Tuesday, 14 December 2021

PERKONGSIAN ILMU BERKAITAN ASAS BIOMEKANIK SHOOT BOULES (PETANQUE)



Setiap atlet boleh berjaya dalam semua sukan, yang penting perlu ada minat dan kesungguhan untuk tingkatkan prestasi.

Dalam kemahiran shooting boules (petanque) terdapat 3 kaedah shooting yang boleh digunakan iaitu shoot on the iron,shoot short dan shoot rolling.

Antara faktor utama dalam asas biomekanik shoot boules (petanque) iaitu : 

1.Kekuatan (kekuatan dalaman yang di kawal oleh individu itu sendiri )

2.Degree ( sudut / darjah pergerakan ayunan tangan )

Dua faktor asas biomekanik ini terjadi dalam proses perlaksanaan shooting. Shooting yang paling baik adalah shoot on the iron (pukulan bola ke bola) shooting ini amat sesuai dilaksanakan dalam semua situasi kerana bertujuan menghasilkan shoot yang tepat ke arah bola (boules to boules) untuk mengalihkan boules pihak lawan menghampiri jack / keluar dari gelanggang. 

Mengikut teori asas sains sukan kemahiran shooting ini melibatkan aspek koordinasi yang tinggi. Koordinasi ini adalah fasa ayunan pergerakan tangan dan mata dilaksanakan dalam satu masa. 

Berbalik semula kepada hukum fizik iaitu kekuatan dan degree.Istilah ini perlulah digunakan bagi menjelaskan faktor utama dalam kemahiran shooting. Semakin jauh jarak kedudukan boules untuk di shoot maka semakin meningkat ketinggian degree (sudut/darjah ayunan tangan).Manakala jika degree semakin meningkat maka semakin bertambahlah kekuatan ( kekuatan dalaman atlet ). Kekuatan tidak boleh dikawal oleh jurulatih kerana itu adalah kekuatan dalaman atlet sendiri.

Oleh itu, bagi meningkatkan kemahiran yang konsisten dalam aspek biomekanik shoot boules (petanque) ini. Atlet perlulah membuat latihan yang berterusan.

12/12/2021

Sharing is caring knowledge :-

Cikgu Afif 2021

Malaysian

FIPJP ( Federation International Petanque et jeu Provencal )

No comments:

Post a Comment

KEJOHANAN PETANQUE SIRKIT REMAJA KEBANGSAAN SIRI 6 2023

  Syukur alhamdulillah target periodisasi tercapai selaku Jurulatih dapat melahirkan atlet berprestasi tinggi dalam masa setahun. Sejarah be...