Sunday, 4 August 2019

TIP-TIP DALAM KEMAHIRAN SUKAN PETANQUE

TIP-TIP DALAM KEMAHIRAN SUKAN PETANQUE ( SHOOTING )
Perkongsian bersama.

Tip-tip Shooting

1.Analisa permukaan gelanggang
2.Tentukan jarak sasaran
3.Tentukan kaedah shooting
4.Tentukan kedudukan kaki
5.Tentukan kekuatan dan darjah hayunan backswing/follow through
6.Tentukan masa melepaskan bola daripada genggaman
7.Tentukan dalam minda tentang pergerakan yang akan dilakukan
8.Tentukan keyakinan diri dan kekuatan mental.

~Afif 2019~
Jurulatih Petanque
Sport Science Education

Training make perfect
Sharing n caring 1st.

http://www.wasap.my/60146627950/petanque

My website blog
http://afifpetanque.blogspot.com/?m=1

Sunday, 6 January 2019

~Kejohanan Petanque Terbuka Kebangsaan Melaka 2018~


Kejohanan terbuka kebangsaan Melaka dapat sambutan dari seluruh Malaysia dan juga negara luar. Tahniah penganjur Melaka . Selesai 1st day , continue pertandingan pada hari esok. Semoga dipermudahkan semua urusan warga petanque Malaysia.
29-30/12/2018







Training make perfect !! 
Jurulatih Sukan Petanque
Atlet Sukan Petanque

29-30/12/2018

Friday, 31 August 2018

PENGEDAR DAN PENJUAL PERALATAN SUKAN PETANQUE MALAYSIA

 En. Mohd Norafif

CONTACT NO- 0146627950 atau click whatsap ini ->  http://www.wasap.my/60146627950/petanque

Face Book PAGE - BOULES PETANQUE atau click link ini -> https://m.facebook.com/boulepetanqueMas/?ref=bookmarks

Gambar dibawah ini adalah contoh gambar peralatan sukan petanque yang dijual. Antara yang dijual adalah jenama LAFRANCE, OBUT, dan BOUNCIAL IRIS.


  • LAFRANCE adalah jenama yang diimport dari negara Thailand. Jika atlet yang beginer sesuai menggunakan bola ini kerana harga yang rendah.
  • OBUT adalah jenama yang diimport dari negara Francis. Jika atlet yang beginer dan frofesional juga boleh menggunakan bola jenama ini kerana jenama obut mempunyai harga yang berpatutan untuk yang mampu milik dan jenama ini mementingkan kualiti dan bagus digunakan.
  • BOUNCIAL IRIS adalah jenama yang berkualiti yang diimport daripada ITALY. Jenama dan bola ini bagus untuk atlet yang profesional kerana lapisan boules yang berkualiti.
Jika berminat boleh privacy massage di talian no ini . atau lebih mudah whatsap sahaja ya.

http://www.wasap.my/60146627950/petanque
http://www.wasap.my/60146627950/petanque
http://www.wasap.my/60146627950/petanque






















