Alhamdulillah selesai majlis penyampaian sijil penghargaan sebagai jurulatih petanque daripada BAKAT 10 BRIDGED ( PARA).
Tahniah kepada atlet-atlet petanque yang telah berjaya mendapat tempat ke 3 mengharumkan nama angkatan tentera darat Malaysia dalam pertandingan Petanque Piala Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM 2022. Walaupun berlatih 1 minggu lebih tapi dapat melakukan sehabis baik.
Terima kasih kepada semua pengurusan 10 BRIDGED yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.
Alhamdulillah selesai perkongsian ilmu. Terima kasih kepada Puan Idawaty Mohammad selaku Pengerusi BAKAT 21 GGK Komando, Kem Sungai Udang Melaka kerana menjemput saya sebagai tenaga pengajar.
Terima kasih juga kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan sesi latihan. Walaupun 2 hari harap membantu perkongsian ilmu yang diberikan.
Alhamdulillah selesai menguruskan program pada hari ini dan semua berjalan dengan lancar, paling penting dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara semua. Terima kasih semua yang sama-sama membantu dalam menjayakan program ini. Semoga sukan boules petanque mendapat perhatian buat semua warga masyarakat setempat.
Alhamdulillah selesai perkongsian ilmu boules petanque. Terima kasih kepada Puan Rozita Waty Binti Ridzuan (Pengerusi BAKAT 10 briged (Para)) selaku isteri kepada Panglima Brig Jen Khairul Azmizal Ahmad Natal atas pemberian cenderahati.
Tidak lupa juga kepada Kapten Muhammad Nasrullah bin Azman dan Kpl Mohamad Nor Idham Bin Azhar serta semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.
Semoga perkongsian ilmu bermanfaat dan ukhwah ini kekal hingga ke Jannah amin.
Sambil training atlet bolehlah tingkatkan juga kemahiran prestasi diri. Kuatkan asas dalam sukan boules petanque. Latihan yang berterusan dapat meningkatkan kemahiran yang lebih terbaik.
Perkongsian ilmu bersama :
Dari segi kajian tindakan yang saya dapat, ramai yang tidak dapat menguasai asas shooting boules petanque dengan baik disebabkan faktor paling utama adalah 5 perkara asas seperti cara pegangan, kedudukan kaki, pergerakan tangan, fasa boules jatuh ke drop mark, dan akhir sekali posisi badan yang betul.
Asas ini nampak simple atau mudah tapi sangat mempengaruhi ketepatan boules. Sebelum ingin berubah dan meningkatkan jarak shooting. Perkara pertama adalah betulkan asas. Seterusnya barulah lihat perkara lain seperti psikologi. Psikologi ini lebih berkait rapat dengan mental atau permikiran. Psikologi ini sangat kuat diperlukan dalam sukan petanque kerana ketika melakukan shooting faktor persekitaran, masa dan point pihak lawan sangat mempengaruhi prestasi permainan. Jadi selaku atlet yang baik, faktor ini perlu diatasi dengan baik.
Latihan yang berterusan dapat meningkatkan koordinasi atlet dengan baik. ;)