Sunday 6 November 2022

Sijil Penghargaan bersama YBrs. Tuan Megat Azlani bin Megat Ramli, Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Melaka ( Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri)



Alhamdulillah benar setiap perancangan Allah SWT sebaik-baiknya. Jika niat kita ikhlas permudahkan urusan orang lain Allah SWT akan permudahkan urusan kita jua. 

Rezeki hari ini diberi peluang bertemu dengan orang hebat YBrs. Tuan Megat Azlani bin Megat Ramli, Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Melaka ( Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri untuk menerima sijil Penghargaan dan cenderahati sebagai Jurulatih boules petanque JPN Melaka. 

Niat perkongsian ilmu berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusan. Terima kasih semua.

26/10/2022




 

Bersama Menteri Pertahanan Malaysia

 





Alhamdulillah rezeki hari ini menerima anugerah sukan terbaik dan sumbangan mock cheque program sentuhan Elit SPM daripada Menteri Pertahanan Malaysia YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Husein. 

Semoga terus istiqamah dan menjadi loncatan untuk jadi lebih baik . In Shaa Allah. 

28/09/2022
#SMKKTGemilang
#bestmemories

Tuesday 27 September 2022

PEMILIHAN ATLET REMAJA KEBANGSAAN GRAND FINAL KEBANGSAAN KE BANGKOK THAILAND 2022

 Alhamdulillah selesai program SUKMA XX MSN 2022 terus bawa atlet Melaka under 17 tahun untuk program pemilihan atlet remaja kebangsaan 2022 Grand Final. 

Pelajar baru 2 bulan dan 1 bulan. Bagus sangat permainan. Saya berpuas hati walaupun baru form 1 dan form 3. Menang kalah adat permainan penting sebagai guru dan jurulatih kita perlu beri pendedahan awal kepada pelajar untuk terus maju jaya. In Shaa Allah

Syabas dan tahniah pihak penganjur. Terima kasih semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. 

In Shaa Allah niat baik semoga dipermudahkan segala urusan amin.

Majulah sukan untuk negara! 

24 hb September 2022.








ATLET PERAK DAN GANGSA SUKMA XXMSN 2022

 Alhamdulillah syabas dan tahniah Khairul Amirul bekas pelajar SMK Kem Terendak, Melaka atas kejayaan mendapat Perak dalam acara kategori Shooting lelaki dan pingat Gangsa dalam acara Single Lelaki sukan boules petanque. Sekaligus mengharumkan nama Melaka diperingkat kebangsaan. 

Semoga terus maju jaya dalam bidang yang awak ceburi

Majulah sukan untuk negara!

#smkkemterendak #melaka 

17/09/2022






MESYUARAT PENGURUS SEMUA NEGERI TERMASUK NEGARA BRUNEI

 Alhamdulillah selesai melaksanakan sesi taklimat undian dan meeting bersama semua jurulatih dan pengurus setiap negeri dalam Kejohanan SUKMA XX MSN 2022. 

Semoga dipermudahkan segala urusan esok dan seterusnya. Selamat maju jaya buat semua jurulatih dan atlet . Cuba buat terbaik dalam kejohanan yang akan berlangsung. 

Majulah sukan untuk negara!

16hb September 2022







Surat sebagai pegawai teknikal SUKMA XX MSN 2022

 Alhamdulillah dapat surat lantikan sebagai urusetia teknikal. Terima kasih Tuan Pengetua kerana meluluskan cuti untuk membantu program Sukan Malaysia (SUKMA) XX MSN tahun ini.

Niat perkongsian ilmu dan mengambil pengalaman yang berharga. :) 

In shaa Allah. Semoga dipermudahkan segala urusan amin ya Rabbal Alamin..

13/09/2022



Monday 29 August 2022

CARA TERBAIK PERMILIHAN BOULES PETANQUE


 

Back to basic . Shoot on the iron boules Petanque.


 

BULETIN TV 3 INTERNATIONAL'PETANQUE JOHOR


 

INTERNATIONAL'PETANQUE MENS AND WOMENS DOUBLE OPEN JOHOR 2022

 

Alhamdulillah sangat memberangsangkan kejohanan di sini . Tahniah kepada penganjur dan AJK terlibat kerana telah berusaha menganjurkan program begini. Sukan adalah salah satu cara mengeratkan hubungan silaturahim. Seronok dapat bertemu semua sahabat petanque. 

Tahniah semua jurulatih dan atlet yang sama-sama support kejohanan ini. Seronok lihat semua berusaha bersaing secara sihat dalam sukan ini.  WORLD REKOD MALAYSIA.  

Terima kasih kepada pihak sekolah dan semua parent yang support anak-anak atlet Melaka . Semoga sukan boules petanque di Malaysia terus maju ke peringkat dunia. 

27 dan 28 Ogos 2022


















Sunday 26 June 2022

PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN JURULATIH DARIPADA 10 BRIGED (PARA)

 Alhamdulillah selesai majlis penyampaian sijil penghargaan sebagai jurulatih petanque daripada  BAKAT 10 BRIDGED ( PARA).  

Tahniah kepada atlet-atlet petanque yang telah berjaya mendapat tempat ke 3 mengharumkan nama angkatan tentera darat Malaysia dalam pertandingan Petanque Piala Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM 2022. Walaupun berlatih 1 minggu lebih tapi dapat melakukan sehabis baik.  

Terima kasih kepada semua pengurusan 10 BRIDGED yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. 









26 Jun 2022

PERKONGSIAN ILMU BOULES PETANQUE PASUKAN BAKAT KOMANDO GERAKHAS

 

Alhamdulillah selesai perkongsian ilmu. Terima kasih kepada Puan Idawaty Mohammad selaku Pengerusi BAKAT 21 GGK Komando, Kem Sungai Udang Melaka kerana menjemput saya sebagai tenaga pengajar.

 Terima kasih juga kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan sesi latihan. Walaupun 2 hari harap membantu perkongsian ilmu yang diberikan. 









Majulah sukan untuk negara !

12 dan 13 Jun 2022

PERLAWANAN PERSAHABAT PASUKAN BOULES PETANQUE TAMAN INDAH BERSAMA BAKAT 10 BRIGED (PARA)

 

Alhamdulillah selesai menguruskan program pada hari ini dan semua berjalan dengan lancar, paling penting dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara semua. Terima kasih semua yang sama-sama membantu dalam menjayakan program ini. Semoga sukan boules petanque mendapat perhatian buat semua warga masyarakat setempat. 

Majulah sukan untuk negara!















10/06/2022

KEJOHANAN PETANQUE SIRKIT REMAJA KEBANGSAAN SIRI 6 2023

  Syukur alhamdulillah target periodisasi tercapai selaku Jurulatih dapat melahirkan atlet berprestasi tinggi dalam masa setahun. Sejarah be...