Wednesday, 7 March 2018


Bila orang yg xmengenali sukan petanque merasakan Sukan petanque adalah sukan biasa2 dan tidak membawa kemana2. Tetapi bagi atlet yg telah menjiwai sukan petanque, sebenarnya sukan petanque adalah sukan paling mencabar kerana bermain dgn psikologi dan banyak faktor persekitaran.
Sebagai perkongsian dan pengalaman saya sebagai mantan pensyarah sukan petanque, jurulatih, dan atlet petanque. Sukan petanque kini penting di alam universiti kerana banyak IPT telah bersaing utk mencipta nama dalam kejohanan SUKIPT, MASUM, AUG dan PIALA KPM PETANQUE. Sekaligus mahasiswa dan siswi yg mempunyai Ilmu dan pengalaman sukan Petanque boleh menjadi pencorak generasi akan dtg terutamanya di alam sekolah. Hal ini kerana di sekolah skrg mmerlukan tenaga pengajar yg bagus dalam sukan Petanque utk sekolah berlumba mencipta nama dalam kejohanan penting seperti Koperasi Angkasa dan kejohanan2 melibatkan sukan ini.
Melalui kejohanan ini tlh menjadi batu loncatan kepada stiap persatuan negeri utk memilih insan2 pelajar yg dapat mewakili dalam dunia SUKMA, sterusnya dapat menyusun bakat2 baru keperingkat tertinggi (Antarabangsa) antaranya sukan SEA, Komanwel, dan sebagainya. Jika dulu sukan ini tidak mendapat perhatian dalam Malaysia. Kini saya bangga sebagai warga dunia petanque. Sukan ini telah menjadi salah satu sukan berprestasi tinggi dan banyak dalam Malaysia menjadikan sukan petanque adalah sukan kebitaraan. Sbgai contoh MAKSAK, MSKPP, SUKUM dan banyak lagi..
Sebagai atlet yg tidak pernah mengenali petanque jgn lah memandang rendah pada sukan ini. Kerana sukan ini juga menjadikan ramai atlet di sekolah dan universiti memegang anugerah sukan terbaik dan mampu mengimbangi akademik dan kokurikulum. So tidak heran jika ada rakan atau anak2 kita utk cuba menceburi sukan ini kerana sukan ini paling unik dan boleh dipelajari semua lapisan, sama ada OKU, pendidikan Khas, junior, remaja, dewasa dan warga vateren https://static.xx.fbcdn.net/images/emoji.php/v9/f4c/1/16/1f642.png:). Bila sebutje veteran teringat pengalaman paling tidak dapat saya lupakan iaitu atok saya sndiri sebelum dia meninggal dunia sempat berlatih dan berlawan dengan dia, walaupun usia nak menjelang 80 an still boleh bermain sukan ini. Sehari selepas latihan, sy gerak dari JB ke port dikson. Sampai sahaja singgah tidur masjid port dikson mcm merempat je tapi semangat utk support dan join kejohanan anjuran N9 tetap gigih dtg. Berkat doa atok saya dapat juga hadiahkan tempat ke3 drpda 170 team kejohanan Petanque Kemerdekaan Port Dikson Kebangsaan 2015. Time tu separuh akhir bertemu cikgu Jani Tauke Bola dan Syed Akmal Fikri . Walaupun saya xsehebat atlet dunia, tetapi saya punya naluri minat utk membangunkan sukan Petanque amat tinggi dan berusaha mencipta banyak sejarah dalam dunia petanque.
Walaupun saya bukan bermula sbgai atlet SUKMA tetapi sukan ini di universiti telah menjadi satu ilham utk saya terus mendalami dan kini utk terus melanjutkan kajian ke tahap master berkaitan sukan petanque, in shaa Allah ke PHD jua. Terima kasih kepada semua otai2 sukan petanqueAtif Sheikh Ismail Benabad, muhammad Amiruddin Abdul HalimNasir Mohd Noor , Asiah Pilus , Zatul Hijanah dan ramai lagi yg terkira ramainya.. Saya doakan semoga sukan ini terus cemerlang. Seterusnya seluruh persatuan, kelab dan pengurusan tertinggi PPM (Persekutuan Petanque Malaysia) sentiasa bersatu hati membangunkan sukan Petanque tanah air ke persada dunia https://static.xx.fbcdn.net/images/emoji.php/v9/f4c/1/16/1f642.png:). In Shaa Allah amin. K mungkin ini sahaja sedikit perkongsian saya. Selebihnya boleh follow blog sayahttp://afifpetanque.blogspot.my/?m=1 . Apa2 tq kepada semua insan yg support dan bantu saya dalam memajukan dalam dunia petanque. Jika ada salah silap mohon ampun dan maaf.. Sekian https://static.xx.fbcdn.net/images/emoji.php/v9/f4c/1/16/1f642.png:)
#EnAfif
#luahanHati 
https://static.xx.fbcdn.net/images/emoji.php/v9/f4c/1/16/1f642.png:)


