Monday 7 August 2023

Atlet Terpilih 5th Asian Championship 2023

Alhamdulillah syukur syabas dan tahniah atlet saya telah melepasi permilihan akhir dan terpilih mewakili Malaysia dalam kejohanan 5th Asian Petanque Championship 2023. 

Kpi baru bagi tahun ini selaku Jurulatih. Tahniah buat Akid Iskandar kerana telah membuktikan kejayaan ini. Walaupun belum cukup 1 tahun bersama dalam dunia petanque, tapi awak telah buktikan kejayaan hasil dari kemahiran asas yang betul dan latihan yang berterusan dapat membuahkan hasil. 

Semoga kejayaan ini menjadi batu loncatan buat atlet yang lain untuk terus berjaya. Buat yang terbaik untuk mengharumkan nama Malaysia di persada dunia. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Majulah sukan untuk negara ! 

7 Ogos 2023

"Atlet zero to hero"
Malaysian Boules Sports Federation 
Boules Sports Melaka 
Majlis Sukan Negara Malaysia 
#msnmelaka 
#jpnmelaka



 

No comments:

Post a Comment

KEJOHANAN PETANQUE SIRKIT REMAJA KEBANGSAAN SIRI 6 2023

  Syukur alhamdulillah target periodisasi tercapai selaku Jurulatih dapat melahirkan atlet berprestasi tinggi dalam masa setahun. Sejarah be...