Wednesday 19 July 2023

Kejohanan Sirkit Remaja Kebangsaan Siri 4 bawah 16 tahun 2023 di Melaka


Alhamdulillah rezeki tidak salah alamat. Atlet yang usaha pasti dapat kemanisan. Tahniah buat Paulo Chritiano Junior mendapat Naib Johan, Akid Iskandar mendapat tempat ke 12 dan Adib Adam tempat ke 16 daripada 176 atlet seluruh Malaysia. Pencapaian terbaik, kerana kamu semua telah buktikan boleh berjaya. 

Atlet yang saya kenal seorang background sebagai olahraga, seorang lagi atlet memanah dan seorang lagi atlet bola baling bertukar bidang sukan petanque telah menunjukkan kejayaan dalam menceburi sukan petanque. Syabas dan tahniah.. 

Tiada yang mustahil dalam hidup ini selagi kita terus Doa Usaha Istiqamah dan Tawakal untuk mencapai matlamat. Alhamdulillah saya tumpang gembira selaku Jurulatih. 

Atlet zero to hero, syabas dan tahniah. Saya sangat terharu atas kejayaan semua.

16 hb Julai 2023

#msnmelaka 
#jpnmelakabitara 
#KBSMalaysia 
Malaysian Boules Sports Federation 
Boules Sports Melaka 
#PenceramahpetanqueMalaysia




 

Sirkit Remaja Kebangsaan Bawah 16 Tahun Siri 4 2023




Syukur Alhamdulillah selesai amanah selaku Pengurus Program bagi menguruskan Kejohanan Sirkit Remaja Kebangsaan Siri ke 4 Bawah 16 Tahun dan King Queen Peringkat Kebangsaan bersama AJK Boules Sports Melaka dan AJK Kelab Petanque Krubong dengan kerjasama dari Kementerian Pendidikan Malaysia, Malaysian Boules Sports Federation dan IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka. 2 program besar yang di anjurkan di satu tempat untuk memudahkan pengurusan atlet boules petanque seluruh Malaysia. 

Terima kasih saya ucapkan kepada semua peserta seluruh Malaysia yang bersama-sama memeriahkan kejohanan ini. Walaupun banyak ujian dan cabaran tetap dapat merealisasikan Kejohanan ini dengan jaya. 

Terima kasih juga kepada semua barisan VIP daripada Majlis Sukan Negeri Melaka, Malaysian Boules Sports Federation , Jabatan Belia Sukan Melaka, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, Pengarah IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka, Kelab Petanque Krubong dan semua pegawai yang terlibat dalam bersama-sama merealisasikan Kejohanan ini. 

Tidak lupa kepada semua atlet dan guru mahupun pengurus yang bersama-sama hadir dan menyokong Kejohanan ini serta memberi feedback yang sangat baik. Pada awal Kejohanan ini saya mensasarkan sirkit remaja 128 terawal tapi disebabkan permintaan yang sangat memberangsangkan terpaksa buka sehingga 176 atlet. Memandangkan gelanggang terhad 44 dalam melaksanakan sistem swiss dan double knock out pada kali ini. 

Semoga dengan Kejohanan sebegini, lebih membantu kepada semua atlet yang terlibat untuk lebih fokus mencapai matlamat dalam meningkatkan markah PAJSK peringkat Kebangsaan dan mendapatkan point sukan berkredit bagi mewakili Malaysia. In shaa Allah dengan adanya kerjasama dari pihak Persekutuan Sukan Boules Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia dan semua pihak sukan boules petanque ini akan terus dipandang tinggi setara dengan semua sukan lain di persada dunia. 

Saya ucapkan syabas dan tahniah buat semua atlet yang telah berjaya dalam kejohanan ini, kepada yang tidak berjaya teruskan lagi terdapat beberapa siri yang bakal berlangsung bagi melayakkan diri ke Kejohanan Grand Final.

Semoga program ini terus mendapat perhatian daripada semua pihak dan dalam masa yang sama dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara semua. 

Majulah sukan untuk negara !

LInk :

https://youtu.be/ANJtb_thRO8

https://vt.tiktok.com/ZSL5BNjt6/

https://www.melakahariini.my/gigih-naik-bas-ke-melaka-usaha-muiz-berbaloi/

msnmelaka #KBSMalaysia #KPM #jpnmelakabitara #melakahariini 

Timbalan Presiden Persatuan Sukan Boules Negeri Melaka. 

15 dan 16 Julai 2023









 

KEJOHANAN PETANQUE SIRKIT REMAJA KEBANGSAAN SIRI 6 2023

  Syukur alhamdulillah target periodisasi tercapai selaku Jurulatih dapat melahirkan atlet berprestasi tinggi dalam masa setahun. Sejarah be...