Monday, 4 August 2025

Silver Medal dalam International Education Inovation Competition



Syukur Alhamdulillah, rezeki pencapaian anugerah Silver Medal dalam International Education Inovation Competition. Terima kasih semua barisan pentadbir Jabatan Pendidikan Negeri Melaka , PPD dan SMK Sungai Udang serta mak abah dan keluarga tersayang.
Tidak lupa kepasa supervisor saya iaitu Profesor Madya Dr. Nelfianty dan Profesor Madya Dr. Normah yang banyak membantu. Terima kasih juga semua sahabat-sahabat yang sentiasa support dan mendoakan saya. Rezeki diberi peluang dan ruang untuk menyertai pertandingan inovasi antarabangsa kali ini. Pengalaman sangat berharga.
Tanjong Malim, Perak 2025
19-20 Mei 2025



 

Double Perempuan dan Double Lelaki telah mendapat Naib Johan dalam Kejohanan UPSI Double Open Petanque Championship 2025


Syukur alhamdulillah. Sampai dari Sarawak ke KLIA terus menuju ke Gelanggang Arena Petanque Pudu Ulu Kuala Lumpur.
Rezeki atlet Double Perempuan dan Double Lelaki telah mendapat Naib Johan dalam Kejohanan UPSI Double Open Petanque Championship 2025.
Syabas dan tahniah semua atlet yang terlibat. Tahniah kepada pihak penganjur dan terima kasih kepada pengurusan Persatuan Boules Sports Melaka dan Ibu bapa yang sangat support kemenjadian anak-anak. Semoga lebih ramai atlet berprestasi tinggi dilahirkan di Malaysia.
Kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa tekad usaha.
17 Mei 2025



 

Alhamdulillah 'Ala Kulli Haal. Anugerah Ikon Guru Sukan Sempena Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2025





Di sebalik kesulitan pasti ada kemanisannya. Alhamdulillah.
Terima kasih kepada barisan pentadbiran Jabatan Pendidikan Negeri Melaka , Pejabat Pendidikan Daerah, UPSI, UTeM, warga sekolah SMK Seri Tanjong, SMK Kem Terendak, SMK Ade Putra, SMK Sungai Udang dan keluarga tersayang serta semua sahabat-sahabat yang sentiasa menyokong mendoakan saya.
10.5.2025



 

Bengkel Teknik Kemahiran Asas Boules Petanque SMJK Katholik Petaling Jaya, Selangor 2025





Bengkel Teknik Kemahiran Asas Boules Petanque SMJK Katholik Petaling Jaya, Selangor 2025
Alhamdulillah selesai perkongsian ilmu teori dan praktikal permainan sukan Boules Petanque . Terima kasih kepada Cikgu Reedza dan Pengurusan Pentadbiran sukan SMKKKPJ yang sudi menjemput saya selaku penceramah.
Semoga perkongsian ilmu yang dicurahkan dapat dimanfaatkan kepada semua peserta yang terlibat dan sukan petanque terus maju jaya di tanah air tercinta ini.
Majulah sukan untuk negara!
10hb Mei 2025




 

Pertandingan Inovasi Pendidikan Antarabangsa 2025.



Bismillahirahmanirahim
Syukur alhamdulillah selesai mendaftar produk baru di MyIPO bagi persediaan menyertai Pertandingan Inovasi Pendidikan Antarabangsa 2025.
Niat perkongsian ilmu, semoga dipermudahkan urusan seterusnya. Amin
5.5.2025


 

Rezeki tempat ke-3 kategori lelaki dan kategori perempuan. Kejohanan Petanque under 18 Tahun Negeri Sembilan 2025.




Rezeki tempat ke-3 kategori lelaki dan kategori perempuan.
Kejohanan Petanque under 18 Tahun Negeri Sembilan 2025.
Usaha mendatangkan hasil. Selesai amanah sebagai jurulatih dan guru penasihat petanque. Semoga kejayaan ini menjadi batu loncatan untuk lebih baik.
20 hb April 2025




 

Alhamdulillah niat perkongsian ilmu dipermudahkan olehNya.



Alhamdulillah niat perkongsian ilmu dipermudahkan olehNya.
Semoga bermanfaat untuk semua.
Doa Mendapat Ilmu, Rezeki dan Amalan
بسم الله الرحمن الرحيم
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا ، وَرِزْقًا طَيِّبًا ، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً
Maksudnya: "𝐘𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡, 𝐚𝐤𝐮 𝐦𝐞𝐦𝐨𝐡𝐨𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚-𝐌𝐮 𝐢𝐥𝐦𝐮 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐦𝐚𝐧𝐟𝐚𝐚𝐭, 𝐫𝐞𝐳𝐞𝐤𝐢 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐚𝐢𝐤 𝐝𝐚𝐧 𝐚𝐦𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐭𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚."
Riwayat Ibn Majah (925), al-Nasa'ie dalam al-Sunan al-Kubra (9930) dan Ahmad (26602)
25 Mac 2025
Buku Log Latihan Sukan Boules Petanque
Buku Modul Latihan Sukan (Petanque)




 

Kejohanan Boules Petanque Remaja Kebangsaan Pudu Ulu Kuala Lumpur 2025

Kejohanan Boules Petanque Remaja Kebangsaan Pudu Ulu Kuala Lumpur 2025 Syukur alhamdulillah selesai amanah dan tanggungjawab selaku Jurulati...