Sunday, 17 September 2017

BOULE PETANQUE

Jualan boule petanque semua jenama dijual. Boleh berhubung dengan saya untuk mendapatkan info terkini dan semua jenis bola serta harga bola di pasaran. Boule petanque yang dijual berjenama OBUT, BOUNCIAL IRIS, LAFRANCE dan MARATHON. OBUT di keluarkan oleh negara Francis,  BOUNCIAL IRIS negara Italy dan LAFRANCE negara Thailand manakala MARATHON keluaran Malaysia. Boleh berhubung dengan saya En. Afif untuk makluman lebih lanjut.

tekan link dibawah ini :-
http://www.wasap.my/60146627950
http://www.wasap.my/60146627950
  • 0146627950
  • 0146627950
  • 0146627950

Buku modul asas petanque juga dikeluarkan. Buku petanque pertama kali diterbitkan dalam dunia yang mengandungi semua info berkaitan, sejarah, undang-undang, cara asas dalam permainan petanque dan juga cara menangani emosi dalam sukan petanque. Modul ini akan diterbitkan berperingkat lagi. bagi berminat boleh berhubung ngan saya dalam talian Whatsap diatas. 

Saturday, 12 August 2017

Analisis jenis-jenis boules

Dalam permainan petaque, bola merupakan salah satu aspek yang penting untuk pemain. Terdapat beberapa jenis bola petaque yang mampu mempengaruhi corak permaian pemain tersebut dan pemain perlu memilih bola yang sesuai dalam pertandingan petaque. Melalui jadual yang diberikan, pengeluar bola petaque juga berbeza-beza mengikut jenis bola tersebut. Bola petaque terbahagi kepada tiga jenis iaitu bola keras ( hard boules), sederhana keras ( semi soft boules) dan bola lembut (soft boules) Harga bagi setiap jenis bola petaque juga mempunyai perbezaan mengikut kepada syarikat pengeluaran dan jenis-jenis bola tersebut. Jadual dibawah merupakan contoh-contoh bola petaque dan contoh harga bagi jenis-jenis bola:- 

 Contoh gambar jenis boules:- Bola keras ( hard boules) bola sederhana keras Bola lembut ( semi soft boules) (soft boules ) BOULE I’ARTISANALE Pengeluar boule I’atrisanale ialah dari syarikat M.Edouard Dussauze, 14 roe Joseph Pupier 42100 Saint Etiene. 

 Jenama bola I’artisanale ialah ARTT, ART,ARD,ARTTA dan ARTTI. Selain itu syarikat M.Edoyard Dussauze juga turut mengeluarkan bola jenis AZER S.A. Bola jenis AZERA S.A ialah INOV-TOP, INOV-PLUS, INOV-XT,INOV-XI, AZER-TOP,AZER-PLUS,AZER-XT,AZER-XI. Berikut Merupakan Jenis-Jenis Bola Azer:- BOLA AZER XT BOULE BLEUE Bola jenis Bleue telah dikeluarkan oleh syarikat ZI de la Valentine yang beralamat di 13396 MARSEILLE Codex 11, 

 Jenis-jenis label pada bola jenis Bleue ini ialah BOULE ROFRITSCH, SUPER CARBONE, SUPER INOX, CARBONE 115, CARBONE 120, PRESTIGE INOX, PRESTIGE CARBONE, INOX 115, R.120, BLEUE INOX, INOX 120, R.BLEUE. SUPER CARBONE SUPER INOX ROFRITSCH BOULE ELTE Jenama ini telah dilancarkan pada tahun 1930.

 Boule elte ini diperbuat daripada keluli. Boule elte ini terdiri daripada pelbagai jenis label. Antaranya adalah A36, LT, INOX LT, MC, RL, RLM. BOULE INTEGRALE Pengeluar bagi Boule Integrale adalah dari Perancis yang beralamat 96 Rue Marius Berlet 690009 LYON. Tel : 04 78008585 Fax : 04 78009278. 

Jenama Boule Integrale ini terdiri daripada pelbagai jenis antarnya adalah BRONZE AS DE CARREAU AC, ACER INOX DUR iaitu bola yang jenis tahan karat. Selain itu terdapat juga bola yang jenis keluli tahan karat yang bersifat lembut iaitu bola jenis ACIER INOX TENDRE. 

