Tuesday, 17 November 2020

Petanque 8RRJ PARA

 Alhamdulillah selesai perkongsian ilmu kepada 8 Rejimen Ranjer DiRaja ( Para) untuk penambah baikkan gelanggang Petanque bagi persediaan Bakat Tentera. 




Semoga dipermudahkan semua urusan dan sukan petanque terus maju di bumi Malaysia. In shaa Allah amin

Majulah Sukan untuk Negara ! :) 

16/11/2020

Friday, 13 November 2020

Kejayaan pelajar PETANQUE




Alhamdulillah tiada apa yang membahagiakan sebagai seorang guru atau jurulatih, melainkan melihat anak didik nya berjaya mencapai ke target yang tertinggi dalam mencapai kecemerlangan dalam sukan Petanque. Periodiasi tercapai ! 

Tahniah Khairul Amirul tahun akhir SPM dari SMK Kem Terendak terpilih diwawancara bersama RTM dan masuk ke rancangan TV atas setiap kejayaan dalam Sukan Petanque. Semoga menjadi batu loncatan kepada atlet dan pelajar di sekolah. 

Sekali gus memartabatkan sukan Petanque di Malaysia . 

Majulah Sukan Petanque untuk Negara ;)
 

Thursday, 22 October 2020

Kursus Taktikal Sukan Petanque Pasukan PSKPP Kinta Selatan 2020


Alhamdulillah selesai dengan jayanya perkongsian ilmu bersama atlet di Kampar, Perak. SOP Tetap dijaga. Semoga perkongsian ilmu diberikan dapat menjadi batu loncatan untuk jadi lebih baik. 

Terima kasih kepada pihak pengurusan yang menjemput saya dalam program ini sebagai penceramah. Semoga ukhwah terbina terus kekal hingga ke Jannah. In shaa Allah. 

Majulah Sukan Petanque untuk Malaysia :) 

10/10/2020



















 

Klinik Asas Sukan Petanque SMK Kem Terendak, Melaka 2020


Alhamdulillah selesai perkongsian ilmu kepada para pelajar. Terima kasih semua memberi kerjasama dengan baik dalam menjaga SOP. 
Fokus utama pelajar 13 hingga 16 tahun. Tugas guru memberi minat dan dorongan utk mereka berjaya. 

1. Basic / asas latihan sukan petanque. 

5 perkara asas dalam sukan petanque untuk atlet beginer(baru) dalam sukan ini. 
I. Cara pegangan boules yang betul
ii. Kedudukan kaki yang betul
iii. Cara pegerakan tangan yang batul mengiku titik fasa ayunan tangan.
iv. Drop mark ( tempat jatuh boules/bola petanque yang betul).
v. Keadaan posisi badan yang betul ( badan statik tidak perlu digerakan) untuk menghasilkan koordinasi dalam kemahiran.

2. Sesi ujian kemahiran pointing soft lob - memerlukan teknik dan cara yang betul dalam sukan petanque.

3. Sesi permainan kecil ( feelings boules petanque) untuk atlet beginer.  

"Majulah sukan untuk negara "

“Obstacles don’t have to stop you. If you run into a wall, don’t turn around and give up. Figure out how to climb it, go through it, or work around it.”

7/10/2020










 

PANGGILAN PENCERAMAH PETANQUE


 Niat perkongsian ilmu semoga dipermudahkan olehNya, in shaa Allah amin. Antara salah satu amalan yang bawa ke mati adalah ilmu yang bermanfaat. 

I <3 Petanque Sport

Semoga dijauhi masalah COVID19. 

Jaga SOP setiap perkara dilakukan.

PENAMBAH BAIK GELANGGANG PETANQUE






Alhamdulillah setelah lama menyepi disebabkan COVID19. Kini kembali gelanggang Petanque dengan berwajah baru :) . 

Terima kasih pelajar yang setia membantu selama 2 hari untuk pembangunan Petanque di sekolah. Minggu depan kita mulakan klinik asas Petanque untuk semua warga Asrama Puteri SMK Kem Terendak, Melaka.

