Tuesday 29 August 2023

KEJOHANAN PETANQUE SIRKIT REMAJA KEBANGSAAN SIRI 6 2023


 


Syukur alhamdulillah target periodisasi tercapai selaku Jurulatih dapat melahirkan atlet berprestasi tinggi dalam masa setahun. Sejarah berulang kembali Akid Iskandar mendapat (Johan) dan Paulo Christiano tempat ke (5-8 terbaik) daripada 192 atlet seluruh Malaysia. Hilang terus penat melihat kejayaan atlet. 

Tahniah juga buat atlet lain Aimy, Adib, Ariz, Hussin, Arif, Thakif, Hafiz, Kasih dan Nazhim kerana mendapat top 64 dan 96 terbaik. In shaa Allah usaha yang baik. Next time buat lebih baik ya. Saya akan bantu sampai beroleh kejayaan amin. 

Terima kasih kepada pihak penganjur atas penganjuran terbaik kali ini. Terima kasih kepada pihak persatuan  Boules Sports Melaka  dan kepada semua AJK  dan Ketua Pengurus En Mohd Hafis   Zulnine Mdsali Syikin yang terbaik serta kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang kejohanan ini. 

Semoga pencapaian ini menjadi batu loncatan buat semua atlet untuk terus maju jaya ke peringkat yang lebih tertinggi.  In Shaa Allah.  

Doa Usaha Istiqamah dan Tawakal kunci kejayaan .

Selesai tanggungjawab sebagai jurulatih. Jom balik Melaka ! 

Majulah sukan untuk negara!
26 dan 27 Ogos 2023

Asian Boules Sport Confederation - ABSC 
Malaysian Boules Sports Federation 
Boules Petanque 
#OCM 
#msnmelaka 
#KPM 
#jpnmelaka 
#pjs 
#msnnegara



 

Kejohanan Sirkit Remaja Kebangsaan Siri 6 2023




Suasana Kejohanan ini. Alhamdulillah terbaik penganjuran Sirkit Kebangsaan disini mendapat sambutan yang tinggi dari seluruh Malaysia. Tahniah pihak penganjur dan tahniah buat semua yang terlibat secara tidak langsung. Gembira dapat lihat pembangunan sukan petanque di Malaysia semakin berkembang. 

Jika sukan nak maju kena saling support satu sama lain bukan saling menjatuhkan. In shaa Allah akan terus maju jaya. Semoga ukhwah terus terbina seluruh negara. :) 

Majulah sukan untuk negara !

Atlet Remaja masuk pusingan ke 3 dari wakil Melaka. Alhamdulillah 
Semoga dipermudahkan urusan seterusnya.. 

26 dan 27 hb Ogos 2023

Malaysian Boules Sports Federation 
Boules Sports Melaka 
#msnmelaka 
#jpnmelaka 
#KPM 
#OCM







 

Majlis Makan Malam dan Penyampaian Hadiah kepada atlet-atlet pasukan negara yang berjaya dalam kejohanan 5th Asian Petanque Championship 2023.




Majulah sukan untuk negara !

20hb Ogos 2023
Asian Boules Sport Confederation - ABSC 
Malaysian Boules Sports Federation 
Boules Sports Melaka 
#MSN 
#KPM 
#pjs 
#OCM












 

5th Asian Petanque Championship 2023


5th Asian Petanque Championship 2023

Kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa tekad dan usaha . Alhamdulillah syabas dan tahniah buat atlet Malaysia yang telah berusaha bagi mencapai matlamat. In shaa Allah next game bangkit dan buat lebih terbaik. 

Alhamdulillah tahniah gembira lihat kejayaan ini. Semoga menjadi pemangkin buat semua atlet di Malaysia. 

Semoga kejayaan demi kejayaan dapat dirasai. 

Dimana ada kemahuan disitu ada jalan. In shaa Allah.  

16th - 21th Ogos 2023

Malaysian Boules Sports Federation 
Boules Sports Melaka 
#MSN 
#msnmelaka 
#KPM 
#jpnmelaka 
#OCM





 

BERITA PETANQUE ASIA 2023

 Alhamdulillah sukan boules petanque telah dipandang tinggi di Malaysia. Semoga pembangunan sukan petanque terus maju.

 Terima kasih semua sahabat-sahabat seluruh Malaysia yang support pembangunan sukan petanque. Semoga kita sama-sama terus saling bantu. 

https://vt.tiktok.com/ZSLgxjTon/

https://youtu.be/GMt8twgnqHI?si=YNoeHsVTtFFd2mPK

5th Asian Petanque Championship 2023


Suasana 5th Asian Petanque Championship 2023 

Alhamdulillah selesai amanah dan tanggungjawab yang diberi pada harini sambung esok pula. Program perasmian berjalan lancar pada hari ini. Seronok lihat semua negara yang terlibat berusaha mengharumkan nama negara masing-masing dalam kejohanan ini.  

Benarlah sukan ini bukan sahaja dapat membantu atlet mengharumkan nama negara dipersada dunia malah dapat menjadi landasan mengeratkan silaturahim antara semua tanpa mengira bangsa dan agama.

Goodluck buat pasukan Malaysia yang terpilih buat terbaik mengharumkan nama Malaysia. Tiada yang mustahil selagi ada daya usaha mencapai kejayaan.

Syabas dan tahniah kepada pengurusan Malaysian Boules Sports Federation dan semua pentadbiran yang membantu secara langsung dan tidak langsung serta sahabat-sahabat yang terlibat bagi menjayakan program antarabangsa ini. 

Semoga pembangunan sukan boules petanque terus maju jaya. 

16th-21th Ogos 2023

Asian Boules Sport Confederation - ABSC 
Malaysia boules sports Federation
Boules Sports Melaka 
Majlis Sukan Negara Malaysia 
#msnnegara 
#KPM 
#pejabatpesuruhjayasukan

https://youtu.be/sEWI1P00bIs
https://youtu.be/GMt8twgnqHI













 

Monday 7 August 2023

Atlet Terpilih 5th Asian Championship 2023

Alhamdulillah syukur syabas dan tahniah atlet saya telah melepasi permilihan akhir dan terpilih mewakili Malaysia dalam kejohanan 5th Asian Petanque Championship 2023. 

Kpi baru bagi tahun ini selaku Jurulatih. Tahniah buat Akid Iskandar kerana telah membuktikan kejayaan ini. Walaupun belum cukup 1 tahun bersama dalam dunia petanque, tapi awak telah buktikan kejayaan hasil dari kemahiran asas yang betul dan latihan yang berterusan dapat membuahkan hasil. 

Semoga kejayaan ini menjadi batu loncatan buat atlet yang lain untuk terus berjaya. Buat yang terbaik untuk mengharumkan nama Malaysia di persada dunia. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Majulah sukan untuk negara ! 

7 Ogos 2023

"Atlet zero to hero"
Malaysian Boules Sports Federation 
Boules Sports Melaka 
Majlis Sukan Negara Malaysia 
#msnmelaka 
#jpnmelaka



 

KEJOHANAN PETANQUE SIRKIT REMAJA KEBANGSAAN SIRI 6 2023

  Syukur alhamdulillah target periodisasi tercapai selaku Jurulatih dapat melahirkan atlet berprestasi tinggi dalam masa setahun. Sejarah be...