Sambil training atlet bolehlah tingkatkan juga kemahiran prestasi diri. Kuatkan asas dalam sukan boules petanque. Latihan yang berterusan dapat meningkatkan kemahiran yang lebih terbaik.
Perkongsian ilmu bersama :
Dari segi kajian tindakan yang saya dapat, ramai yang tidak dapat menguasai asas shooting boules petanque dengan baik disebabkan faktor paling utama adalah 5 perkara asas seperti cara pegangan, kedudukan kaki, pergerakan tangan, fasa boules jatuh ke drop mark, dan akhir sekali posisi badan yang betul.
Asas ini nampak simple atau mudah tapi sangat mempengaruhi ketepatan boules. Sebelum ingin berubah dan meningkatkan jarak shooting. Perkara pertama adalah betulkan asas. Seterusnya barulah lihat perkara lain seperti psikologi. Psikologi ini lebih berkait rapat dengan mental atau permikiran. Psikologi ini sangat kuat diperlukan dalam sukan petanque kerana ketika melakukan shooting faktor persekitaran, masa dan point pihak lawan sangat mempengaruhi prestasi permainan. Jadi selaku atlet yang baik, faktor ini perlu diatasi dengan baik.
Latihan yang berterusan dapat meningkatkan koordinasi atlet dengan baik. ;)
Majulah sukan untuk negara !
7/06/2022
Coach/ Cikgu Afif
No comments:
Post a Comment