Monday, 4 August 2025

SHOOT BOULES PETANQUE ACADEMY

 

SHOOT BOULES PETANQUE ACADEMY
Syukur alhamdulillah atas permintaan ibu bapa dan sahabat-sahabat demi membantu pembangunan sukan boules petanque di Malaysia. Pertama kali buka Akademi di Melaka, Malaysia. Akademi ini julung kali diwujudkan dan diberi nama Shoot Boules Petanque Academy.
Terima kasih kepada ibu bapa yang sangat prihatin dan bersama-sama menyokong kemenjadian anak-anak dimusim cuti persekolahan ini.
Kelas akademi ini dibuka bertujuan untuk membantu peningkatan prestasi atlet dari masa ke masa. Setiap atlet semua bermula dari Zero to Hero. Kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa ilmu yang cukup didada dan tekad usaha yang berterusan.
Pengisian kelas teori ini akan berfokus kepada teknikal, taktikal, psikologi serta prestasi semasa.
Semoga dengan adanya pembukaan Shoot Boules Petanque Academy ini akan lebih ramai atlet yang dapat maju dalam sukan boules petanque di peringkat negeri, kebangsaan mahupun ke antarabangsa.
In shaa Allah saya dalam proses menyiapkan modul kelas secara atas talian dan juga secara bersemuka yang lebih mudah diikuti oleh semua guru penasihat petanque, dan jurulatih di Malaysia.
Semoga niat perkongsian ilmu walaupun hanya sukan boules petanque ini dipermudahkan dan diberkati olehNya.
Shoot Boules Petanque Academy
24.12.24




No comments:

Post a Comment

Kejohanan Boules Petanque Remaja Kebangsaan Pudu Ulu Kuala Lumpur 2025

Kejohanan Boules Petanque Remaja Kebangsaan Pudu Ulu Kuala Lumpur 2025 Syukur alhamdulillah selesai amanah dan tanggungjawab selaku Jurulati...