Saturday 27 May 2023

Klinik Asas Sukan Boules Petanque Peringkat BAKAT 10 Briged (PARA )


Klinik Asas Sukan Boules Petanque Peringkat BAKAT 10 Briged (PARA )

Alhamdulillah selesai perkongsian ilmu kepada BAKAT 10 Briged ( PARA ) . Sambutan yang sangat memberangsangkan dalam program ini. Terima kasih kerana menjemput saya sebagai tenaga pengajar. Semoga perkongsian ilmu ini membantu pembangunan sukan di Malaysia. In shaa Allah.  

Ilmu ibarat air, jika tidak mengalir akan mati dan busuk. ( Imam As-Syafie ).

Malaysian Boules Sports Federation 
Boules Sports Melaka 

20 Mei 2022 













 

 

Pencapaian Sea Games Cambodia 2023

 

Alhamdulillah syabas dan tahniah buat pasukan boules petanque Malaysia kerana telah berusaha sehabis baik mencipta nama negara di peringkat antarabangsa dalam kejohanan 32nd SEA GAMES di Cambodia 2023.

Tahniah atas kejayaan yang tercipta. Semoga kejayaan ini menjadi batu loncatan buat semua atlet di Malaysia untuk berusaha melakukan terbaik di masa mendatang.

Sesuatu kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa keringat dan usaha dalam semua pengurusan dan pihak yang terlibat. 

Semoga pembangunan sukan di Malaysia terus maju jaya setanding negara-negara luar.
Majulah sukan untuk negara !. 

#SeaGame2023 
#MSN 
#DemiMalaysia 

Malaysian Boules Sports Federation

Ahli Gabungan Persekutuan Sukan Boules Malaysia ( Malaysian Boules Sports Federation ).

Alhamdulillah syukur mewagkili persatuan sukan boules negeri Melaka untuk penerimaan sijil perakuan sebagai ahli gabungan Persekutuan Sukan Boules Malaysia ( Malaysian Boules Sports Federation ). 

Majlis beramah mesra bersama semua AJK persatuan negeri. Semoga dipermudahkan dan pembangunan sukan boules petanque Malaysia terus maju jaya. In shaa Allah amin.  

Majulah sukan untuk negara!

17 Mac 2023





 

Program Sirkit 1 Remaja Kebangsaan 2023.

Alhamdulillah selesai sudah Program Sirkit 1 Remaja Kebangsaan 2023. 

Syabas dan tahniah buat penganjur Malaysian Boules Sports Federation dan juga kepada semua atlet yang berjaya. Tahniah juga buat semua jurulatih dan cikgu-cikgu yang hadir kejohanan ini. 

Gembira dapat lihat bakat-bakat baru dan berjumpa semua sahabat-sahabat seluruh Malaysia. Semoga ukhwah terus kekal hingga ke Jannah. In shaa Allah amin ya robal alamin. :) 

Semoga sukan boules petanque terus maju jaya. 

11-12hb Mac 2023







 

Thursday 4 May 2023

MBSF turut diiktiraf oleh Konfederasi Sukan Boules Asia (ABSC) - Persekutuan Asia - sejak Rabu, 15 Mei 2019

 Kuala Lumpur, Malaysia, 19 Februari 2023: Majlis Olimpik Malaysia telah menerima Persekutuan Sukan Boules Malaysia sebagai Ahli Bersekutu. Keputusan itu diambil pada mesyuarat Majlis Eksekutif MOM ke-204 pada Jumaat, 17 Februari.

Presiden MOM, Tan Sri Dato' Sri (Dr) Mohamad Norza Zakaria, berkata: "Keputusan kami menerima Persekutuan Sukan Boules Malaysia sebagai Ahli Bersekutu MOM adalah berpandukan Piagam Olimpik untuk Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan untuk menerima gabungan itu. Persekutuan Kebangsaan yang bergabung dengan Persekutuan Antarabangsa yang diiktiraf oleh IOC," tambahnya.

Persekutuan Sukan Boules Malaysia telah diasaskan pada hari Sabtu, 1 Disember 2018 dan telah diiktiraf oleh Federation de Petanque et Jue Provencal (FIPJP) - Persekutuan Antarabangsa - sebagai badan induk petanque di Malaysia sejak Jumaat, 17 Mei 2019.

MBSF turut diiktiraf oleh Konfederasi Sukan Boules Asia (ABSC) - Persekutuan Asia - sejak Rabu, 15 Mei 2019.

Sejarah tercipta pada hari Sabtu, 27 Februari 2021 apabila MBSF menjadi salah satu ahli pengasas badan induk antarabangsa baharu, Persekutuan Boling Petanque Dunia, yang diiktiraf oleh IOC.

https://ocasia.org/news/3747-malaysia-noc-welcomes-boules-sports-federation-as-associate-member.html



KEJOHANAN PETANQUE SIRKIT REMAJA KEBANGSAAN SIRI 6 2023

  Syukur alhamdulillah target periodisasi tercapai selaku Jurulatih dapat melahirkan atlet berprestasi tinggi dalam masa setahun. Sejarah be...