Jenis bola yang lain pula adalah ACIER TRAITE BRILLANT, ACIER TRAITE, ACIER CARBONE, MARQUAGE COMMUIN, NOIR (Bola berwarna hitam), AC, I,ITR, ITR3, CZ, AS, DTI dan boule jenis INT Contoh Jenis Boule Integrale BOULE NOIRE Syarikat pengeluar jenama Boule Noire ini telah ditubuhkan pada tahun 1967 oleh Edouard Couloubrier berhampiran Toulon. Syarikat ini berpusat berpusat di Saint-Bonnet-le-Château, iaitu beralamat 4238 Sant Bonnet Le Chateau, France Boule Noire ini mengeluarkan pelbagai jenis boule antaranta adalalah Z COU, CR COU, XC COU, XR COU****, SUPER COU, CX COU**** (separa lembut, 120 Kg / mm2), ZX COU, BUCARO, SOLEIL 110, TON’R, TON’R 110 (keluli karbon), TON’R 180, TON’R TON’R, X COU (sangat lembut, 110 Kg / mm2), COU, COU, *COU, BUCARO GTI, BUCARO SLEIL, OKARA OKARA, OKARA SOLEIL, OKARA SOLEIL 110. 

 Contoh Jenis Boule Noire BOULE IDEALE Pengeluar bagi jenama Boule Ideale sangat sikit berbanding pengeluar boule lain antaranya adalah IDS, IDC, IDI, IDN, ID. BOULE J.B Syarikat bagi Jenama Boule J.B ini ditubuhkan pada tahun 1927 oleh John White. Ianya berpusat di BP 35 42380 Saint Bonnet Le Chateau, France. 

 Selepas itu pada tahun 1990 La Boule Obut telah membeli jenama ini dan pada tahun La Boule Obut telah berhenti mengeluarkan jenis bola tersebut.. Anatara jenis Boule J.B adalah JB, XXXX, CAP 115, X, X JB X, 110, JB JB, MI 16, JB 110, JBM30, Contoh Jenis Boule J.B Antara pengeluar bola boule yang seterusnya ialah Boule OBUT yang beralamat 5, route du Cros 42380 SAINT BONNET LE CHATEAU. Mereka mengeluarkan bola boule yang mempunyai label seperti:- 1- OBUT ATX Bola ini merupakan bola yang yang terbaik untuk pemain petanque. Bola boule ini merupakan bola yang terkenal di Perancis dan seluruh negara. Bola boule ini diperbuat daripada keluli tahan karat. Oleh itu bola boule ini merupakan bola yang bermutu dan terbaik. Saiz diameter bola bouler ini ialah 20 cm. 2- OBUT MATCH 120 TR Bola ini adalah bola separa lembut. Ia diperbuat daripada keluli karbon. Bola ini merupakan bola yang serba boleh tanpa memiliki had gaya penggunaannya. Bola ini juga mempunyai lapisan anti karat yang hanya memerlukan penyelenggaraan lampu biasa untuk mencegah pengoksidaan. Bola ini mempunyai ciri-ciri seperti semi lembut, diameter 50.5mm hingga 76mm dan berat dari 650g hingga 730g. 3- OBUT A.T.C A.T.C merupakan sejenis bola semi keras. Bola ini mudah putih berseri jika dicuci. Namun begitu bola ini ada keburukan atau kecacatan kerana ia mudah mengalami pengaratan di bahagian dalam bola tersebut. 4- OBUT A.T.R OBUT ATR merupakan bola berjenis semi lembut dan beratnya 120g. Bola ini diperbuat daripada karbon keluli bersalut dan satin. Ia digunakan di atas permukaan tanah yang keras. Penjagaan bola ini sangat mudah kerana hanya perlu menyapu dengan tuala sehingga kering dan disapukan minyak bagi mengelak karat. 5- OBUT A.T.S OBUT ATS merupakan bola generasi yang lama. Bola ini berjenis karbon lembut dan serba boleh. Ia merupakan bola yang yang sangat bagus digunakan dalam pelbagai keadaan. Bola ini tidak mudah haus. 6- OBUT INOX ½ TRENDRE Bola ini pula diperbuat daripada keluli tahan karat agar mutu bola ini terjamin. Corak di perermukaan bola tersebut membuatkan pemegang bola tersebut memegang bola dengan lebih kuat. Ia juga bagus digunakan di atas batu-batu kecil atau tanah sablette. Penyelenggaraannya juga mudah dan murah. 7- OBUT MATCH OBUT MATCH juga merupakan bola yang sangat baik kerana diperbuat daripada karbon yang terbaik. Ia juga merupakan sejenis bola yang sangat tepat pada sasaran. Ia bertindak dengan cara yang lembut tetapi impak yang hebat ketika melakukan shooting. 8- OBUT LEADER OBUT LEADER diperbuat daripada karbon manakala kekerasan pula 140 kg/mm2. Ia mempunyai daimeter 73mm hingga 76mm dan berat 680g hingga 720g. Bola ini berwarna hitam. 9- OBUT RCX OBUT RCX merupakan bola yang mempunyai rekod yang tertinggi dalam obut. Ia mempunyai kekerasan yang sangat keras namun tindakbalas yang lembut. Bola ini direka secara teliti dan menggunakan keluli tahan karat yang terbaru. Bola ini bagus digunakan secara serangan terus dan ia juga tahan lantunan. Bola ini berukuran 72mm hingga 76mm dan beratnya 680g hingga 710g. 10- OBUT RCC Bola ini merupakan generasi kedua keluaran obut. Bola ini juga menggunakan besi berjenis karbon yang terbaru. Bola ini dapat menyerap impak daripada lontaran yang dilakukan yang memyebabkan bola ini kurang melantun jika dilontar di atas permukaan tanah yang keras. Selain itu obut juga mengeluarkan beberapa jenis lagi bola iaitu OBUT DURE, OBUT OBUT, OBUT ATC, OBUT PRO, OBUT GR dan OBUT Nexius. Pengeluar yang seterusnya ialah Boule EURL-OPOINT. Pengeluar ini mengeluarkan beberapa jenis bola iaitu EDEN 110, MAGIC 110, EDEN 120, MAGIC 120, EDEN 130 dan MAGIC 130. 

