BUKU LOG LATIHAN SUKAN BOULES PETANQUE
Syukur alhamdulillah tercapai hasrat pada tahun ini untuk membuat perkongsian ilmu kepada semua guru dan jurulatih untuk digunakan kepada atlet-atlet di Malaysia. Terima kasih kepada semua yang support saya untuk usaha mengeluarkan buku ini.
Penerbitan Buku Log Latihan Sukan Boules Petanque yang boleh dijadikan panduan buat semua guru, jurulatih dan atlet dalam sesi latihan.
Buku yang santai dan cetakan secara full warna bersaiz B5 yang boleh digunakan untuk dibawa kemana sahaja.
Buku ini mengutarakan komponen kecergasan, tip sebelum bersukan, pemakanan sukan, etika dalam sukan, kemahiran asas, keselamatan ketika bersukan, dan jadual penguasaan latihan kemahiran, rekod pencapaian bagi membantu peningkatan prestasi.
Semoga dengan wujudnya buku ini dapat menjadi salah satu panduan buat semua penggiat sukan petanque di Malaysia.
18/02/2025
No comments:
Post a Comment