Thursday 29 April 2021

Majlis Hari Kualiti SMK Kem Terendak Melaka

 *Perkongsian Bersama*

Alhamdulillah tahniah Khairul Amirul dan Ahmad Khairulaiman atas kejayaan menerima anugerah kokurikulum (sukan) terbaik di akhir tingkatan 5 sebagai pelajar sekolah. Seorang dalam sukan petanque dan seorang lagi acara sukan perahu layar.

Apabila melihat kejayaan pelajar saya ini teringat zaman saya di penghujung semester 8 sebagai mahasiswa di alam IPT untuk mendapatkan anugerah Piala Emas Fakulti Terbaik ( sukan dan akademik) dan anugerah Sukan Universiti terbaik (petanque) amat mencabar dan terlalu ramai persaingan positif dari sahabat-sahabat yang sama. Namun persaingan ini menjadi batu loncatan menjadikan saya lebih baik. Bukan untuk bermegah tetapi sebagai satu pengalaman yang terindah dan berguna untuk dikongsikan kepada insan-insan lain di masa mendatang. 

Alhamdulillah, kejayaan sebagai mahasiswa di alam IPT dahulu mampu saya kongsi buat anak didik saya sebagai salah satu sumber inspirasi pada hari ini. Syukur niat baik Allahswt permudahkan.Hari ini saya dapat mengeluarkan air mata kegembiraan melihat kejayaan anak didik saya sendiri berjaya sampai ke tahap tertinggi.Kejayaan di akhir sesi persekolahan dalam dunia Sekolah Menengah telah membuahkan hasil. Walaupun kejayaan ini mereka peroleh. Saya tumpang bangga dan gembira. Saya sentiasa mendoakan juga kejayaan buat semua anak didik saya semoga berjaya dunia dan akhirat. 

Perkara penting yang saya nak berkongsi sesuatu kejayaan bukan datang bergolek tetapi perlu ada kunci kejayaan yang perlu dipegang. 

Kuncinya adalah DUIT. Bukan duit poket ya sahabat-sahabat semua ;) . Tetapi DUIT adalah akronim ( DOA, USAHA, ISTIQAMAH DAN TAWAKAL). Kunci inilah yang saya pegang sejak saya masuk ke alam tingkatan 6 sebagai insan yang cuba untuk membuat satu perubahan dalam diri. 

Saya terangkan kunci ini semoga bermanfaat buat semua.

Pertama DOA adalah doa kita hari-hari yang kita mohon dari maha Esa. Tuhan menjadikan kita.Hendak berjaya kena berdoa dengan hati yang ikhlas perlu sentiasa solat 5 waktu. Sebb bila kita doa dengan ikhlas Allahswt akan sentiasa melihat kita. Sebagai hambanya mohon selalu semoga diberi pertunjuk dan hidayah semoga dipermudahkan segala urusan kita. 

Kedua adalah USAHA.Sebut usaha je saya selalu kongsi kepada semua anak didik saya jadilah seperti Thomas Edilson iaitu seorang ahli saintis terkemuka yang mencipta lampu.Hasil kejayaannya juga dapat dimanfaatkan ke seluruh dunia dan kepada kita juga sampai ke hari ini. Perkara penting yang beliau tinggalkan pesanan. Dalam pesanan beliau dalam 100% ada 99% adalah usaha dan 1% adalah nasib. Kalau nak berjaya dengan hebat perlu berusaha bersungguh sebanyak 99% baru akan berjaya. Hari-hari lakukan sampai kita berjaya capai matlamat kita. 

Ketiga adalah ISTIQAMAH. Istiqamah istilah Arab yang bermaksud berterusan. Perkara ketiga ini sangat penting. Dimana kita perlulah sentiasa berdoa dan usaha secara berterusan. Bukan apabilah datang musibah dan ujian kita terus give up. No! Jangan mengalah. Teruskan doa dan usaha.

Keempat adalah Tawakal. Sebut sahaja tawakal, sebagai manusia yang mempunyai agama ada kepercayaan masing-masing. Begitu saya yang beragama Islam perlu berpegang kepada rukun iman ke-enam iaitu terima qadak dan qadar sentiasa berserah kepada takdir kerana DIA yang menentukan segala didunia ini. Ajal maut, jodoh pertemuan, rezeki Allahswt yang menentukan. Jadi setelah kita berdoa, usaha, istiqamah dan akhirnya bertawakal . Semoga Allahswt menentukan sebaiknya. Namun jika kita gagal bukan jadi halangan, tetapi cari kelemahan yang menyebabkan kita tidak berjaya mencapai kejayaan tersebut. Sebab sebagai manusia dan hamba didunia ini, kelemahan itu datang dari kita sendiri. 

So, cari jalan terbaik untuk baiki kelemahan itu menjadikan kita lebih baik. 

Alhamdulillah panjang benar saya menaip. Semoga perkongsian ilmu ini berguna buat semua sahabat dan anak didik saya. In Shaa Allah. 

Sebut sahaja perkongsian ilmu teringat pesan seorang ustazah saya. Antara salah satu amalan yang bantu kita di alam kubur adalah ilmu bermanfaat. 


Alhamdulillah, terima kasih yang sudi membaca. Semoga insan-insan yang membaca ini akan menjadi salah seorang yang hebat sebagai khalifah di muka bumi ini untuk mentadbir alam yang sementara ini. 

Semoga kita sama-sama terus berjaya dunia dan akhirat amin ya Rabbal Alamin.. 😇😊

Noted* MASK buka sebentar simpan dalam poket ya.

#kitajagakita

#gambarKenangan


24/04/2021

Cikgu Afif

No comments:

Post a Comment

KEJOHANAN PETANQUE SIRKIT REMAJA KEBANGSAAN SIRI 6 2023

  Syukur alhamdulillah target periodisasi tercapai selaku Jurulatih dapat melahirkan atlet berprestasi tinggi dalam masa setahun. Sejarah be...