 Seterusnya, pengeluar yang mengeluarkan bola ialah Boule PI-DN dan beralamat 638 avenue Nicolas Fabri de Peiresc ZI Toulon Est-028 83087 TOULON Cedex 9. Mereka mengeluarkan bola berjenis Pi-DN, PI-DN (I)(I)(I)(I) dan PI DN (I)(I)(I). BOULE UNIC pula dikeluarkan di Le Suc de la Roue 42380 SAINT BONNET LE CHATEAU. Mereka mengeluarkan bola yang berlabel UNIC, UNIC UNIC, UNIC 110, UNIC TOURNOI dan UNIC INOX. Bola ini diperbuat daripada keluli karbon dengan permukaan krom dan harganya sangat berpatutan. Bola ini sangat berkualiti dan kekerasan keluli 125kg/mm2. Ia mempunyai diameter 72mm hingga 76mm dengan 1 hingga 4 jalur. 

Bola ini juga dijamin tahan lama berbanding bola yang lain. BOULE V.M.S PLOT Diatas merupakan jenis-jenis boule V.M.S PLOT yang boleh didapati di Seige: ODIVAL BP46, 52800 NOGENT, Tel: 03 25 31 85 79 atau fax: 03 25 31 62 65. Antara label jenis boule ini seperti MS TORTUE, MS CZ, 2110, MS L’IT, MS X, MS X15, MS A15, MS 120. GEOLOGIC-DECATHLON CAMPUS Diatas pula merupakan boule bagi Geologic – Decathlon Campus yang boleh di dapati 59650 Vileneuve d’Ascq. Terdapat dua label bagi jenis boule ini iaitu geologic pro csd dan geologic pro css (1/2 tendre). KTK S.A.S Diatas merupakan jenis-jenis boule bagi boule KTK S.A.S. Boule ini boleh didiapati di Zone INNOVA 3000, 3, rue de industrie, 88150 Thaon Les Vosges.

