Thursday 3 March 2022

Lantikan Biro Sukan Boules Petanque

 


Alhamdulillah terima kasih kepada AJK Tertinggi Persatuan Taman Indah kerana memberi kepercayaan dan melantik saya sebagai Biro sukan bagi pengurus sukan boules petanque.

In Shaa Allah semoga dengan wujudnya gelanggang di taman ini membantu pembangunan sukan dalam semua lapisan masyarakat. Tidak kira sama ada kanak-kanak, remaja, dewasa, warga emas dan orang kurang upaya. 

Minggu ini manfaatkan masa cuti sekolah dengan membuat penambahbaikan gelanggang yang ada kepada 2 jenis permukaan. Uniknya sukan petanque ini sebab pelbagai jenis permukaan boleh main dan perlu dikuasai oleh semua atlet. Penguasaan permukaan dalam semua jenis gelanggang dapat membantu prestasi atlet dalam semua kejohanan.

Manfaatkan ilmu yang ada untuk perkongsian bersama dalam masyarakat di Malaysia.

Majulah sukan untuk negara!

3/03/2022






No comments:

Post a Comment

KEJOHANAN PETANQUE SIRKIT REMAJA KEBANGSAAN SIRI 6 2023

  Syukur alhamdulillah target periodisasi tercapai selaku Jurulatih dapat melahirkan atlet berprestasi tinggi dalam masa setahun. Sejarah be...