KOLABORASI PERMAINAN SUKAN BOULES PETANQUE ANDROID DAN IOS
Alhamdulillah atas perancangan dan perbincangan yang teliti akhirnya dapat membina satu aplikasi secara android dan IOS yang boleh didapati di Google Play dan App Store iaitu Petite Petanque.
Terima kasih sahabat dari France yang sudi bersama-sama menjadi rakan kongsi dalam membentuk aplikasi G-Sport dan mencipta watak yang comel dalam aplikasi boules petanque ini.
Melalui permainan game petanque ini, atlet, cikgu atau jurulatih serta semua lapisan umur dapat mengisi masa lapang dengan menguji taktikal dalam perlawanan. Kaedah permainan dan taktikal yang sama seperti sukan sebenar.
Semoga dengan adanya game ini dapat mempromosikan lagi sukan petanque di Malaysia sekaligus menjadikan sukan petanque terus maju jaya seiring dengan semua sukan berprestasi tinggi.
Terima kasih kepada semua warga penggiat petanque di Malaysia yang sentiasa support dalam memajukan lagi sukan tercinta ini. Saya doakan semoga semua terus maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi.
5 Januari 2025
Download here 

Petite Pétanque

, it's free 







No comments:
Post a Comment