasi tercapai selaku Jurulatih dapat melahirkan atlet berprestasi tinggi dalam masa setahun. Sejarah be...
-
Ada lima situasi dalam hal perolehan mata. 1 Mengira mata berdasarkan kedudukan bola terdekat dengan "jack". Seperti conto...
-
1. BOULE (bola) berbentuk bulat diperbuat daripada logam dan berongga dibahagian dalamnya, mempunyai garis pusat antara 70.5mm hingg...
-
Pentanque dimainkan atas gelanggang daripada pelbagai permukaan. Jawatankuasa pengelolaan boleh mengarahkan pasukan-pasukan bermain di ...