Monday, 27 December 2021
MBSF DAN ABSC
Kejohanan Terbuka Kebangsaan Kuala Lumpur 2021
Kejohanan Boules (Petanque) Tertutup Negeri Melaka 2021
Syukur penganjuran Kejohanan Boules (Petanque) Tertutup Negeri Melaka 2021 berjalan dengan lancar. Penyertaan yang cukup menggalakkan daripada semua lapisan masyarakat termasuk dari jemputan negeri luar.
Target tercapai pada tahun ini untuk program penutup tirai bagi sesi tahun 2021.
Terima kasih juga buat YB Tuminah ADUN Pantai Kundur dan Tuan Penghulu En Yusof atas kesudian hadir bagi merasmikan program kejohanan pada hari ini.
Syabas dan tahniah kepada semua AJK tertinggi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan kejohanan hari ini.
Tidak lupa kepada Malaysia Boules Sports Federation yang menyokong kejohanan ini.Serta semua peserta yang sudi hadir untuk menjayakan kejohanan ini.
Semoga kejohanan ini menjadi ikatan ukhwah buat semua peserta yang hadir dan memberi impak positif kepada pembangunan sukan boules (petanque) di Malaysia.
18/12/2021
Tuesday, 14 December 2021
PERKONGSIAN ILMU BERKAITAN ASAS BIOMEKANIK SHOOT BOULES (PETANQUE)
Setiap atlet boleh berjaya dalam semua sukan, yang penting perlu ada minat dan kesungguhan untuk tingkatkan prestasi.
Dalam kemahiran shooting boules (petanque) terdapat 3 kaedah shooting yang boleh digunakan iaitu shoot on the iron,shoot short dan shoot rolling.
Antara faktor utama dalam asas biomekanik shoot boules (petanque) iaitu :
1.Kekuatan (kekuatan dalaman yang di kawal oleh individu itu sendiri )
2.Degree ( sudut / darjah pergerakan ayunan tangan )
Dua faktor asas biomekanik ini terjadi dalam proses perlaksanaan shooting. Shooting yang paling baik adalah shoot on the iron (pukulan bola ke bola) shooting ini amat sesuai dilaksanakan dalam semua situasi kerana bertujuan menghasilkan shoot yang tepat ke arah bola (boules to boules) untuk mengalihkan boules pihak lawan menghampiri jack / keluar dari gelanggang.
Mengikut teori asas sains sukan kemahiran shooting ini melibatkan aspek koordinasi yang tinggi. Koordinasi ini adalah fasa ayunan pergerakan tangan dan mata dilaksanakan dalam satu masa.
Berbalik semula kepada hukum fizik iaitu kekuatan dan degree.Istilah ini perlulah digunakan bagi menjelaskan faktor utama dalam kemahiran shooting. Semakin jauh jarak kedudukan boules untuk di shoot maka semakin meningkat ketinggian degree (sudut/darjah ayunan tangan).Manakala jika degree semakin meningkat maka semakin bertambahlah kekuatan ( kekuatan dalaman atlet ). Kekuatan tidak boleh dikawal oleh jurulatih kerana itu adalah kekuatan dalaman atlet sendiri.
Oleh itu, bagi meningkatkan kemahiran yang konsisten dalam aspek biomekanik shoot boules (petanque) ini. Atlet perlulah membuat latihan yang berterusan.
12/12/2021
Sharing is caring knowledge :-
Cikgu Afif 2021
Malaysian
FIPJP ( Federation International Petanque et jeu Provencal )
Sunday, 5 December 2021
PERKONGSIAN ILMU BOULES ( PETANQUE)
Secara kaedah bertinggung
Perkongsian ilmu buat atlet beginer.In Shaa Allah jika ada minat dan takat usaha yang tinggi boleh memberi impak yang positif kepada peningkatan prestasi atlet.
Dalam situasi pointing terdapat dua kaedah yang sesuai digunakan pertama adalah situasi bertinggung dan kedua adalah situasi secara berdiri.Kedua-dua kaedah ini boleh digunakan mengikut situasi yang sesuai.
Berdasarkan aspek biomekanik sukan petanque.Kaedah bertinggung lebih sesuai untuk situasi jarak yang dekat antara 6 meter hingga 8 meter.Jika situasi jarak yang jauh,lebih sesuai menggunakan kaedah secara berdiri kerana lebih jelas dan nampak permukaan yang sesuai (drop mark) untuk melepaskan boules jatuh ke permukaan.Elemen ini sangat penting untuk mendapatkan projectile motion yang lebih mantap dalam perlaksanaan kemahiran pointing dan shooting.
Walaubagaimanapun, perkara asas utama perlu diperkukuhkan dahulu iaitu cara pegangan boules,kedudukan kaki, pergerakan tangan,drop mark dan posisi badan yang betul.Perkara asas ini sangat membantu dalam proses peningkatan prestasi atlet dalam sukan petanque.
In Shaa Allah selepas ini,saya akan buat perkongsian ilmu berkaitan faktor utama dalam menghasilkan kemahiran shooting dan pointing yang baik.
Jurulatih boules (petanque)
Federation Internationale de Petanque et Jeu Provencal.
Cikgu Afif
4/12/2021
KEJOHANAN PETANQUE SIRKIT REMAJA KEBANGSAAN SIRI 6 2023
Syukur alhamdulillah target periodisasi tercapai selaku Jurulatih dapat melahirkan atlet berprestasi tinggi dalam masa setahun. Sejarah be...
-
Ada lima situasi dalam hal perolehan mata. 1 Mengira mata berdasarkan kedudukan bola terdekat dengan "jack". Seperti conto...
-
1. BOULE (bola) berbentuk bulat diperbuat daripada logam dan berongga dibahagian dalamnya, mempunyai garis pusat antara 70.5mm hingg...
-
Pentanque dimainkan atas gelanggang daripada pelbagai permukaan. Jawatankuasa pengelolaan boleh mengarahkan pasukan-pasukan bermain di ...