Dalam permainan petaque, bola merupakan salah satu aspek yang penting untuk pemain. Terdapat beberapa jenis bola petaque yang mampu mempengaruhi corak permaian pemain tersebut dan pemain perlu memilih bola yang sesuai dalam pertandingan petaque. Melalui jadual yang diberikan, pengeluar bola petaque juga berbeza-beza mengikut jenis bola tersebut. Bola petaque terbahagi kepada tiga jenis iaitu bola keras ( hard boules), sederhana keras ( semi soft boules) dan bola lembut (soft boules) Harga bagi setiap jenis bola petaque juga mempunyai perbezaan mengikut kepada syarikat pengeluaran dan jenis-jenis bola tersebut. Jadual dibawah merupakan contoh-contoh bola petaque dan contoh harga bagi jenis-jenis bola:-
Contoh gambar jenis boules:-
Bola keras ( hard boules) bola sederhana keras Bola lembut
( semi soft boules) (soft boules )
BOULE I’ARTISANALE
Pengeluar boule I’atrisanale ialah dari syarikat M.Edouard Dussauze, 14 roe Joseph Pupier 42100 Saint Etiene.
Jenama bola I’artisanale ialah ARTT, ART,ARD,ARTTA dan ARTTI. Selain itu syarikat M.Edoyard Dussauze juga turut mengeluarkan bola jenis AZER S.A. Bola jenis AZERA S.A ialah INOV-TOP, INOV-PLUS, INOV-XT,INOV-XI, AZER-TOP,AZER-PLUS,AZER-XT,AZER-XI.
Berikut Merupakan Jenis-Jenis Bola Azer:-
BOLA AZER XT
BOULE BLEUE
Bola jenis Bleue telah dikeluarkan oleh syarikat ZI de la Valentine yang beralamat di 13396 MARSEILLE Codex 11,
Jenis-jenis label pada bola jenis Bleue ini ialah BOULE ROFRITSCH, SUPER CARBONE, SUPER INOX, CARBONE 115, CARBONE 120, PRESTIGE INOX, PRESTIGE CARBONE, INOX 115, R.120, BLEUE INOX, INOX 120, R.BLEUE.
SUPER CARBONE SUPER INOX ROFRITSCH
BOULE ELTE
Jenama ini telah dilancarkan pada tahun 1930.
Boule elte ini diperbuat daripada keluli. Boule elte ini terdiri daripada pelbagai jenis label. Antaranya adalah A36, LT, INOX LT, MC, RL, RLM.
BOULE INTEGRALE
Pengeluar bagi Boule Integrale adalah dari Perancis yang beralamat 96 Rue Marius Berlet 690009 LYON. Tel : 04 78008585 Fax : 04 78009278.
Jenama Boule Integrale ini terdiri daripada pelbagai jenis antarnya adalah BRONZE AS DE CARREAU AC, ACER INOX DUR iaitu bola yang jenis tahan karat. Selain itu terdapat juga bola yang jenis keluli tahan karat yang bersifat lembut iaitu bola jenis ACIER INOX TENDRE.
Jenis bola yang lain pula adalah ACIER TRAITE BRILLANT, ACIER TRAITE, ACIER CARBONE, MARQUAGE COMMUIN, NOIR (Bola berwarna hitam), AC, I,ITR, ITR3, CZ, AS, DTI dan boule jenis INT
Contoh Jenis Boule Integrale
BOULE NOIRE
Syarikat pengeluar jenama Boule Noire ini telah ditubuhkan pada tahun 1967 oleh Edouard Couloubrier berhampiran Toulon. Syarikat ini berpusat berpusat di Saint-Bonnet-le-Château, iaitu beralamat 4238 Sant Bonnet Le Chateau, France Boule Noire ini mengeluarkan pelbagai jenis boule antaranta adalalah Z COU, CR COU, XC COU, XR COU****, SUPER COU, CX COU**** (separa lembut, 120 Kg / mm2), ZX COU, BUCARO, SOLEIL 110, TON’R, TON’R 110 (keluli karbon), TON’R 180, TON’R TON’R, X COU (sangat lembut, 110 Kg / mm2), COU, COU, *COU, BUCARO GTI, BUCARO SLEIL, OKARA OKARA, OKARA SOLEIL, OKARA SOLEIL 110.
Contoh Jenis Boule Noire
BOULE IDEALE
Pengeluar bagi jenama Boule Ideale sangat sikit berbanding pengeluar boule lain antaranya adalah IDS, IDC, IDI, IDN, ID.
BOULE J.B
Syarikat bagi Jenama Boule J.B ini ditubuhkan pada tahun 1927 oleh John White. Ianya berpusat di BP 35 42380 Saint Bonnet Le Chateau, France.
