Sunday 26 February 2023

PEMBINAAN GELANGGANG PETANQUE

 Alhamdulillah cuti sekolah manfaatkan program bersama komuniti setempat. Syukur selepas satu persatu usaha dilakukan bagi penambah baikkan gelanggang boules petanque untuk kegunaan semua  warga taman indah dan sekitarnya. 

Gelanggang sudah siap dibina dan mendapat sambutan.  Proses menaikkan tiang lampu dan boleh digunakan di waktu malam. 

In shaa Allah next time usaha membesarkan gelanggang dan mendapatkan bumbung bersama AJK tertinggi Taman Indah. 

Terima kasih kepada Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali atas sumbangan, tidak lupa juga Presiden Persatuan Boules Melaka Prof Madya Rawi, Pengerusi Taman En Roslee, AJK Taman En Ramli,  Su Ann, bekas pengerusi taman En Mansor atas sumbangan skor board, dan semua yang membantu serta menyokong antara satu sama lain. 

Usaha lebih in shaa Allah akan dapat lebih. Semoga dipermudahkan segala urusan amin.  

Majulah sukan untuk negara !

26/2/2023









No comments:

Post a Comment

KEJOHANAN PETANQUE SIRKIT REMAJA KEBANGSAAN SIRI 6 2023

  Syukur alhamdulillah target periodisasi tercapai selaku Jurulatih dapat melahirkan atlet berprestasi tinggi dalam masa setahun. Sejarah be...