Wednesday 12 November 2014

KURSUS ARBITER PETANQUE KEBANGSAAN
30 OKTOBER 2014 HINGGA 2 NOVEMBER 2014 
BERTEMPAT DI KOMPLEKS BERLIA DAN SUKAN  PAROI, NEGERI SEMBILAN

Kursus ini adalah pertama kali saya mengikuti. Banyak ilmu yang diperoleh sekiranya bersama-sama menyertai. Hal ini adalah kerana, kursus arbiter( pengadil ) ini memberi pendedahan kepada pemain lama atau baru untuk mengetahui undang-undang sebenar dalam permainan sukan petanque. Ilmu undang-undang amat penting dipelajari oleh setiap atlet yang menceburi bidang ini. Sekiranya ilmu undang-undang tiada di dada senang ditipu oleh pihak lawan. Terdapat beberapa perkara yang ingin saya berkongsi bersama semua pemain atau player baru yang menceburi bidang ini. 

Sebagai ilmu pengetahuan, gelanggang petanque terbahagi kepada 3. 

1. Gelanggang open atau terbuka
2. Gelanggang main masa
3. Gelanggang biasa.

Gelanggang open atau terbuka adalah gelanggang yg boleh main dimana sahaja hendak kita main. asalkan tidak kurang daripada 3 meter dan tidak melebihi 20 meter. Gelanggang terbuka ada 7 jenis jack mati.

1. Jack tidak nampak ( terlindung)
2. Jack terkeluar garisan bola mati
3. Jack melebihi 20 meter atau kurang 3 meter.
4. Jack berada kawasan larangan bermain antara jack dan bulatan. ( Lecak air)
5. Jack terapung atas air
6. Jack berada kawasan larangan bermain seperti pokok.
7. Jack hilang- selama 5 minit cari tidak dijumpai.


Jika jack mati terdapat 3 senario sebagai pengadil/ arbiter perlu buat.

1. Jika kedua-dua pihak bola tiada kena main semua. main semula.markah tidak dikira ( NULL and VOID)
2. Jika kedua-dua pihak bola ada. main semula. markah tidak dikira ( NULL and VOID)
3. Jika satu pasukan ada bola dan satu lagi pasukan tiada bola. markah akan dikira berapa banyak pasukan yang ada bola.

Banyak ilmu arbiter yang saya peroleh melalui kursus ini. semoga ilmu ini dapat dikongsi kepada semua penggiat petanque . lebih-lebih ayat saya dalam bahasa melayu dan boleh difahami oleh semua warga Malaysia.



Terdapat gambar-gambar situasi kursus ini berlangsung.


Gambar bersama arbiter dunia Pak Syeikh Ismail dan juga bersama pelajar sekolah saya SMK Seri Tanjong, keling Melaka.


Arbiter world bagi taklimat dan ilmu tentang situasi sebenar sebelum melakukan ujian praktikal.


Peralatan lengkap sebagai seorang arbiter teknikal, negeri kebangsaan. 






Gambar pelajar saya praktikal dan belajar cara ukuran sebenar dalam perlawanan petanque.


Pak Syeikh tunjukkan situasi sebenar cara ukuran yang betul menggunakan pita ukur berekor.


Gambar saya bersama pelajar sekolah saya berpraktikal. SMK Seri Tanjong, Melaka.


Penerimaan sijil penyertaan kursus Arbiter Kebangsaan


Alhamdulillah, gambar selesai menyertai kursus ini.

KEJOHANAN PETANQUE SIRKIT REMAJA KEBANGSAAN SIRI 6 2023

  Syukur alhamdulillah target periodisasi tercapai selaku Jurulatih dapat melahirkan atlet berprestasi tinggi dalam masa setahun. Sejarah be...