Selepas itu pada tahun 1990 La Boule Obut telah membeli jenama ini dan pada tahun La Boule Obut telah berhenti mengeluarkan jenis bola tersebut.. Anatara jenis Boule J.B adalah JB, XXXX, CAP 115, X, X JB X, 110, JB JB, MI 16, JB 110, JBM30,
Contoh Jenis Boule J.B
Antara pengeluar bola boule yang seterusnya ialah Boule OBUT yang beralamat 5, route du Cros 42380 SAINT BONNET LE CHATEAU. Mereka mengeluarkan bola boule yang mempunyai label seperti:-
1- OBUT ATX
Bola ini merupakan bola yang yang terbaik untuk pemain petanque. Bola boule ini merupakan bola yang terkenal di Perancis dan seluruh negara. Bola boule ini diperbuat daripada keluli tahan karat. Oleh itu bola boule ini merupakan bola yang bermutu dan terbaik. Saiz diameter bola bouler ini ialah 20 cm.
2- OBUT MATCH 120 TR
Bola ini adalah bola separa lembut. Ia diperbuat daripada keluli karbon. Bola ini merupakan bola yang serba boleh tanpa memiliki had gaya penggunaannya. Bola ini juga mempunyai lapisan anti karat yang hanya memerlukan penyelenggaraan lampu biasa untuk mencegah pengoksidaan. Bola ini mempunyai ciri-ciri seperti semi lembut, diameter 50.5mm hingga 76mm dan berat dari 650g hingga 730g.
3- OBUT A.T.C
A.T.C merupakan sejenis bola semi keras. Bola ini mudah putih berseri jika dicuci. Namun begitu bola ini ada keburukan atau kecacatan kerana ia mudah mengalami pengaratan di bahagian dalam bola tersebut.
4- OBUT A.T.R
OBUT ATR merupakan bola berjenis semi lembut dan beratnya 120g. Bola ini diperbuat daripada karbon keluli bersalut dan satin. Ia digunakan di atas permukaan tanah yang keras. Penjagaan bola ini sangat mudah kerana hanya perlu menyapu dengan tuala sehingga kering dan disapukan minyak bagi mengelak karat.
5- OBUT A.T.S
OBUT ATS merupakan bola generasi yang lama. Bola ini berjenis karbon lembut dan serba boleh. Ia merupakan bola yang yang sangat bagus digunakan dalam pelbagai keadaan. Bola ini tidak mudah haus.
6- OBUT INOX ½ TRENDRE
Bola ini pula diperbuat daripada keluli tahan karat agar mutu bola ini terjamin. Corak di perermukaan bola tersebut membuatkan pemegang bola tersebut memegang bola dengan lebih kuat. Ia juga bagus digunakan di atas batu-batu kecil atau tanah sablette. Penyelenggaraannya juga mudah dan murah.
7- OBUT MATCH
OBUT MATCH juga merupakan bola yang sangat baik kerana diperbuat daripada karbon yang terbaik. Ia juga merupakan sejenis bola yang sangat tepat pada sasaran. Ia bertindak dengan cara yang lembut tetapi impak yang hebat ketika melakukan shooting.
8- OBUT LEADER
OBUT LEADER diperbuat daripada karbon manakala kekerasan pula 140 kg/mm2. Ia mempunyai daimeter 73mm hingga 76mm dan berat 680g hingga 720g. Bola ini berwarna hitam.
9- OBUT RCX
OBUT RCX merupakan bola yang mempunyai rekod yang tertinggi dalam obut. Ia mempunyai kekerasan yang sangat keras namun tindakbalas yang lembut. Bola ini direka secara teliti dan menggunakan keluli tahan karat yang terbaru. Bola ini bagus digunakan secara serangan terus dan ia juga tahan lantunan. Bola ini berukuran 72mm hingga 76mm dan beratnya 680g hingga 710g.
10- OBUT RCC
Bola ini merupakan generasi kedua keluaran obut. Bola ini juga menggunakan besi berjenis karbon yang terbaru. Bola ini dapat menyerap impak daripada lontaran yang dilakukan yang memyebabkan bola ini kurang melantun jika dilontar di atas permukaan tanah yang keras.
Selain itu obut juga mengeluarkan beberapa jenis lagi bola iaitu OBUT DURE, OBUT OBUT, OBUT ATC, OBUT PRO, OBUT GR dan OBUT Nexius.
Pengeluar yang seterusnya ialah Boule EURL-OPOINT. Pengeluar ini mengeluarkan beberapa jenis bola iaitu EDEN 110, MAGIC 110, EDEN 120, MAGIC 120, EDEN 130 dan MAGIC 130.
Seterusnya, pengeluar yang mengeluarkan bola ialah Boule PI-DN dan beralamat 638 avenue Nicolas Fabri de Peiresc ZI Toulon Est-028 83087 TOULON Cedex 9. Mereka mengeluarkan bola berjenis Pi-DN, PI-DN (I)(I)(I)(I) dan PI DN (I)(I)(I).
