Monday, 4 August 2025

Kejohanan Boules Petanque Remaja Kebangsaan Pudu Ulu Kuala Lumpur 2025


Kejohanan Boules Petanque Remaja Kebangsaan Pudu Ulu Kuala Lumpur 2025
Syukur alhamdulillah selesai amanah dan tanggungjawab selaku Jurulatih. Rezeki dapat mencapai target baru untuk melahirkan atlet pembangunan berprestasi tinggi dalam masa singkat.
Tahniah buat Alif tingkatan 2 dan Damia tingkatan 4 kerana mendapat ranking Top 8 terbaik remaja Kebangsaan Malaysia daripada 182 atlet yang terlibat. Tahniah juga buat Damia kerana telah mendapat pemain wanita terbaik remaja dalam kejohanan ini.
Tahniah juga buat semua atlet yang terlibat dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung atas kejohanan ini.
Tidak lupa juga tahniah juga buat pihak penganjur Mbsf Boules Petanque atas penganjuran yang terbaik. Semoga kejohanan ini menjadi perangsang dan motivasi semua atlet untuk terus maju jaya dalam sukan petanque.
26 dan 27 Julai 2025




 

No comments:

Post a Comment

Kejohanan Boules Petanque Remaja Kebangsaan Pudu Ulu Kuala Lumpur 2025

Kejohanan Boules Petanque Remaja Kebangsaan Pudu Ulu Kuala Lumpur 2025 Syukur alhamdulillah selesai amanah dan tanggungjawab selaku Jurulati...