Terima kasih pihak pentadbir yang support juga pembangunan Petanque. <3

 

Penceramah Petanque Malaysia


Alhamdulillah hari Jumaat yang penuh barakah. Terima kasih Tuan Pengetua dan GPK 1 kerana meluluskan cuti saya untuk membuat perkongsian ilmu.

Semoga dipermudahkan semua urusan in shaa Allah amin.

Niat perkongsian ilmu dan perkongsian rezeki bersama. 

In shaa Allah. 

11/09/2020

Jumaat penghulu segala hari.

 

Perkongsian ilmu Shooting

 Sejak musim COVID19, lama tidak berkongsi ilmu Petanque. 

Harini buat perkongsian ilmu. ;) 

Atlet yang hebat bukan atlet yang hanya kekal menjadi JUARA sahaja. Tetapi atlet yang sentiasa belajar daripada kelemahan diri untuk menjadi lebih baik. 

Atlet yang bagus akan sentiasa mengangap diri nya seperti cawan yang kosong. Sentiasa menerima ilmu yang baru dari semua guru/ coach untuk tingkatkan prestasi diri ke arah yang lebih kompleks. 

Training make perfect (y) 

Permintaan seorang ibu, minta saya mengajar anaknya tentang asas utama dalam Sukan Petanque. Alhamdulillah tahniah, asas yang utama dan simple tapi memberi impak yang positif. 

Shoot on the iron ( Petanque Sport)

22/08/2020

Sunday, 9 August 2020

 TIPS IN PETANQUE SKILLS (SHOOTING)

Shooting Tips
1. Analyze the surface of the court
2.Define the target distance
3.Define shooting methods
4.Define foot position
5. Determine the strength and degree of backswing / follow through
6. Decide when to release the ball from the grip
7. Decide in your mind about the movements to be performed
8.Define self-confidence and mental strength.
~ Mohd Norafif 2019 ~
Coach Petanque
Sport Science Education
Training make perfect
Sharing n caring 1st.
Youtube link :-
Basic Petanque sport :- just click link
Training Petanque ( shoot on the iron )
Example training pointing :-
1. https://youtu.be/U4oobrU1P7k ( drop mark )
Examples for training shooting :-
1. Straight boules shooting
2. Defend boules shooting
3. Triangle boules shooting
See less
You and 60 others
15 comments
Like
Comment
Share

Sunday, 12 April 2020


SHARING IS CARING :-

Situasi ini boules dan jack masih sah dalam pertandingan. Situasi ini boleh digunakan dengan merujuk artikel 30 ( Jack /boules perlu dibersihkan dahulu sebelum pengukuran dilakukan) dalam undang-undang FIPJP.

 Tindakan yang sesuai dilakukan adalah :-

Sebagai atlet /arbiter :

1. Jika atlet masih ada boules bagi dua pihak, team yang boules paling hampir di kira point dan pihak lawan perlu jalan.

2. Jika boules kedua-dua pihak tiada, point diberi kepada jack yang paling hampir dengan Boules.

Boules Petanque Malaysia <3
12/4/2020

Tuesday, 31 March 2020


Niat perkongsian ilmu dari kursus under FIPJP ( Federation International Petanque et Jeu Provencal) 2020.

Negara luar di bahagian Eropah telah lama menerapkan latihan dalam kategori umur untuk memudahkan proses pengajaran latihan yang berkesan. Semua sukan mempunyai ciri latihan yang sama jika ingin melahirkan atlet cemerlang. 

Menurut Claude Raluy 2020 :

Kategori umur yang ditekankan dalam sukan Petanque adalah :-

1. 4 tahun hingga 7 tahun
-short time
-stability
-technique
Objective
Principle
Material
Installation

2. 7 tahun hingga 10 tahun
-Distance
-Area
-Position
-Competition

3. 10 tahun hingga 12/14 tahun
-Distance
-Area
-Position
-Competition

4. 12/14 tahun hingga 19 tahun
-Competition

5. 19 tahun ke atas
-colaborative
-analysis
-program

Perkongsian teori latihan mengikut umur ini bertujuan untuk semua para jurulatih atau guru-guru ( ibu bapa/cikgu) memahami ansur maju setiap proses kemenjadian atlet yang cemerlang.