 Antara label boule bagi jenis ini ialah PRO CAR (PC), PRO INOX (PX) dan DR by KTK. STI LA BOULE ABS Gambar diatas pula merupakan jenis boule bagi S T I LA BOULE ABS. Boule ini boleh didapati di Mr. Michel BLANC 1, rue Copernic, 13646 ARLES CEDEX atau boleh hubungi tel: 04 90 49 53 13. Label jenis boule ini adalah ABS. BOULE DECOTEL Dalam sukan petanque, boule adalah nama bagi bola yang digunakan untuk membuat lontaran atau balingan semasa permainan. Boule yang di gunakan adalah berbentuk bulat dan diperbuat daripada logam serta berongga di bahagian dalamnya. 

Selain daripada itu, ia turut mempunyai garis pusat antara 70.5mm (minimum) hingga 80mm (maksimum) dan berat antara 650gram (minimum) hingga 800gram (maksimum). Tanda pengeluar dan berat hendaklah tertera di atas bola dan sentiasa dapat dilihat dengan jelas bagi memastikan boule tersebut sah dan boleh digunakan semasa kejohanan atau pertandingan. Boule yang digunakan dalam pertandingan mestilah telah diluluskan oleh badan antarabangsa (FIPJP) atau persekutuan petanque kebangsaan (PPM). 

 Terdapat pelbagai jenis boule yang digunakan dalam permainan petanque. Antaranya adalah I. Boule Blanche (BB-INOX & BB-AC), II. Boule La France (SS01, FBT THAILAND, SM”BF-BC” & SB), III. Boule Fonderia F,A,M-S.A.S, IV. Boule M.T. Tours (S A002 & M 7000 22001) dan V. Boule Obut. Setiap jenis boule boleh didapatkan melalui syarikat pengeluar seperti yang terdapat dalam lampiran di bawah. Gambar 1 : pengeluar dan jenama bola Gambar 2 : pengeluar dan jenama bola Gambar 3 : pengeluar dan jenama bola pengeluar dan jenama bola Penggunaan bola La France dan Plustong sangat popular di Malaysia terutamanya dalam kalangan pelajar dan pemain baru (amatur) yang hendak berjinak dalam permainan ini. 

Hal ini disebabkan faktor harga bola ini lebih murah jika dibandingkan dengan yang lain dan mudah untuk didapatkan. Kos bagi bola La France untuk 1 set (3biji) adalah dalam lingkungan Rm260.00 manakala kos bagi bola Plustong adalah dalam Rm250 untuk 1 set iaitu 3biji. Manakala, boule obut juga merupakan antara boule yang sering digunakan oleh atlit petanque terutamanya di Malaysia kerana bola jenis ini ringan dan selesa. Kesemua bola di atas mempunyai saiz dan berat yang berbeza dan sangat fleksibel untuk pemain membuat pilihan. Kos bola untuk jenama Obut adalah dalam lingkungan Rm450 1 set (3biji). Pemilihan boule dalam kalangan pemain petanque adalah berdasarkan beberapa aspek antaranya adalah diameter Boule. Diameter boule ini dipilih berdasarkan pada ukuran tangan pemain. Berat dan kekerasan Boule tergantung pada preferensi pemain dan gaya bermain. “Pointer” cenderung memilih boule lebih berat dan lebih keras, sementara “penembak” sering pilih boule lebih ringan dan lebih lembut kerana lebih mudah untuk “pointer” untuk mengutip mata dan “shooter” untuk mengeluarkan bola pihak lawan.

Jika tuan atau puan mahu maklumat lebih lanjut dan ingin mendapatkan buku modul petanque boleh hubungi saya En Mohd Norafif : 0146627950

Kejohanan Boules Petanque Remaja Kebangsaan Pudu Ulu Kuala Lumpur 2025

Kejohanan Boules Petanque Remaja Kebangsaan Pudu Ulu Kuala Lumpur 2025 Syukur alhamdulillah selesai amanah dan tanggungjawab selaku Jurulati...