BOULE UNIC pula dikeluarkan di Le Suc de la Roue 42380 SAINT BONNET LE CHATEAU. Mereka mengeluarkan bola yang berlabel UNIC, UNIC UNIC, UNIC 110, UNIC TOURNOI dan UNIC INOX. Bola ini diperbuat daripada keluli karbon dengan permukaan krom dan harganya sangat berpatutan. Bola ini sangat berkualiti dan kekerasan keluli 125kg/mm2. Ia mempunyai diameter 72mm hingga 76mm dengan 1 hingga 4 jalur.
Bola ini juga dijamin tahan lama berbanding bola yang lain.
BOULE V.M.S PLOT
Diatas merupakan jenis-jenis boule V.M.S PLOT yang boleh didapati di Seige: ODIVAL BP46, 52800 NOGENT, Tel: 03 25 31 85 79 atau fax: 03 25 31 62 65. Antara label jenis boule ini seperti MS TORTUE, MS CZ, 2110, MS L’IT, MS X, MS X15, MS A15, MS 120.
GEOLOGIC-DECATHLON CAMPUS
Diatas pula merupakan boule bagi Geologic – Decathlon Campus yang boleh di dapati 59650 Vileneuve d’Ascq. Terdapat dua label bagi jenis boule ini iaitu geologic pro csd dan geologic pro css (1/2 tendre).
KTK S.A.S
Diatas merupakan jenis-jenis boule bagi boule KTK S.A.S. Boule ini boleh didiapati di Zone INNOVA 3000, 3, rue de industrie, 88150 Thaon Les Vosges.
Antara label boule bagi jenis ini ialah PRO CAR (PC), PRO INOX (PX) dan DR by KTK.
STI LA BOULE ABS
Gambar diatas pula merupakan jenis boule bagi S T I LA BOULE ABS. Boule ini boleh didapati di Mr. Michel BLANC 1, rue Copernic, 13646 ARLES CEDEX atau boleh hubungi tel: 04 90 49 53 13. Label jenis boule ini adalah ABS.
BOULE DECOTEL
Dalam sukan petanque, boule adalah nama bagi bola yang digunakan untuk membuat lontaran atau balingan semasa permainan. Boule yang di gunakan adalah berbentuk bulat dan diperbuat daripada logam serta berongga di bahagian dalamnya.
Selain daripada itu, ia turut mempunyai garis pusat antara 70.5mm (minimum) hingga 80mm (maksimum) dan berat antara 650gram (minimum) hingga 800gram (maksimum). Tanda pengeluar dan berat hendaklah tertera di atas bola dan sentiasa dapat dilihat dengan jelas bagi memastikan boule tersebut sah dan boleh digunakan semasa kejohanan atau pertandingan. Boule yang digunakan dalam pertandingan mestilah telah diluluskan oleh badan antarabangsa (FIPJP) atau persekutuan petanque kebangsaan (PPM).
Terdapat pelbagai jenis boule yang digunakan dalam permainan petanque. Antaranya adalah
I. Boule Blanche (BB-INOX & BB-AC),
II. Boule La France (SS01, FBT THAILAND, SM”BF-BC” & SB),
III. Boule Fonderia F,A,M-S.A.S,
IV. Boule M.T. Tours (S A002 & M 7000 22001) dan
V. Boule Obut.
Setiap jenis boule boleh didapatkan melalui syarikat pengeluar seperti yang terdapat dalam lampiran di bawah.
Gambar 1 : pengeluar dan jenama bola
Gambar 2 : pengeluar dan jenama bola
Gambar 3 : pengeluar dan jenama bola pengeluar dan jenama bola
Penggunaan bola La France dan Plustong sangat popular di Malaysia terutamanya dalam kalangan pelajar dan pemain baru (amatur) yang hendak berjinak dalam permainan ini.
Hal ini disebabkan faktor harga bola ini lebih murah jika dibandingkan dengan yang lain dan mudah untuk didapatkan. Kos bagi bola La France untuk 1 set (3biji) adalah dalam lingkungan Rm260.00 manakala kos bagi bola Plustong adalah dalam Rm250 untuk 1 set iaitu 3biji.
Manakala, boule obut juga merupakan antara boule yang sering digunakan oleh atlit petanque terutamanya di Malaysia kerana bola jenis ini ringan dan selesa. Kesemua bola di atas mempunyai saiz dan berat yang berbeza dan sangat fleksibel untuk pemain membuat pilihan. Kos bola untuk jenama Obut adalah dalam lingkungan Rm450 1 set (3biji).
Pemilihan boule dalam kalangan pemain petanque adalah berdasarkan beberapa aspek antaranya adalah diameter Boule. Diameter boule ini dipilih berdasarkan pada ukuran tangan pemain. Berat dan kekerasan Boule tergantung pada preferensi pemain dan gaya bermain. “Pointer” cenderung memilih boule lebih berat dan lebih keras, sementara “penembak” sering pilih boule lebih ringan dan lebih lembut kerana lebih mudah untuk “pointer” untuk mengutip mata dan “shooter” untuk mengeluarkan bola pihak lawan.
Jika tuan atau puan mahu maklumat lebih lanjut dan ingin mendapatkan buku modul petanque boleh hubungi saya En Mohd Norafif : 0146627950