Namun disebalik kategori umur ini, ia sebagai gambaran utk dijadikan garis panduan dalam perlaksanaan latihan. Walaubagaimanapun, sebagai jurulatih atau guru perlu mengetahui dan menguasai konsep asas PERIODISASI latihan yang berkesan untuk menjadikan pelajar/ atlet untuk lebih fokus dalam setiap isi kandungan latihan yang dilakukan.

Bak kata perpatah ' melentur buluh biarlah dari rebungnya' . Mungkin bukan mudah untuk melahirkan atlet yang cemerlang. Namun semuanya perlu bermula dari akar umbi iaitu dari rumah ( penerapan ibu bapa) mahupun sekolah(guru-guru/coach) / pengajian tinggi. Supaya sukan Petanque terus maju di serata dunia.

Sharing is caring <3
31/3/2020

19/1/2020
Kompleks Sukan Petanque, Thailand
Kursus Jurulatih Petanque Antarabangsa

Thursday, 5 March 2020


Senarai nama jurulatih Malaysia yang mendapat pengiktirafan FIPJP dan kelulusan petanque antarabangsa ( Federation International de Petanque Et jeu Provencal ). 2013-2020

Sharing is caring :-


Tuesday, 4 February 2020

Pesanan daripada Claude Raluy seorang tenaga pengajar dari France

Pesanan daripada Claude Raluy seorang tenaga pengajar dari France iaitu Jurulatih petanque dunia yang disegani under FIPJP ( Federation International de Petanque Et jeu Provencal).

Perkongsian buat bersama ( Para jurulatih / atlet ) :

Jika nak menjadi seorang jurulatih yang hebat bukan hanya perlu mendidik atlet dengan pengalaman semata-mata. Tetapi perlu berserta dengan teori dan perlaksanaan praktikal yang tinggi. Kerana pengetahuan teori yang tinggi akan mengenal kelemahan diri seorang jurulatih dan atlet untuk diperbaiki menjadi seorang jurulatih atau atlet yang hebat.

Setiap praktikal yang dilakukan berdasarkan kepada teori dan kajian lapangan berterusan bukan hanya kerana berdasarkan andaian pengalaman semata-mata.

Setiap atlet tidak akan hebat jika tidak memiliki seorang jurulatih yang hebat. :) Perkongsian ilmu yang baik akan membantu pembangunan diri seorang atlet dan jurulatih kearah berprestasi tinggi. In shaa Allah
Semoga bermanfaat buat semua penggiat sukan tanah air.

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA

Perkara wajib dikuasai oleh jurulatih :-

1. Observe
2. Listener
3. Skillful
4. Motivate
5. Adapt
6. Clear
7. Communication
8. Imagination
9. No discrimination
10. Feed back
11. Good organization

Trainee International World
~CLAUDE RALUY 2020 ~
Sharing is caring 1st


Alhamdulilah selesai akhirnya ujian bertulis dan praktikal bagi Kursus Jurulatih Petanque Antarabangsa FIPJP 2020. Kursus ini berakhir dengan makan malam perpisahan antara semua peserta dari negara lain. 

Terima kasih kepada my sifu Claude Azema dan Claude Raluy dari France yang banyak memberikan tunjuk ajar teori dan praktikal dalam proses kemenjadian Jurulatih International. Tidak lupa kepada group Thailand dan AJK pelaksana ABSC ( Asean Boules Sport Confederation) yang banyak membantu dan menjayakan kursus ini. Begitu juga pihak marathon yang banyak sponsor kami dalam program ini. 

Semoga ilmu ini dapat membantu perkongsian kepada semua jurulatih dan atlet di Malaysia. Niat baik in shaa Allah, Allahswt akan bantu. 

Majulah Sukan untuk Negara :) 

Yesterday is history, tommorow is mystery, today is God's gift, that's why we call it the present.

18/1/2019










KEJOHANAN PETANQUE SIRKIT REMAJA KEBANGSAAN SIRI 6 2023

  Syukur alhamdulillah target periodisasi tercapai selaku Jurulatih dapat melahirkan atlet berprestasi tinggi dalam masa setahun. Sejarah be...