Friday, 11 August 2017
Friday, 30 December 2016
STAR PETANQUE CLUB ( SPEC )
Alhamdulillah selesai penubuhan kelab baru STAR PETANQUE CLUB atau akronim SPEC . Yang ditubuhkan pada 18 Ogos 2016 bersama ahli-ahli yang dihimpunakan dari seluruh Malaysia. Kelab ini bertujuan ditubuhkan untuk membantu para atlet yang mempunyai minat yang tinggi dan berpontensi untuk mengasah bakat lebih tinggi. Kelab ini juga tidak mahu melibatkan unsur politik yang boleh menyebabkan merundum sukan untuk pergi lebih jauh. Hasrat yang tinggi, untuk membentuk kelab untuk mengharumkan nama Malaysia dalam semua kejohanan kebangsan, mahupun Antarabangsa. Supaya negara Malaysia akan lebih disegani oleh negara luar. Sekira yang berminat untuk menyertai kelab ini boleh inform direct dengan saya 0146627950. Cikgu Afif. Semoga kita sama-sama dapat membimbing satu jalan ke matlamat yang sama. Majulah Sukan Untuk Negara .
Sunday, 5 July 2015
Wednesday, 12 November 2014
KURSUS ARBITER PETANQUE KEBANGSAAN
30 OKTOBER 2014 HINGGA 2 NOVEMBER 2014
BERTEMPAT DI KOMPLEKS BERLIA DAN SUKAN PAROI, NEGERI SEMBILAN
Kursus ini adalah pertama kali saya mengikuti. Banyak ilmu yang diperoleh sekiranya bersama-sama menyertai. Hal ini adalah kerana, kursus arbiter( pengadil ) ini memberi pendedahan kepada pemain lama atau baru untuk mengetahui undang-undang sebenar dalam permainan sukan petanque. Ilmu undang-undang amat penting dipelajari oleh setiap atlet yang menceburi bidang ini. Sekiranya ilmu undang-undang tiada di dada senang ditipu oleh pihak lawan. Terdapat beberapa perkara yang ingin saya berkongsi bersama semua pemain atau player baru yang menceburi bidang ini.
Sebagai ilmu pengetahuan, gelanggang petanque terbahagi kepada 3.
1. Gelanggang open atau terbuka
2. Gelanggang main masa
3. Gelanggang biasa.
Gelanggang open atau terbuka adalah gelanggang yg boleh main dimana sahaja hendak kita main. asalkan tidak kurang daripada 3 meter dan tidak melebihi 20 meter. Gelanggang terbuka ada 7 jenis jack mati.
1. Jack tidak nampak ( terlindung)
2. Jack terkeluar garisan bola mati
3. Jack melebihi 20 meter atau kurang 3 meter.
4. Jack berada kawasan larangan bermain antara jack dan bulatan. ( Lecak air)
5. Jack terapung atas air
6. Jack berada kawasan larangan bermain seperti pokok.
7. Jack hilang- selama 5 minit cari tidak dijumpai.
Jika jack mati terdapat 3 senario sebagai pengadil/ arbiter perlu buat.
1. Jika kedua-dua pihak bola tiada kena main semua. main semula.markah tidak dikira ( NULL and VOID)
2. Jika kedua-dua pihak bola ada. main semula. markah tidak dikira ( NULL and VOID)
3. Jika satu pasukan ada bola dan satu lagi pasukan tiada bola. markah akan dikira berapa banyak pasukan yang ada bola.
Banyak ilmu arbiter yang saya peroleh melalui kursus ini. semoga ilmu ini dapat dikongsi kepada semua penggiat petanque . lebih-lebih ayat saya dalam bahasa melayu dan boleh difahami oleh semua warga Malaysia.
Terdapat gambar-gambar situasi kursus ini berlangsung.
Gambar bersama arbiter dunia Pak Syeikh Ismail dan juga bersama pelajar sekolah saya SMK Seri Tanjong, keling Melaka.
Arbiter world bagi taklimat dan ilmu tentang situasi sebenar sebelum melakukan ujian praktikal.
Peralatan lengkap sebagai seorang arbiter teknikal, negeri kebangsaan.
Gambar pelajar saya praktikal dan belajar cara ukuran sebenar dalam perlawanan petanque.
Pak Syeikh tunjukkan situasi sebenar cara ukuran yang betul menggunakan pita ukur berekor.
Gambar saya bersama pelajar sekolah saya berpraktikal. SMK Seri Tanjong, Melaka.
Penerimaan sijil penyertaan kursus Arbiter Kebangsaan
Alhamdulillah, gambar selesai menyertai kursus ini.
Sunday, 6 October 2013
Friday, 4 October 2013
Tuesday, 1 October 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)
Kejohanan Boules Petanque Remaja Kebangsaan Pudu Ulu Kuala Lumpur 2025
Kejohanan Boules Petanque Remaja Kebangsaan Pudu Ulu Kuala Lumpur 2025 Syukur alhamdulillah selesai amanah dan tanggungjawab selaku Jurulati...

-
Ada lima situasi dalam hal perolehan mata. 1 Mengira mata berdasarkan kedudukan bola terdekat dengan "jack". Seperti conto...
-
1. BOULE (bola) berbentuk bulat diperbuat daripada logam dan berongga dibahagian dalamnya, mempunyai garis pusat antara 70.5mm hingg...
-
1.Nyatakan format pertandingan yang boleh digunapakai untuk mengendalikan pertandingan petanque. Terdapat beberapa format p...