Secara kaedah bertinggung
Perkongsian ilmu buat atlet beginer.In Shaa Allah jika ada minat dan takat usaha yang tinggi boleh memberi impak yang positif kepada peningkatan prestasi atlet.
Dalam situasi pointing terdapat dua kaedah yang sesuai digunakan pertama adalah situasi bertinggung dan kedua adalah situasi secara berdiri.Kedua-dua kaedah ini boleh digunakan mengikut situasi yang sesuai.
Berdasarkan aspek biomekanik sukan petanque.Kaedah bertinggung lebih sesuai untuk situasi jarak yang dekat antara 6 meter hingga 8 meter.Jika situasi jarak yang jauh,lebih sesuai menggunakan kaedah secara berdiri kerana lebih jelas dan nampak permukaan yang sesuai (drop mark) untuk melepaskan boules jatuh ke permukaan.Elemen ini sangat penting untuk mendapatkan projectile motion yang lebih mantap dalam perlaksanaan kemahiran pointing dan shooting.
Walaubagaimanapun, perkara asas utama perlu diperkukuhkan dahulu iaitu cara pegangan boules,kedudukan kaki, pergerakan tangan,drop mark dan posisi badan yang betul.Perkara asas ini sangat membantu dalam proses peningkatan prestasi atlet dalam sukan petanque.
In Shaa Allah selepas ini,saya akan buat perkongsian ilmu berkaitan faktor utama dalam menghasilkan kemahiran shooting dan pointing yang baik.
Jurulatih boules (petanque)
Federation Internationale de Petanque et Jeu Provencal.
Cikgu Afif
4/12/2021
No comments:
Post a Comment