Tuesday, 31 March 2020


Niat perkongsian ilmu dari kursus under FIPJP ( Federation International Petanque et Jeu Provencal) 2020.

Negara luar di bahagian Eropah telah lama menerapkan latihan dalam kategori umur untuk memudahkan proses pengajaran latihan yang berkesan. Semua sukan mempunyai ciri latihan yang sama jika ingin melahirkan atlet cemerlang. 

Menurut Claude Raluy 2020 :

Kategori umur yang ditekankan dalam sukan Petanque adalah :-

1. 4 tahun hingga 7 tahun
-short time
-stability
-technique
Objective
Principle
Material
Installation

2. 7 tahun hingga 10 tahun
-Distance
-Area
-Position
-Competition

3. 10 tahun hingga 12/14 tahun
-Distance
-Area
-Position
-Competition

4. 12/14 tahun hingga 19 tahun
-Competition

5. 19 tahun ke atas
-colaborative
-analysis
-program

Perkongsian teori latihan mengikut umur ini bertujuan untuk semua para jurulatih atau guru-guru ( ibu bapa/cikgu) memahami ansur maju setiap proses kemenjadian atlet yang cemerlang.

Namun disebalik kategori umur ini, ia sebagai gambaran utk dijadikan garis panduan dalam perlaksanaan latihan. Walaubagaimanapun, sebagai jurulatih atau guru perlu mengetahui dan menguasai konsep asas PERIODISASI latihan yang berkesan untuk menjadikan pelajar/ atlet untuk lebih fokus dalam setiap isi kandungan latihan yang dilakukan.

Bak kata perpatah ' melentur buluh biarlah dari rebungnya' . Mungkin bukan mudah untuk melahirkan atlet yang cemerlang. Namun semuanya perlu bermula dari akar umbi iaitu dari rumah ( penerapan ibu bapa) mahupun sekolah(guru-guru/coach) / pengajian tinggi. Supaya sukan Petanque terus maju di serata dunia.

Sharing is caring <3
31/3/2020

19/1/2020
Kompleks Sukan Petanque, Thailand
Kursus Jurulatih Petanque Antarabangsa

No comments:

Post a Comment

KEJOHANAN PETANQUE SIRKIT REMAJA KEBANGSAAN SIRI 6 2023

  Syukur alhamdulillah target periodisasi tercapai selaku Jurulatih dapat melahirkan atlet berprestasi tinggi dalam masa setahun. Sejarah be...