Monday, 4 August 2025

Kejohanan Boules Petanque Remaja Kebangsaan Pudu Ulu Kuala Lumpur 2025


Kejohanan Boules Petanque Remaja Kebangsaan Pudu Ulu Kuala Lumpur 2025
Syukur alhamdulillah selesai amanah dan tanggungjawab selaku Jurulatih. Rezeki dapat mencapai target baru untuk melahirkan atlet pembangunan berprestasi tinggi dalam masa singkat.
Tahniah buat Alif tingkatan 2 dan Damia tingkatan 4 kerana mendapat ranking Top 8 terbaik remaja Kebangsaan Malaysia daripada 182 atlet yang terlibat. Tahniah juga buat Damia kerana telah mendapat pemain wanita terbaik remaja dalam kejohanan ini.
Tahniah juga buat semua atlet yang terlibat dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung atas kejohanan ini.
Tidak lupa juga tahniah juga buat pihak penganjur Mbsf Boules Petanque atas penganjuran yang terbaik. Semoga kejohanan ini menjadi perangsang dan motivasi semua atlet untuk terus maju jaya dalam sukan petanque.
26 dan 27 Julai 2025




 

Kejohanan Petanque Angkasa Negeri Melaka 2025



Kejohanan Petanque Angkasa Negeri Melaka 2025
Syukur alhamdulillah pencapaian baru pada tahun ini. Rezeki atlet mendapat Johan, Naib Johan, tempat ke ketiga, ke lima dan tempat ke enam dalam kejohanan kali ini.
Syabas dan tahniah buat semua atlet yang terlibat dan berjaya mengharumkan nama sekolah di peringkat negeri Melaka.
Tahniah murid SMK Sungai Udang, SMK Klebang, SMK Malim, SMK Kem Terendak yang telah mencipta nama. Semoga menjadi batu loncatan buat semua atlet untuk terus maju jaya.
Rezeki tidak akan datang bergolek tanpa tekad dan usaha. Terima kasih semua. Sebagai seorang jurulatih hanya mampu tersenyum gembira atas kejayaan anak-anak murid.
21 dan 22 Julai 2025







 

1000 LIGA PETANQUE INDIVIDU 2025



1000 LIGA PETANQUE INDIVIDU 2025
Anjuran :
Jabatan Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah
Unit Sukan UiTM Alor Gajah
Kerjasama: Kelab Boules Rembia (KBR) dan Persatuan Sukan Boules Daerah Alor Gajah
Tahniah kepada semua AJK terlibat, tahniah buat semua atlet yang berjaya. Tahniah juga buat semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.
Ahad, 13 Julai 2025



 

Klinik Asas Sukan Boules Petanque SMK Dato Taha, Gemenche Negeri Sembilan 2025


Klinik Asas Sukan Boules Petanque SMK Dato Taha, Gemenche Negeri Sembilan 2025
Syukur alhamdulillah selesai perkongsian ilmu petanque. Terima kasih pihak pentadbir sekolah, Cikgu Rafiza dan cikgu-cikgu penasihat petanque yang sudi menjemput saya sebagai penceramah klinik asas petanque.
Terima kasih juga sijil penghargaan dan cenderahati ini. In shaa Allah niat perkongsian ilmu dipermudahkan olehNya.
Semoga sukan boules petanque terus maju jaya.
13 Julai 2025






 

Kejohanan Boules Petanque Kebangsaan Malaysia 2025 anjuran Malaysia Boules Sport Federation dengan sokongan Majlis Sukan Negara Malaysia dan Milo.



Kejohanan Boules Petanque Kebangsaan Malaysia 2025 anjuran Malaysia Boules Sport Federation dengan sokongan Majlis Sukan Negara Malaysia dan Milo.
Alhamdulillah tahniah badan kebangsaan atas penganjuran program ini. Semoga membantu pembangunan atlet di Malaysia dan dapat menjadi salah satu garis panduan pencapaian Atlet Malaysia. Dapat bertemu sahabat-sahabat di seluruh Malaysia.
Semoga sukan boules petanque di Malaysia terus maju jaya.
Majulah sukan untuk negara!
21 dan 22 hb Jun 2025




 

Sinar Harian.


Sinar Harian.
Alhamdulillah semoga sukan boules petanque semakin berkembang dan dikenali di seluruh dunia.





 

Mewakili Melaka dan tersenarai nama dalam pasukan petanque Kebangsaan 2025.

Alhamdulillah tahniah buat Aimy Fuziana dan Khairul Amirul kerana mewakili Melaka dan tersenarai nama dalam pasukan petanque Kebangsaan 2025.
Tahniah buat semua atlet yang terlibat juga.
Gunakan peluang dan ruang ini untuk buktikan sukan boules petanque boleh maju jaya.
Semoga menjadi salah satu laluan untuk membantu mengharumkan nama Malaysia di persada dunia dan menjadi batu loncatan buat semua atlet di Malaysia.
Majulah sukan untuk negara




 

Silver Medal dalam International Education Inovation Competition



Syukur Alhamdulillah, rezeki pencapaian anugerah Silver Medal dalam International Education Inovation Competition. Terima kasih semua barisan pentadbir Jabatan Pendidikan Negeri Melaka , PPD dan SMK Sungai Udang serta mak abah dan keluarga tersayang.
Tidak lupa kepasa supervisor saya iaitu Profesor Madya Dr. Nelfianty dan Profesor Madya Dr. Normah yang banyak membantu. Terima kasih juga semua sahabat-sahabat yang sentiasa support dan mendoakan saya. Rezeki diberi peluang dan ruang untuk menyertai pertandingan inovasi antarabangsa kali ini. Pengalaman sangat berharga.
Tanjong Malim, Perak 2025
19-20 Mei 2025



 

Double Perempuan dan Double Lelaki telah mendapat Naib Johan dalam Kejohanan UPSI Double Open Petanque Championship 2025


Syukur alhamdulillah. Sampai dari Sarawak ke KLIA terus menuju ke Gelanggang Arena Petanque Pudu Ulu Kuala Lumpur.
Rezeki atlet Double Perempuan dan Double Lelaki telah mendapat Naib Johan dalam Kejohanan UPSI Double Open Petanque Championship 2025.
Syabas dan tahniah semua atlet yang terlibat. Tahniah kepada pihak penganjur dan terima kasih kepada pengurusan Persatuan Boules Sports Melaka dan Ibu bapa yang sangat support kemenjadian anak-anak. Semoga lebih ramai atlet berprestasi tinggi dilahirkan di Malaysia.
Kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa tekad usaha.
17 Mei 2025



 

Alhamdulillah 'Ala Kulli Haal. Anugerah Ikon Guru Sukan Sempena Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2025





Di sebalik kesulitan pasti ada kemanisannya. Alhamdulillah.
Terima kasih kepada barisan pentadbiran Jabatan Pendidikan Negeri Melaka , Pejabat Pendidikan Daerah, UPSI, UTeM, warga sekolah SMK Seri Tanjong, SMK Kem Terendak, SMK Ade Putra, SMK Sungai Udang dan keluarga tersayang serta semua sahabat-sahabat yang sentiasa menyokong mendoakan saya.
10.5.2025



 

Kejohanan Boules Petanque Remaja Kebangsaan Pudu Ulu Kuala Lumpur 2025

Kejohanan Boules Petanque Remaja Kebangsaan Pudu Ulu Kuala Lumpur 2025 Syukur alhamdulillah selesai amanah dan tanggungjawab selaku Jurulati...