Bila orang yg xmengenali sukan petanque merasakan Sukan petanque adalah
sukan biasa2 dan tidak membawa kemana2. Tetapi bagi atlet yg telah menjiwai
sukan petanque, sebenarnya sukan petanque adalah sukan paling mencabar kerana
bermain dgn psikologi dan banyak faktor persekitaran.
Sebagai perkongsian dan pengalaman saya sebagai mantan pensyarah sukan
petanque, jurulatih, dan atlet petanque. Sukan petanque kini penting di alam
universiti kerana banyak IPT telah bersaing utk mencipta nama dalam kejohanan
SUKIPT, MASUM, AUG dan PIALA KPM PETANQUE. Sekaligus mahasiswa dan siswi yg
mempunyai Ilmu dan pengalaman sukan Petanque boleh menjadi pencorak generasi
akan dtg terutamanya di alam sekolah. Hal ini kerana di sekolah skrg mmerlukan
tenaga pengajar yg bagus dalam sukan Petanque utk sekolah berlumba mencipta
nama dalam kejohanan penting seperti Koperasi Angkasa dan kejohanan2 melibatkan
sukan ini.
Melalui kejohanan ini tlh menjadi batu loncatan kepada stiap persatuan
negeri utk memilih insan2 pelajar yg dapat mewakili dalam dunia SUKMA,
sterusnya dapat menyusun bakat2 baru keperingkat tertinggi (Antarabangsa)
antaranya sukan SEA, Komanwel, dan sebagainya. Jika dulu sukan ini tidak
mendapat perhatian dalam Malaysia. Kini saya bangga sebagai warga dunia
petanque. Sukan ini telah menjadi salah satu sukan berprestasi tinggi dan
banyak dalam Malaysia menjadikan sukan petanque adalah sukan kebitaraan. Sbgai
contoh MAKSAK, MSKPP, SUKUM dan banyak lagi..
Sebagai atlet yg tidak pernah mengenali petanque jgn lah memandang
rendah pada sukan ini. Kerana sukan ini juga menjadikan ramai atlet di sekolah
dan universiti memegang anugerah sukan terbaik dan mampu mengimbangi akademik
dan kokurikulum. So tidak heran jika ada rakan atau anak2 kita utk cuba
menceburi sukan ini kerana sukan ini paling unik dan boleh dipelajari semua
lapisan, sama ada OKU, pendidikan Khas, junior, remaja, dewasa dan warga
vateren :). Bila sebutje veteran teringat pengalaman paling tidak dapat saya
lupakan iaitu atok saya sndiri sebelum dia meninggal dunia sempat berlatih dan
berlawan dengan dia, walaupun usia nak menjelang 80 an still boleh bermain
sukan ini. Sehari selepas latihan, sy gerak dari JB ke port dikson. Sampai
sahaja singgah tidur masjid port dikson mcm merempat je tapi semangat utk
support dan join kejohanan anjuran N9 tetap gigih dtg. Berkat doa atok saya
dapat juga hadiahkan tempat ke3 drpda 170 team kejohanan Petanque Kemerdekaan
Port Dikson Kebangsaan 2015. Time tu separuh akhir bertemu cikgu Jani Tauke
Bola dan Syed Akmal Fikri .
Walaupun saya xsehebat atlet dunia, tetapi saya punya naluri minat utk
membangunkan sukan Petanque amat tinggi dan berusaha mencipta banyak sejarah
dalam dunia petanque.
Walaupun saya bukan bermula sbgai atlet SUKMA tetapi sukan ini di
universiti telah menjadi satu ilham utk saya terus mendalami dan kini utk terus
melanjutkan kajian ke tahap master berkaitan sukan petanque, in shaa Allah ke
PHD jua. Terima kasih kepada semua otai2 sukan petanqueAtif Sheikh Ismail Benabad,
muhammad Amiruddin Abdul Halim, Nasir Mohd Noor , Asiah Pilus , Zatul Hijanah dan ramai lagi yg
terkira ramainya.. Saya doakan semoga sukan ini terus cemerlang. Seterusnya
seluruh persatuan, kelab dan pengurusan tertinggi PPM (Persekutuan Petanque
Malaysia) sentiasa bersatu hati membangunkan sukan Petanque tanah air ke
persada dunia :). In Shaa Allah amin. K mungkin ini sahaja sedikit perkongsian saya.
Selebihnya boleh follow blog sayahttp://afifpetanque.blogspot.my/?m=1 .
Apa2 tq kepada semua insan yg support dan bantu saya dalam memajukan dalam
dunia petanque. Jika ada salah silap mohon ampun dan maaf.. Sekian :)
#EnAfif
#luahanHati :)
#EnAfif
#luahanHati :)
No comments:
Post a Comment